CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Simpan saja niat kau Rosyam’ – Erma akui nafsu sudah tertutup

14-1-2025 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12034| Komen: 31|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-01-13-at-2.24.44-PM.jpeg


Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima membalas kenyataan Datuk Rosyam Nor yang mencadangkannya supaya berkahwin dengan Fattah Amin.

Menerusi video yang dikongsikan adik Erma iaitu Datin Paduka Umie Aida dalam akaun Instagram, Erma berkata, dia sudah tiada nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.

“Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Harap maaf ya. Simpan sahaja niat baik kau Rosyam,” katanya.

Sebelum ini, tular sepotong video Rosyam mencadangkan agar Fattah yang kini bergelar duda sejak bercerai dengan Nur Fazura 7 Oktober lalu agar mengahwini Erma yang merupakan seorang janda.

“Aku rasalah kan Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak.

“Jadi kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa. Lepas tu pula Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” seloroh Rosyam dalam video yang tular dalam media sosial.


Ketika ini Rosyam, Umie dan Fattah sedang terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 14-1-2025 08:18 AM
Marketingggg lah nie.

Netijen suka lah

Quote nisako 14-1-2025 10:56 AM
haaaahaaaaaaaaaaa
Quote seri_mawr 14-1-2025 11:56 AM
hahhaa....marah keledeks semua kat Rosyam dah tu...

marketing drama x agak2....
Quote Acik2kepam 14-1-2025 12:06 PM
seri_mawr replied at 14-1-2025 11:56 AM
hahhaa....marah keledeks semua kat Rosyam dah tu...

marketing drama x agak2....

Kenapa marah plak?
Mokcun elok je jawab dlm video tu siap gelak2
Dorang tu bkn baru hari ni kenal

Netizen toksah susah hati laaa
Lagipun sah2 la dorang tu ada drama nak keluar
Fattah tu pun skrg dah pandai gak bergurau
Akak baru tgk vtt live dia ngn amira tu kemain ayat diaaa yaaa
Quote seri_mawr 14-1-2025 12:43 PM
Acik2kepam replied at 14-1-2025 12:06 PM
Kenapa marah plak?
Mokcun elok je jawab dlm video tu siap gelak2
Dorang tu bkn baru hari ni kenal

bca kat berita yang Rosyam punya..ni erma punya....
Quote sharlenetexas 14-1-2025 12:45 PM
Tokdanish ni pun.

Quote red_velvet 14-1-2025 12:51 PM
Diorang gurau2 je tu.. Gurauan warga emas. Camni pun nak buat benang ke
Quote noor2 14-1-2025 01:07 PM
Sbg manusia mesti terselit terluka ..gurauan bodoh
Quote noor2 14-1-2025 01:08 PM
Dgn nitizen ckp silap sikit beriya nk saman..puih
Quote doubleharmonic 14-1-2025 01:53 PM
noor2 replied at 14-1-2025 01:07 PM
Sbg manusia mesti terselit terluka ..gurauan bodoh

heshe kan memang bodoh

sebelum ni heshe kata nak kena bukak rumah pelacuran kat mesia ni

[tiktok]7321667102383901954[/tiktok]

Quote emera 14-1-2025 01:55 PM
Terlebih baking soda muka acik ni.
Quote rosevelvet 14-1-2025 02:46 PM
red_velvet replied at 14-1-2025 12:51 PM
Diorang gurau2 je tu.. Gurauan warga emas. Camni pun nak buat benang ke

Tgk video tu dh tau mmg level gurau tok danish ni mmg kasar. Erma pun phm. Keladi jer triggered
Quote berusjamban 14-1-2025 02:49 PM
Cakap xleh beranak tu mcm too harsh kot...sbb dulu erma ni ttc gak kan tp xde rezeki
Quote sharlenetexas 14-1-2025 02:50 PM
emera replied at 14-1-2025 01:55 PM
Terlebih baking soda muka acik ni.

Padahal masa muda dulu boleh tahan hot juga nek erma. Suka tgk sheols dalam femina, anak sarawak, tuah.

Quote supernaturalee 14-1-2025 03:01 PM
sharlenetexas replied at 14-1-2025 02:50 PM
Padahal masa muda dulu boleh tahan hot juga nek erma. Suka tgk sheols dalam femina, anak sarawak,  ...

hati bukan kristal juga
mng best actress lagi



Quote prince_marhaen 14-1-2025 04:31 PM
sambil2 memerli attah tak payah pikir pasal anak ke...takyah keluar belanja.. hahahahaha
Quote sr10 14-1-2025 04:39 PM
Alahai mok cik kertu triggered ke tu. Ini gurau level2 Kawan2 rapat. Jgn nak compare mok cik gurau dgn pok cik
Quote pinkpunk 15-1-2025 08:00 AM
tak kelakar pun. nak gurau pun tak kena tempat. si rosyam tau plak org tu dah menopos
Quote adeqbun 15-1-2025 08:09 AM
rosevelvet replied at 14-1-2025 02:46 PM
Tgk video tu dh tau mmg level gurau tok danish ni mmg kasar. Erma pun phm. Keladi jer triggered

lawak kasar kwn2..tp melampau jugak la bile sebut psl xboleh beranak tu..
otai2 pompuan ni tp bg yg ttc,mmg isu ni sgt sensitif..kalau tokdanish ckp dh monopos tu xpe la jugak

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063470 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top