CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle tak ada masalah berlakon dengan Farid Kamil lepas cerai

16-1-2025 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30942| Komen: 7|Original author: Raline

 


Biarpun kes perceraiannya masih berjalan, pelakon Diana Danielle terbuka untuk bekerjasama dengan suaminya, Farid Kamil dalam mana-mana projek seni pada masa depan.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, siapa sahaja yang berlakon dengan Farid sangat bertuah kerana sebagai pelakon, dia seorang yang profesional dan berkaliber.

“Hal peribadi adalah peribadi. Saya rasa dia sangat berbakat dan telah pun membina nama dalam industri seni dalam tempoh yang lama.

“Jujur, bukan kata industri seni tetapi dunia kita sangat kecil, pusing-pusing akan berjumpa juga. Hati saya terbuka kalau ada rezeki kami untuk bekerjasama dalam projek baharu pada masa depan selepas kes (perceraian) selesai,” ujar Diana.

Bahkan, Diana juga bersedia untuk berjumpa dan menjayakan promosi filem Baran lakonannya bersama Farid yang dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

Sementara itu, ketika disoal tentang rumah milik Farid di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor yang hampir dilelong gara-gara penyewa tidak membayar tunggakan sewaan kepada bank, Diana mengakui hanya mengetahui berita tersebut melalui media.

“Saya tidak tahu tentang kes rumah hampir dilelong. Orang beranggapan kami tinggal di situ tetapi itu bukan rumah saya. Kami tinggal di sana pada awal perkahwinan dulu, jadi saya memang tidak tahu sebarang perkembangan tentang rumah itu. Setahu saya rumah itu tidak pernah menjadi masalah.

“Bagi saya kes rumah itu hanya salah faham dan telah selesai dengan baik. Apapun saya doakan yang terbaik sebab apabila dia Farid stabil anak-anak pun akan stabil,” jelas Diana yang ditemui pada majlis sangeet (majlis sebelum perkahwinan) pelakon Sanjna Suri malam tadi.

Kes perceraian Diana dan Farid, 44, masih berjalan kerana keengganan aktor itu menceraikan isterinya. Justeru, mereka diperintahkan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Mahkamah menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik2kepam 16-1-2025 08:52 AM
Oh penah duk la umah kat puchong tu
Quote Buritan 16-1-2025 05:02 PM
Dah corai tuu tarak mo jumpa laa.. malu siot.. dia dah tau cmn rupa pepet kopek.. selet ireng . Pas tu corai.. pas tu berlakon sama.
Quote Samerosie 16-1-2025 05:28 PM
Cakap je sekarang camtu, sedangkan minta cerai pun dia tak nak sebab delulu sayang algi pastu nak berlakon sama....iyo lah tu.
Quote apedehal 16-1-2025 06:21 PM
Sudehla...kengkunun professional la tu.. kang sangkut lg...korg berdating bawak ke kawin dlu pun sbb blakon sama
Quote doubleA 16-1-2025 06:23 PM
Memang industri kecik pusing2 jumpa je balik fk tu. Ghisau ko yg u-turn balik, berapa kali kawen cerai nanti daa
Quote bottombikini 16-1-2025 06:29 PM
Edited by bottombikini at 16-1-2025 06:30 PM

ni cerai for good ke cerai main2
aku konfius dgn game kapel neh
propaa...
Quote Aneem 16-1-2025 06:40 PM
Edited by Aneem at 16-1-2025 06:41 PM

Sick people is merata rata
Sudah anda belajar? Sila komennn

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.031133 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top