CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar merungut. Soalan SPM 2024 terlalu sukar?

15-1-2025 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16796| Komen: 76|Original author: Abahmung



Anuar

PETALING JAYA – Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkongsi luahan beberapa ibu bapa yang menyifatkan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berada pada tahap sukar.

Katanya, ramai ibu memaklumkan situasi tersebut menyebabkan anak-anak mereka tertekan selain ‘mematikan’ minat pelajar terhadap subjek SPM.

“Kertas 2 Add Maths (Matematik Tambahan) semalam betul-betul membunuh jiwa dan minat anak-anak. Satu Malaysia menangis angkara soalan yang membuat anak-anak terduduk. Soalan bukan untuk level anak-anak SPM. Susah sangat-sangat.

“Untuk kertas lain yang agak sukar seperti Pendidikan Agama Islam. Apa sebenarnya yang mahu dinilai oleh KPM (Kementerian Pendidikan),” luah ibu bapa tersebut yang dikongsikan semula oleh Anuar di Facebook.

Dalam luahan ibu bapa itu, mereka turut menyifatkan tiga subjek ‘killer’ lain seperti Fizik, Kimia dan Biologi sudah cukup mencabar buat calon SPM aliran sains.

Bagaimanpun, Anuar berpandangan setiap soalan yang dibina bagi kertas peperiksaan SPM telah mengikut prosedur penggubalan sebenar.

“Sejak beberapa hari yang lalu, saya menerima perkongsian keluhan dan luahan para ibu bapa tentang tahap kesukaran soalan SPM 2024.

“Saya pasti penggubal soalan SPM telah pun menyediakan soalan mengikut prosedur penggubalan item soalan.

“Cuma, bila ada banyak keluhan daripada ibu bapa, tentu perlukan penjelasan. Apakah memang benar soalan SPM 2024 yang sangat sukar atau kemahiran anak-anak yang tidak mencapai tahap minima untuk menjawab dengan baik?,” soalnya.

Kata Anuar, beliau berharap para calon SPM dapat menguasai setiap subjek yang dipelajari di sekolah agar ia mudah ditafsir ketika menjawab SPM.

“Apa yang lebih penting, semoga anak-anak kita sentiasa ditaksir pengetahuan mereka secara adil, sah dan boleh dipercayai dalam SPM,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 15-1-2025 09:18 AM
Edited by nusaraya at 15-1-2025 09:22 AM

Aneh betol mengapa timbul "complain seperti ini ..

Apakah ini berarti level materi ujian SPM yang lebih "TINGGI dan SULIT" ?  atau kemungkinan ke dua .. Apakah "Kualitas" anak-anak sekolah di MalayDesh yang sekarang "LEBIH RENDAH" ketimbang yag lalu ?

Quote pokokmeranti 15-1-2025 09:37 AM
add math paper 2 mmg sukar. diakui oleh guru sekolah anak I. kawan2 dia pun cakap susah sangat
Quote mrseller 15-1-2025 09:42 AM
Add math mmg paper king kali ni. Difficulty level dia another level.
Quote nusaraya 15-1-2025 09:46 AM
mrseller replied at 15-1-2025 09:42 AM
Add math mmg paper king kali ni. Difficulty level dia another level.

KOntras sekali dengan "KLAIM" bahwa anda adalah Mahawangsa yang paling "Unggul dan Cerdas" di muka bumi dan alam semesta ini ..
Quote mrseller 15-1-2025 09:51 AM
nusaraya replied at 15-1-2025 09:46 AM
KOntras sekali dengan "KLAIM" bahwa anda adalah Mahawangsa yang paling "Unggul dan Cerdas" di muka ...

Syuh! syuh! indon level pelacur bangla suka pergi main taik sana
Quote pejol 15-1-2025 10:11 AM
jangankan spm..yg form 1 punya pon aku dah pening tengok,lain beno silibus
Quote toynme 15-1-2025 10:27 AM
takpe la dik...kalau ramai complaint susah mesti grad pun di turunkan
Quote zehra2 15-1-2025 10:31 AM
add math tu markah lulusnya 20 je nyahh.. tp kalau nak dpt A - B mmg lain ler keloknya.
dah budak pun nk apply course yg baik masa nak masuk U.. kalo tak layak.. takde lah
kalo tak, mati ler pensyarah nya ajar semula add math tu utk satu dewan kuliah 200 org.
Quote zehra2 15-1-2025 10:37 AM
kertas peperiksaan ada justifikasi kesukaran.. nak dpt kan lulus minima mmg ada soalan yg kita boleh jangka topiknya. ini soalan aras rendah yg ko mesti jawab dengan betul markah penuh.
tp nk dapatkan A tu mestilah boleh menjawab 10% soalan aras tinggi..
dan kdg2 nk dpt A tu markah nya 65% je mungkin.
Quote dua_chzy 15-1-2025 10:39 AM
Bodoh.

SAMPAI BILA KAU NAK MANJAKAN GENERASI STROBERI NI SYAITANNNNNNNN
Quote dua_chzy 15-1-2025 10:40 AM
zehra2 replied at 15-1-2025 02:31 AM
add math tu markah lulusnya 20 je nyahh.. tp kalau nak dpt A - B mmg lain ler keloknya.
dah budak pu ...


KAAANNNNNNN

MACAM LA LPM TAKDA JSU BUAT SOKLAN2 TU!
Quote prettyuglybabe 15-1-2025 11:13 AM
budak spm tahun ni batch pertama takde exam dalam hidup kan?
tu yang korang mau..
elok-elok ada upsr pmr pt3 dimansuhkan konon tak nak anak stress..
la ni hadap la generasi lembik tunggu disuap..
Quote scorpionkiki 15-1-2025 11:17 AM
Bdk2 kita makin lemah dan lemau.
Quote Butterfly41 15-1-2025 11:19 AM
zehra2 replied at 15-1-2025 10:37 AM
kertas peperiksaan ada justifikasi kesukaran.. nak dpt kan lulus minima mmg ada soalan yg kita boleh ...

Peratusan markah nak dapat A untuk SPM berbeza2 tak setiap matapelajaran?
Quote naina 15-1-2025 11:26 AM
Banyak betol komplen generasi sekarang ek pasal sekolah dari mak bapak sampai la ke anak. Padan la pun macam mana mak bapak tu kuat komplen Nurun kat anak. Semua susah susah susah. Kalau susah sgt dan graf turun, maka gred akan dinaikkan.
Aku yg bukan cikgu pun meluat dgn parents kuat komplen manjakan anak dari isu2 kecil sampai la benda remeh2. Termasuklah beg sekolah berat tu aku rasa isu remeh. Berat ckit xboleh. Semua nak ikut kehendak KO. Dh jadual sekolah camtu ikut masa subjek follow jelah.
Quote ThousandIsland 15-1-2025 11:27 AM
prettyuglybabe replied at 15-1-2025 11:13 AM
budak spm tahun ni batch pertama takde exam dalam hidup kan?
tu yang korang mau..
elok-elok ada upsr ...

batch tahun ni ada ambil upsr tp tak de pt3.
Quote naina 15-1-2025 11:31 AM
prettyuglybabe replied at 15-1-2025 11:13 AM
budak spm tahun ni batch pertama takde exam dalam hidup kan?
tu yang korang mau..
elok-elok ada upsr ...

Memang . Bakalan lembik dan lembab. Tu pasal budak2 ni bila takda benda berat dan lasak nak buat,maka dia lepaskan kan kat buli. Tunjuk hebat dgn membuli. Masuk askar baru belajar lasak ckit dah merasa hebat.
Sebab tula budak2 kena pelasak dr kecil. Supaya bila diluar dia dah tak heran dgn benda2 remeh gaduh2 ni melainkan orang touch dia dulu. Ini dengan soalan periksa pun dan bising. Benda dah jadi dah pun hadap jela.
Quote naina 15-1-2025 11:33 AM
dua_chzy replied at 15-1-2025 10:39 AM
Bodoh.

SAMPAI BILA KAU NAK MANJAKAN GENERASI STROBERI NI SYAITANNNNNNNN

Sebab lahir dari mak bapak yg lemahhh jugak. Manjakan sangat anak. Anak dibiar main hp duduk bilik on aircond. Bila kena buat kerja ckit dan jem tak tahu nak mula mana. Lepastu blur dan mula la kata ayat susah dan penat. Kena buli. Cehhh
Quote cm_vungtau 15-1-2025 11:33 AM
nusaraya replied at 15-1-2025 09:18 AM
Aneh betol mengapa timbul "complain seperti ini ..

Apakah ini berarti level materi ujian SPM yang l ...

Eh sibuk ko. Ko tu jangankan add math. Matematik moden pun entah2 kaput

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.097117 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top