Selebriti dan juga ahli perniagaan, Raf Yaakob berkata dia tidak menolak jodoh andai ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga. Memetik Astro Gempak, Raf bagaimanapun berkata dia perlu lebih cerewert dalam mencari pasangan selepas ini seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. “Cerewet itu bukan maksud saya dia perlu cantik atau sebaliknya. Cuma kali ini seperti dalam Al-Quran kita perlu lihat pada empat perkara. Antaranya kita perlu lihat akhlak, keturunan mahupun hartanya. Tetapi yang lebih penting ialah akhlak,” katanya. Sementara itu, Raf berkata dia mengakui ada berkawan namun tidak lebih daripada itu dan setakat ini hatinya belum lagi diisi dengan mana-mana wanita. “Tetapi saya mengaku, saya ada berkawan. Cuma sekadar berkawan dan tidak lebih. Jika ada pun seperti saya kata saya perlu cerewet untuk memilih.
“Tak serius pun, kalau kali ini saya nak berkawan dan untuk ke peringkat seterusnya memang saya perlu pilih betul-betul,” katanya. Terdahulu, Raf Yaakob pernah mendirikan rumah tangga dengan Mawar Rasid pada 2017 namun berpisah pada 2023. Pasagan itu dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang. SUMBER: Astro Gempak, Ohmymedia, Rotikaya |
ADVERTISEMENT