CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakteria dan E.coli tinggi dalam kerang di Pantai Sura di Dungun, masak dengan sempurna sebelum makan

17-1-2025 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7326| Komen: 4




KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang mengutip kerang terdampar di Pantai Sura di Dungun, Terengganu supaya memasaknya dengan sempurna terlebih dahulu sebelum dimakan.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata ia mengambil kira kajian ke atas kerang pada tahun sebelumnya iaitu pada 2014, 2016, 2019 dan 2021), di mana analisis makmal menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E.coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian ditetapkan.

"Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan pemasakan sempurna sebelum dimakan.

"Selain itu, kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus, yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu," katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah menjalankan analisis terkini berkaitan Pesta Kutip Kerang di Pantai Sura susulan fenomena ini berulang pada tahun ini.


Katanya, sampel air dan kerang juga diambil semalam untuk memastikan keselamatan pengguna.

"Hasil analisis awal menunjukkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air.

"Analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga hari," katanya.

Fenomena kerang dihanyutkan ke darat akibat ombak kuat ini telah beberapa kali dilaporkan, termasuk pada tahun-tahun sebelumnya.

"Kajian menyeluruh oleh Jabatan Perikanan membuktikan keperluan pematuhan kepada amalan keselamatan makanan, khususnya memastikan semua kerang dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.

"Sehubungan itu, Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan makanan," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 17-1-2025 02:30 PM
kerang expired ke? ke kerang muda bergetah?

Quote Decaffeinated 17-1-2025 04:45 PM
Kerang dan bakteria berpisah tiada.
Quote pisanggoreng 17-1-2025 11:22 PM
5180e58d9b2c049ba52b5b3f27b238c6.jpeg
Quote edayildiz 18-1-2025 06:09 AM
sdp sgt ke kerang tu? xpnh mkn..
satu lg siput sedut...tp kalau kwn ofis dk cite psl mknnn..dorg dk ckp la sdp nya sambal kerang..i pun ckp ye la kak..lamanya xmkn

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.028949 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top