CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hartawan Los Angeles perlukan bomba swasta elak rumah terbakar undang kecaman ramai

14-1-2025 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27420| Komen: 5|Original author: Raline


upah-bomba.jpg


LOS ANGELES, CALIFORNIA  – Sebilangan individu kaya raya dan popular di Los Angeles  mengundang kecaman orang ramai selepas menyuarakan hasrat mengupah pasukan bomba persendirian untuk menyelamatkan kediaman berharga berjuta-juta dolar, lapor akhbar The Sun UK.

Ketika kebakaran terus marak dan memusnahkan rumah-rumah di Los Angeles sehingga  memaksa penduduk melarikan diri, sebilangan selebriti serta bilionair dikecam kerana tindakan tersebut.

Pengasas bersama firma pelaburan hartanah Gelt Venture Partners, Keith Wasserman memuat naik hantaran di platform X bertanyakan khidmat bomba persendirian bagi melindungi kediamannya di Pacific Palisades.

“Adakah sesiapa mempunyai akses kepada anggota bomba persendirian untuk melindungi rumah kami di Pacific Palisades? Kami perlu bertindak cepat. Semua rumah jiran sudah terbakar. Saya akan membayar walau berapa pun harganya. Terima kasih,” tulisnya di X.

Jutawan itu memiliki rumah agam di kawasan kejiranan mewah serta pusat beli-belah kelas atasan.

Netizen mengkritik Wasserman kerana menyifatkan hantarannya tidak menghormati mangsa kebakaran.

“Adakah anda cuba menyatakan bahawa sumber-sumber yang boleh menyelamatkan nyawa manusia (sekali pun bomba persendirian) perlu dihantar ke rumah anda hanya kerana anda orang kaya sedangkan orang lain terpaksa berpindah?” kata seorang pengguna media sosial.

Jutawan pemaju hartanah dan bekas calon datuk bandar, Rick Caruso turut menerima kecaman selepas beliau dilaporkan mengupah anggota bomba persendirian untuk melindungi hartanahnya di Kampung Palisades.

Anggota bomba persendirian adalah perkara biasa di Los Angeles apabila selebriti media, Kim Kardashian mengakui bahawa rumahnya di Hidden Hills, California telah diselamatkan oleh kru persendirian dalam kebakaran hutan pada  tahun 2013. – AGENSI  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 14-1-2025 01:16 PM
dunia ibarat roda

harini kau di atas
tiba2, esok kau kat bawah

sekelip mata je hilang segalanya
jangan kerek
Quote sue_liah 14-1-2025 02:21 PM
kata kaya raya apa la sgt terbakar 1
Quote green~tea 14-1-2025 02:29 PM
Kan tulis pekhidmatan bomba persendirian... ok la dia yang appoint and nak bayar sendiri.. bukan minta duit orang lain
Quote B40tastePosh 14-1-2025 03:03 PM
Kampung Palisades

Quote alaa 14-1-2025 03:06 PM
green~tea replied at 14-1-2025 02:29 PM
Kan tulis pekhidmatan bomba persendirian... ok la dia yang appoint and nak bayar sendiri.. bukan min ...

i second this.

dia ada duit nak bayar bomba persendirian, and dia willing to pay. why not?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057121 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top