CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok mahu pantau rapat perubahan dasar baharu AS

17-1-2025 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7248| Komen: 1

 


SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan mengarahkan pemantauan rapat terhadap dasar baharu pentadbiran Amerika Syarikat yang bakal mengambil alih kepimpinan, menjelang majlis angkat sumpah Presiden terpilih, Donald Trump, Isnin ini.

Menteri Kewangan, Choi Sang-mok, yang kini bertindak sebagai pemangku presiden, turut menggesa agensi kewangan untuk berusaha sepenuhnya dalam memastikan kestabilan pasaran kewangan dan pertukaran asing.

Arahan itu disampaikan dalam satu mesyuarat bersama pembuat dasar ekonomi lain, menurut kenyataan kementerian.

Isnin ini, Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS untuk kali kedua.

Pentadbiran Trump akan menggunakan pendekatan 'America First' yang menumpukan kepentingan domestik.

Dasar itu dijangka mengubah landskap perdagangan antarabangsa, mempengaruhi aliran pelaburan dan hubungan geopolitik.




Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 17-1-2025 08:52 AM
S Korea buddy.         

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.120675 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top