CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan

15-1-2025 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5774| Komen: 8|Original author: Raline



DUNGUN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan prosiding kes seorang suri rumah yang dituduh membunuh tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan pada 9 Oktober lalu boleh diteruskan bagi perbicaraan.

Majistret Nur Amira Fatihah Osman memerintahkan demikian selepas laporan pemeriksaan psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru berpuas hati tertuduh, Norizan Ismail, 49, layak untuk dibicarakan.

Beliau juga memutuskan sebutan semula bagi pengurusan kes tersebut berjalan pada 20 Februari depan.

Berdasarkan tiga pertuduhan, Norizan didakwa menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang ketika itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUK) Honda CR-V di Jalan Pantai berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.

Norizan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman hukuman mati atau penjara antara 30 tahun dan 40 tahun serta hukuman minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Norizan telah dihantar ke Hospital Permai bagi pemeriksaan psikiatri selama tiga bulan sejak 15 Oktober lalu.

Kosmo! 11 Oktober lalu melaporkan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda HR-V dipandu Norizan.

Sewaktu kemalangan, tertuduh dikatakan memandu kenderaan tersebut tanpa pengetahuan suami dan anak bongsunya yang sedang mengerjakan solat maghrib.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 14-1-2025 01:01 PM
Bermakna tak giler lah iya......
Memang patut pun... Sblm dia langgar students tu, dah pernah accident jugak....
Memang tak serik...

Elok dia je mat*
Quote qistiena 14-1-2025 01:10 PM
Nape acik x siapkan awal2 kd oku. Kalau x bole lepas pertuduhan
Quote wikedsaikel 15-1-2025 09:03 PM
Jap OT. Tadi nampak kat X ada kes budak 16 tahun langgar kereta dan maybe motor sampai 5 nyawa melayang. Siap pakej sempat curi barang mangsa. Tolong la buka benang.
Quote mrseller 15-1-2025 11:35 PM
Tudung matching color uolssss. Mmg gini ka?
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 01:45 AM
saya tak rasa dia tak mental
takkanlah suka2 langgar
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 01:47 AM
wikedsaikel replied at 15-1-2025 09:03 PM
Jap OT. Tadi nampak kat X ada kes budak 16 tahun langgar kereta dan maybe motor sampai 5 nyawa melay ...

budak tu naik motorsikal ke?
bukan penunggang motorsikal kebal ke kalau berlanggar dgn kereta?
pasti depa yg akan menang
info hasil rajin berkuntum kat page tanya peguam
Quote Insomniac 16-1-2025 03:12 AM
Knp acik langgar? Acik amek barang ker?
Quote Zeelalala 16-1-2025 03:47 AM
sayawifenikmie replied at 15-1-2025 06:47 PM
budak tu naik motorsikal ke?
bukan penunggang motorsikal kebal ke kalau berlanggar dgn kereta?
pas ...

faham tak apa yg org tu taip? Dia bgtau 5 nyawa melayang. Mcm x kene komen bgtau penunggang motosikal kebal kalau kene langgar dgn kereta.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050808 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top