NARATHIWAT: Kerajaan Thailand menggesa rakyatnya yang bekerja di Malaysia pulang dan memanfaatkan peluang pekerjaan yang kini tersedia di negara sendiri, kata Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham. Beliau berkata sebelum ini ramai rakyat Thailand, terutamanya dari wilayah selatan seperti Narathiwat, Yala dan Pattani, berhijrah ke Malaysia untuk bekerja, terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan serta di restoran sebagai tukang masak atau pelayan kerana tawaran gaji yang lebih tinggi. "Namun, dengan pemulihan ekonomi Thailand, kami berharap mereka kembali untuk membangunkan negara sendiri," katanya kepada media Malaysia menerusi penterjemah bahasa semasa lawatan mereka di sini baru-baru ini. Trakul berkata, kerajaan Thailand kini menawarkan pelbagai sokongan untuk menarik rakyatnya pulang, termasuk peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman padi, durian dan getah.
Selain itu, katanya, kerajaan Thailand juga menumpukan kepada aspek keselamatan dan keamanan untuk memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. "Walaupun tawaran gaji mungkin tidak setinggi di Malaysia, kami yakin dengan bantuan kerajaan, mereka mampu hidup selesa di Thailand," katanya. – BERNAMA Sumber : Berita Harian |
cmf_PariS replied at 17-1-2025 12:28 PM
betul bhatt lagi strong dr RM skrg.. elok balik keje negara sendiri...
cikpah27 replied at 17-1-2025 12:34 PM
tu la tapi sana gaji rendah.. akak kedai tomye cakap, nak dapat gaji hari mcm kat sini, kalau kat ...
Decaffeinated replied at 17-1-2025 03:51 PM
Habis menggelupur ummah nak makan kedai tomyam tutup kalau semua siam balik kampung. Nak harap kedai ...
sranua replied at 17-1-2025 03:58 PM
Ada hari tu tokey cine bawak pekerja dia dua orang, org Thai..sorang muka macam Tony Jaa datang pasa ...
B40tastePosh replied at 17-1-2025 04:29 PM
Ada je Melayu jual Tomyam....pernah pergi Sabak Bernam? berlambak kedai makan Melayu.
Mesti uols ...
sranua replied at 17-1-2025 03:58 PM
Ada hari tu tokey cine bawak pekerja dia dua orang, org Thai..sorang muka macam Tony Jaa datang pasa ...
Decaffeinated replied at 17-1-2025 04:42 PM
Memang ada tapi tak sedap.
Nak cari kedai lauk2 melayu pun susah. Ko kena tau mana nak tuju tak b ...
Decaffeinated replied at 17-1-2025 08:51 AM
Habis menggelupur ummah nak makan kedai tomyam tutup kalau semua siam balik kampung. Nak harap kedai ...
B40tastePosh replied at 17-1-2025 06:17 PM
Kat tempat kitorg bersepah lauk Melayu...btw uols tinggal kat mana?
Malam tadi baru buat tahlil o ...
miss_white replied at 17-1-2025 06:59 PM
Xmati pun xmkn tomyam siam tu
Bukan sedap pun
Mula2 berniaga je terasa sdp
ADVERTISEMENT