CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KK Mart buat laporan polis terhadap syarikat pengeluar ‘sandwich’

13-1-2025 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34194| Komen: 45|Original author: Abahmung


Screenshot_2025-01-13-19-27-09-613_com.android.chrome-edit.jpg

KK Supermart buat laporan polis terhadap syarikat pengeluar 'sandwich'.


PETALING JAYA – KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. (KK Supermart) membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar produk ‘sandwich ham & cheese’, Shake And Bake Café Sdn. Bhd. (Shake And Bake Café).

KK Supermart dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut mengarahkan peguam untuk menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari kepada Shake And Bake Café.

“Untuk makluman produk ‘sandwich’ ini dikilangkan dan diusahakan oleh Shake And Bake Café. Produk ini dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan antaranya di rangkaian KK Concept Store.


“Pihak Shake And Bake Café mengemukakan sijil halal bagi ‘chicken ham’ (kepingan ayam) dan kepingan keju. Tulisan dipamerkan pada bungkusan ‘sandwich’ dan perkataan ini adalah daripada Shake And Bake Café,” katanya hari ini.

Menurut KK Supermart, hanya 16 KK Concept Store mempunyai kemasukan produk itu dan pihaknya telah membekukan urusan perniagaan bersama Shake And Bake Café serta-merta.

Katanya, ia termasuk menghentikan segala pemprosesan produk itu daripada kemasukan ke mana-mana outlet KK Concept Store sepanjang tempoh siasatan kes.

“Kami difahamkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melakukan serbuan ke atas kilang Shake And Bake Café di Sunway Damansara, Petaling Jaya.

“Demi menjaga kepercayaan dan keselamatan pelanggan, kerjasama penuh akan diberikan bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang mencemarkan keyakinan dan kesejahteraan pelanggan kami,” katanya.

KK Supermart berkata, syarikat itu memandang serius perkara tersebut dan mengambil langkah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 13-1-2025 07:49 PM
Sedangkan kat oversi pon musti sebut "chicken" bersama2 "ham"  tang label.  Kalo ham je semate hanye isi vavi saje la..
Quote ultra78 13-1-2025 08:12 PM
KK Mart ni main kutip aje supplier..
Quote kakikuDibibirmu 13-1-2025 08:24 PM
Akmal Stoking tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 13-1-2025 08:25 PM
Kedai Keling tersenyum sinis
Quote xy_daen 13-1-2025 08:39 PM
Laju KK Mart lepas tangan. Agak2 dapat ikut pergi oversea lagi tak?
Quote ultra78 13-1-2025 09:23 PM
Edited by ultra78 at 13-1-2025 09:24 PM

Dah kena serang..

https://www.facebook.com/shakenbake.cafe/posts/pfbid0tX3b7HnmzYztzy6DF41g87hTmpRUBg8C4zcYguKMBFbvZiZoZDnzyFBtmAH1U1sEl?rdid=FWBISLQJlxJJmrHh#

[fbp]https://www.facebook.com/shakenbake.cafe/posts/pfbid0tX3b7HnmzYztzy6DF41g87hTmpRUBg8C4zcYguKMBFbvZiZoZDnzyFBtmAH1U1sEl?rdid=FWBISLQJlxJJmrHh#[/fbp]
Quote ^CUN_GILA~. 13-1-2025 10:00 PM
1000034675.jpg
https://www.facebook.com/share/r/15fDvh3c8g/
Quote TOPwind 13-1-2025 10:00 PM
KK bos akan diraikan makan2 sembang di Istana nanti

dan akan turut ikut PMx jalan2 cari makan di luar negara mcm dulu2.
Quote Jitu 13-1-2025 10:10 PM
dah tak boikot ke

Quote TomyamPuteh 13-1-2025 10:10 PM
Bos KK mungkin akan dijemput makan asam pedas dgn payung kuning jugak
Quote otai_g 13-1-2025 11:01 PM
Alah melayu pun rmi mkn restoran x de logo halal kat klcc n mn2 mall. Selera melayu da aneh2 skrg terutama perempuan melayu bertudung. Nk mkn mcm2.

Mcm laki makan roti canai kosong kat restoran mamak pun da kira 5 star dah.
Quote Decaffeinated 13-1-2025 11:36 PM
tumpanglalu74 replied at 13-1-2025 07:49 PM
Sedangkan kat oversi pon musti sebut "chicken" bersama2 "ham"  tang label.  Kalo ham je semate hanye ...

Kat oversi tu di mana? serius nak tau.

Quote bunnyj3lly 14-1-2025 12:15 AM
Edited by bunnyj3lly at 14-1-2025 12:17 AM

Hahaha. Kann.. ham ni memang exclusive utk babi. Datang market majoriti muslim, tiba-tiba wujud chicken ham. Pelik kenapa sebelum ni tiada yg bersuara pasal perkataan ham ni.

Konsep dia sama macam bak kut teh. Kenapa boleh ada halal bak kut teh sedangkan original dish guna babi. Yes, I paham Bak = daging. Can also means other type of meat. Tapi dalam dunia kulinari cina, bak kut teh memang guna babi je. Kulinari cina muslim nk buat bak kut teh guna ayam, tiada masalah, tukar jela nama jd chic kut teh. Apehal nak guna nama sama dgn makanan haram?

Kalau guna soju halal maroh pulokkk..
Quote Skuau 14-1-2025 12:27 AM
tumpanglalu74 replied at 13-1-2025 07:49 PM
Sedangkan kat oversi pon musti sebut "chicken" bersama2 "ham"  tang label.  Kalo ham je semate hanye ...

Siput khinzir.
kutu khinzir.
lama dlu pernah keja kt hotel...kita memang ada buat 'ham & cheese sandwich'....tp 'ham' memang pakai kepingan ayam la....benda ni..sekadar amik 'nama' jer sebenarnya....
Quote ctaz 14-1-2025 12:31 AM
kambing hitam sedang dikesa....kambing hitam sedang dikesan
Quote Shayang 14-1-2025 12:31 AM
KK mart mendonia lagi????

Sandwich ham mendonia????????
Quote blue_blur 14-1-2025 01:00 AM
otai_g replied at 13-1-2025 11:01 PM
Alah melayu pun rmi mkn restoran x de logo halal kat klcc n mn2 mall. Selera melayu da aneh2 skrg te ...

yep... aku jeling dalam tu jugak muka pelik... dia kalih mata....

alah.... masuk je "cafe" famous tu pun, selamba melayu sekeluarga minum arak open... member nonmuslim pulak terkejut mesej tanya aku....
jadi kita kena maklumkan pada kawan2 non muslim, melayu dan muslim tu perkara berbeza, agar dorang pun tak keliru... melayu tak semestinya muslim...
Quote shernazz 14-1-2025 07:50 AM
Takde yang check ke product2 tu?
Kena customer yang merentan baru nak gerak?
Quote shamsadis 14-1-2025 08:23 AM
esok lusa dia buat lagi lah tu,

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.395316 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top