KUALA LUMPUR: Pelaburan daripada perniagaan Malaysia dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan di United Kingdom (UK), kata Perdana Menteri UK, Keir Starmer. Starmer yang memegang jawatan itu pada Julai tahun lalu, berkata usaha mengembangkan ekonomi negara adalah bahagian penting dalam rangka kerja Rancangan Perubahan kerajaannya. "Hari ini, saya bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, untuk membincangkan pelaburan baharu daripada perniagaan Malaysia ke UK yang akan mewujudkan 30,000 pekerjaan dan membina rumah baharu," katanya dalam catatan ringkas di X Keir Starmer. Anwar bertemu Starmer di 10, Downing Street di London, pejabat perdana menteri UK. Anwar berada di UK untuk lawatan kerja lima hari, lawatan pertamanya ke sana sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022. Sementara itu, dalam kenyataan di X Perdana Menteri UK, hubungan antara kedua-dua negara itu disifatkan sebagai rapat dan bersejarah. "Daripada pelaburan kepada perdagangan dan pendidikan - hubungan UK dengan Malaysia lebih kukuh berbanding sebelum ini," katanya. Sumber : Berita Harian |
cm_vungtau replied at 17-1-2025 07:14 AM
30 000 pekerjaan untuk omputih ke untuk Malaysian?
Kitty_catz replied at 16-1-2025 10:53 PM
then remove la ETA for mesian
apa barang nak kena apply ETA bagai.. even GBP10
FOTHER-MUCKER replied at 17-1-2025 08:20 AM
Tak lama lagi negara eropah pun dikenakan eta untuk masuk ke uk termasuk juga Australia dan New Ze ...
Kitty_catz replied at 17-1-2025 04:14 PM
good question acik vungtau
mebi leh tanya pmx mlm ni time dinner ngan students2 msia
nusaraya replied at 17-1-2025 08:24 PM
Tampkanya memang ada "agenda tersembunyi" dari pelaburan di UK itu .. Menjadi Raja-Raja Melayu sebag ...
Kitty_catz replied at 17-1-2025 04:32 PM
ye yg tu mid 2025 , starting may katanya ETIAS tu
btw dah apply pun eta tu, kejap je 10 min dah s ...
ADVERTISEMENT