Tahun lalu menyaksikan banyak mahligai yang dibina selebriti tanah air runtuh di pertengahan jalan. Boleh dikatakan 2024 juga merupakan tahun yang paling ramai selebriti Malaysia bercerai dalam sejarah. Namun dalam pada masing-masing sudah ‘move on’ dengan kehidupan baharu, ada pasangan selebriti yang dikhabarkan telah pun kembali rujuk. Artis popular itu difahamkan rujuk dalam tempoh idah namun belum mendedahkan kepada umum tentang berita ini. Malah ada yang terjumpa pasangan ini menghadiri majlis bersama, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka kini telah kembali bersama. Wajah artis tersebut juga kelihatan ceria dan berseri-seri selain tampak bahagia persis orang sedang hangat bercinta. Ini bukan kali pertama artis di Malaysia rujuk dalam tempoh idah, sebelum ini ada juga selebriti popular yang mengambil keputusan sama. Jika cinta masih menebal dalam diri, tidak salah untuk kembali rujuk terutama demi anak-anak yang masih kecil. Semoga hubungan selebriti ini sentiasa harmoni dan berkekalan hingga ke syurga. Sumber: Kosmo
|
Zeelalala replied at 15-1-2025 09:42 PM
Siapa la pulak.
Semalam ada baca influencer anak artis terkenal Malaysia tak byr hutang duit pusat ...
sharlenetexas replied at 15-1-2025 02:44 PM
Who is that agaknya?
joy_ah replied at 15-1-2025 09:25 PM
DD ke nok?
Shayang replied at 15-1-2025 09:47 PM
Cerai pun blm lagi caner plak nk rujuk hihi
pauliza replied at 15-1-2025 10:32 PM
Emma Maembong dah lama habis idah & Diana Daniel rasanya tak bercerai lagi .Dua org ni bukan lah ko ...
joy_ah replied at 15-1-2025 10:44 PM
oh belom cerai ke? lol lamanya
ADVERTISEMENT