CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kebakaran masih marak di LA, Semua tak boleh harap!” – Bakal Presiden AS, Donald Trump

14-1-2025 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28843| Komen: 35|Original author: Raline


Trump-bakar.jpg


WASHINGTON –  Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai bencana kebakaran besar di Los Angeles, lapor portal berita MailOnline semalam.

Trump berbuat demikian selepas tidak membalas jemputan Gabenor California, Gavin Newsom untuk melawat lokasi kebakaran.

Trump menggunakan platform Truth Social miliknya dan berkata: “Kebakaran masih marak di Los Angeles. Semua pihak bertanggungjawab tidak cekap dan tidak tahu cara untuk memadamkannya.

“Beribu-ribu rumah yang indah musnah. Banyak lagi (kediaman) akan hilang tidak lama lagi. Kematian di mana-mana saja.

“Ini adalah salah satu malapetaka terburuk dalam sejarah negara kita. Mereka (anggota bomba) tidak dapat memadamkan api. Apa masalah mereka?”

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Newsom terlibat dalam pertengkaran dengan Trump mengenai kebakaran hutan di Los Angeles. Kebakaran itu memusnahkan kawasan seluas 16,187 hektar selepas marak sejak minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, beliau menjemput Trump untuk datang dan melihat sendiri kemusnahan dan bertemu mangsa-mangsa yang terselamat.

Setakat ini, lebih 23 orang disahkan maut, manakala punca kebakaran hutan itu masih belum dikenal pasti.

Namun, barisan kepimpinan di California didakwa  tidak melakukan usaha mencukupi termasuk memotong peruntukan perkhidmatan kecemasan sebelum kebakaran itu berlaku.

Ketua jabatan bomba, Kirstin Crowley mengaku bahawa kekurangan peruntukan menghalang pihaknya daripada menjalankan tugasnya dengan berkesan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote surfin_net82 13-1-2025 11:19 PM
Teori conspiracy punca kebakaran

1. Natural Disasters
2. Arsonist
3. UAP
4. Balasan tuhan sbb statement celupar trump
5. Balasan tuhan kebiadapan Golden Globe
6. Prepare tapak utk Olimpik 2028. Macam kes Lahaina
Quote akies 14-1-2025 08:45 AM
Ketua jabatan bomba, Kirstin Crowley mengaku bahawa kekurangan peruntukan menghalang pihaknya daripada menjalankan tugasnya dengan berkesan. – AGENSI


Sape suh potong peruntukan bomba?
Diorg pun malas nk tolong padamkan kebakaran
Quote melinda_kerr 14-1-2025 09:02 AM
bukan salah bomba pun.. crisis tu sendiri besar dan tenaga kerja bomba pun tk ramai. sian sungguh jd frontliner ni nk hdap mulut2 celupar org2 kaya.
Quote ntahapapantah 14-1-2025 09:05 AM
akies replied at 14-1-2025 08:45 AM
Ketua jabatan bomba, Kirstin Crowley mengaku bahawa kekurangan peruntukan menghalang pihaknya daripa ...

Peruntukan ke Israel lebih diutamakan.
Quote Buritan 14-1-2025 09:17 AM
Lantak hangpa laa.. org politaik mmg mcm tuh.. masing masing tegakkan kote lembik. Masalah tak settle settle jugak..
Quote pokokmeranti 14-1-2025 09:26 AM
panggil bomoh hujan....
Quote naina 14-1-2025 09:27 AM
Mana mungkin bara dia terpadam camtu je..macam petani bakar tanah untuk jadi abu la..berhari2. tu kalau pijak mau jerlus tanah dalam tu ada bara cair kulit. Sebab pernah terjadi kt sedara aku kakinya jadi cacat. Terpijak tanah yg dibakar.
Quote redz85 14-1-2025 09:40 AM
hantar barron lah tolong abang bomba..
Quote BungaKencana 14-1-2025 09:45 AM
aku kesian dkt rakyat yg tak berslh dgn haiwan2 yg ada kt situ.... abam bomba pulis org2 kesihatan semua penat.. tp aku gelak sbb padan muka US! nk sgt bantu israel smpai abaikan rakyat sndr..
Quote netto_ 14-1-2025 10:03 AM
Tu lah sebok sgt bombing bdk2, skill padam api lupe nk belajo. Padehal tiap2 tahun tebako katenye. Patut dah tahu lah ape nk buat. Sekadar mengeruhkan keadaan
Quote AbukRokok 14-1-2025 10:26 AM
surfin_net82 replied at 13-1-2025 11:19 PM
Teori conspiracy punca kebakaran

1. Natural Disasters

mbah 1 lagi...Mountain DEW
Quote imransulaiman 14-1-2025 10:26 AM
Laaaah...! Masih "bakal" ke? Ingatkan dah menang dan dinobatkan
Quote nisako 14-1-2025 10:56 AM
ambik ko
Quote kucingitam 14-1-2025 11:00 AM
kau jelah gi padam...
Quote ctaz 14-1-2025 12:25 PM
trump meludah kahak hijo kelangit....
ujung2..........


kuheh...kuheh...kuheh


Quote dewimalam78 14-1-2025 01:45 PM
Israel ada hantar bantuan tak?
Quote nutcrack8 14-1-2025 01:51 PM
dewimalam78 replied at 14-1-2025 01:45 PM
Israel ada hantar bantuan tak?

Krik krik krik..
Dorg lari dulu
Quote vaious 14-1-2025 02:41 PM
Patut atuk trump pegi jumpa sorang2 incharge jerit you're fired mcm the apprentice
Quote pokokmeranti 14-1-2025 02:48 PM
nuke je kawasan nie. padam la api tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.393336 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top