CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seram! ‘Pak cik nampak kelibat beberapa budak panjat dinding wad awal pagi’

14-1-2025 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27975| Komen: 23|Original author: Raline


seram-hospital.jpeg


PETALING JAYA – Kelibat beberapa budak memanjat dinding wad pada awal pagi antara pengalaman seram dilalui seorang lelaki sewaktu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.

Kehadiran kanak-kanak itu tidak dapat dilihat oleh kakitangan hospital tersebut, namun hanya disedari oleh lelaki berkenaan sekali gus menyebabkan jantungnya menjadi laju.

Perkongsian seram itu diceritakan seorang Dr. Adli Azam yang juga pakar pembedahan kardiotoraks di sebuah hospital swasta berhubung pesakitnya yang ditempatkan di ICU tersebut.

“Tengok hari ini dia ‘okey’, esok dah boleh keluar dari ICU ke wad. Malam itu tiba-tiba jantung dia laju.

“Sebagai doktor ni, kita nampak apa yang kita nampak. Kita beri ubat pukul 2, 3 pagi. Kemudian pagi itu tanya (pesakit), ‘haji malam tadi teruk sangat ni, ada apa-apa ke?’.

“Dia nampak budak-budak kecil panjat dinding bukan satu, tapi dua tiga orang panjat depan mata. Sampai jantung dia ‘berterabur’ (laju),” katanya menerusi hantaran video.

Beliau juga berkongsi kisah pernah diganggu ‘makhluk’ tidak dapat dilihat selepas melakukan pembedahan.

“Setakat kena kacau ada dua tiga kali, tapi kadang saya tak larat. Saya pernah buat pembedahan sampai 12 tengah malam dan balik ke bilik, saya penat sebenarnya tak larat nak tidur saja.

“Tapi kena kacau. Bila pakai selimut, dia tarik selimut. Benda ni kacau bila kita diawang-awangan, antara sedar dan nak tidur. Sebab itu saya tak tidur terlentang, saya tahu ada jin akan hempap kita dan saya tidur mengiring,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa kawasan ‘keras’ yang menjadi kesukaan makhluk tersebut di dalam hospital.

“Jin ni memang ada yang ‘power’ (kuasa) suka pada darah. Kebanyakan ‘keras’ sama ada pusat dialisis sebab berurusan dengan darah, bilik pembedahan dan ICU,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-1-2025 01:22 AM
Edited by dua_chzy at 13-1-2025 05:23 PM

Hospital memang serem.

Tapi meols juga suka jalan2 di wad jam 2-3 pagi kalau tadapat tido. Meols kasik tau uols la, waktu tu if uol bawak pistol tembak mati point blank suma orang kat wad memang boleh sangat sebab doktor, nurse suma tido or hilang pi stor la memana la pi tido masa tu. Penjaga ngan pesakit pon tido mati biasanya. Masa anak warded dulu meols selalu tolong katil sebelah tutup mesin susu la etc.

Jam 4 baru meka 'hidup'. Baru nampak nurse but routine check, etc.

Meols tokleh nampak. Dengar or ghaso2 ja. Sebab tu meols brani. Kalau nampak tah la, pinsan kot.
Quote ninja boy 14-1-2025 01:44 AM
Pantang jam 3 pagi, mana2 tempat hostel ka rumah ka kalau nak minum air ka pi toilet ka elakkan jam 3 pagi
Quote noor2 14-1-2025 05:13 AM
X semua tempat ada jin...elok je akak bgn 3 pagi , 4 pagi bgn kat rumah..x de pulak kena ganggu..hospital mmg la ada ..mcm doktor tu kata tempat yg tumpah darah mmg la ada..tambah2 mcm2 manusia ada
Quote shernazz 14-1-2025 07:47 AM
Yang takde hantu kat wad bersalin hkl.zaman.dolu jah...
Meriah dengan ibu2, baby2...pkl 3 pagi gi toilet takde hal...
Nurse siap sembang2 kat kaunter pkl 2 3 pagi...hahaha...
Patient keluar masuk.sentiasa...
Now dah pindah ke hospital baru tak tau la mcmana..
Selama.iols.masuk.spital.mana.mana sama ada swasta atau kerajaan belum ada pengalaman lg lah...
Quote PULANGKAN 14-1-2025 01:24 PM
syukur iols berkampung kat wad 2 minggu dulu takde kejadian persis bod mps berlaku

dah la tiap kali pukul 3-4 pagi auto pegi toilet terverak
duduk toilet bertapa lagi. sunyi bodo. iols dah la hati tisu. pasang la bunyi air paip sikit bagi menghilangkan kesunyian sementara
Quote TsuFehSofia 15-1-2025 12:23 AM
Dr dari Hosp Gleneagles JB nie...Pakar Cardio..
Quote Autopilot 15-1-2025 01:01 AM
TsuFehSofia replied at 15-1-2025 12:23 AM
Dr dari Hosp Gleneagles JB nie...Pakar Cardio..

Orang JB eh haha
Quote pocongkiutss 15-1-2025 01:20 AM
ninja boy replied at 14-1-2025 01:44 AM
Pantang jam 3 pagi, mana2 tempat hostel ka rumah ka kalau nak minum air ka pi toilet ka elakkan jam  ...

Masalahnya kul 3 pagi tu laaaaa yg nk terkencing sesangat.
Adess
Quote pocongkiutss 15-1-2025 01:20 AM
PULANGKAN replied at 14-1-2025 01:24 PM
syukur iols berkampung kat wad 2 minggu dulu takde kejadian persis bod mps berlaku

dah la tiap kali ...

Hantu pun takut nk tegur uols..tgklah nama pun PULANGKAN, caps lock lg tu
Quote PULANGKAN 15-1-2025 01:40 AM
pocongkiutss replied at 15-1-2025 01:20 AM
Hantu pun takut nk tegur uols..tgklah nama pun PULANGKAN, caps lock lg tu

chuols pun apa kurangnya, nama cik gula-gula

dulu Iols letak gambar cik ponti as avatar, kena delete moderator
Quote sayawifenikmie 15-1-2025 02:17 AM
jaga makkat hospital ipoh 2018
dalam 2 minggu jugak
duduk bilik sorang
nasib baik depan bilik ada station nurse
bila pergi toilet malam2 - toilet dlm bilik tu jugak la
(kalau toilet luar, saya rasa saya akan kencing dlm plastik)
seremmm tapi tak ada lah apa apa
mak saya pulak macam sedar seedar tak sedar
dia tak kenal saya dan visitors

bila dah sihat
dia cerita
malam2 dia selalu rasa ada orang pegang kaki dia
nasib baik dia tak cerita kat saya (seba dia pun tak kenal saya masa tu)

lepas jaga mak tu
say aterus dapat DARAH TINGGI sampai lah sekarang
Quote Tinot7 15-1-2025 07:03 AM
Salah bod ke ni?
Quote Kitty_catz 15-1-2025 08:53 AM
bod CI leh tukar jadi majalah mastika
Quote telracs 15-1-2025 09:46 AM
Salam...

Hari ni dah separuh bulan Januari...

Sesiapa yang masih belum claim kredit untuk Birthday khas bulan JANUARI 2025, silalah masuk sini :

https://b.cari.com.my/forum.php? ... ge%3D1&mobile=2

Ada 16 hari sahaja lagi sebelum benang ditutup.
Quote namemysoul 15-1-2025 10:22 AM
Kite penah tegur (sbbnyer nak tny jln...hehehehe) yg ku igtkan lelaki utk tny arah...

Dia dok kat kerusi, mukanya memandang ke depan.
Hanya nmpk sebelah muka saja...

Last2 sedare kite tny ckp ngan siapa, mana ader kerusi pon....huhuhuhuhu
Quote dua_chzy 15-1-2025 11:08 AM
namemysoul replied at 15-1-2025 02:22 AM
Kite penah tegur (sbbnyer nak tny jln...hehehehe) yg ku igtkan lelaki utk tny arah...

Dia dok kat k ...

Speselnya uols nampak benda2 gitu. Bukan suma orang boleh nampak tu.
Quote TomyamPuteh 15-1-2025 11:59 AM
Adik aku masa kt Sarawak dulu pernah kena. Shift mlm. Mlm Cina nk sambut Hungry Ghost. Dia rasa bahu dia berat. Dia ingtkn dia yg x sihat. Pagi besoknya ada kwn dia bgtau ada benda dok bertenggek atas bahu dia. Terus MC seminggu sbb terkejut.
Quote mizzmimi 15-1-2025 12:56 PM
My sistur masa bersalin kat naval base hosp lumut nampak entiti.. ummi nazeera ngan maya karin.. gugel la eh deols pernah berlakon jadik entiti apa..
Quote cantthinkofany 15-1-2025 01:13 PM
mizzmimi replied at 15-1-2025 12:56 PM
My sistur masa bersalin kat naval base hosp lumut nampak entiti.. ummi nazeera ngan maya karin.. gug ...

penanggal n ponti....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.177552 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top