CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saharul Ridzwan sedih masuk hospital, kesian isteri penat jaga dirinya dan anak-anak

13-1-2025 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7352| Komen: 24|Original author: Raline

Saharul Ridzwan sebak apabila terpaksa dimasukkan ke hospital pada hari ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada Ahad.

Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 36, berasa kasihan terhadap isterinya iaitu Deena Amir yang terpaksa menjaganya di hospital selain menguruskan anak-anak mereka.

sr.PNG


“Kesakitan ini buat aku terfikir setiap nafas, setiap detik semua pinjaman Allah.

“Dalam kesusahan, aku nampak kasih sayang Allah melalui isteri yang tak pernah penat menjaga.

“Aku sedar Allah bagi peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia,” katanya.



Saharul berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, kesakitan dialaminya ketika ini membuatkan Saharul sedar kepentingan menjaga dan nikmat sebuah kesihatan.

“Nikmat kesihatan itu memang tak ternilai. Bila Allah tarik walaupun sekejap, semua rasa terhenti.

"Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi itu kita tak nampak... Apabila diuji barulah kita mula perasan kasih sayang-Nya ada di sebalik semua kesakitan.

"Semalam (Sabtu), asbab satu perkara kecil semua perancangan tergendala. Siapa sangka, dari nikmat yang biasa kita abaikan, Allah tarik sekejap untuk ajar sesuatu lebih besar," ujarnya.


Saharul bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang masalah kesihatan yang dihadapinya dan usaha mStar mendapatkan kenyataan aktor berkenaan tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.

Untuk rekod, Saharul dan Deena atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahara, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2 tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 13-1-2025 10:42 AM
sakit apeee...
Quote bottompro 13-1-2025 10:49 PM
Kepam
Quote sharlenetexas 13-1-2025 10:58 PM
Suka tgk heols masa LYMA dulu.

Quote syamzana 13-1-2025 11:07 PM
mmg tak berlakon dah skrg ye?
semoga cepat sembuh
Quote jejaka_hensem 13-1-2025 11:10 PM
Keluar lah balik dari hospital,
Quote Daftpunk_shine 13-1-2025 11:24 PM
Apa gosipnya..aiyooo bosan la pasal dia ni..
Quote Zeelalala 13-1-2025 11:29 PM
Malas baca panjang sangat captionnya nya pun......

Quote KamikuP 14-1-2025 12:28 PM
Meolls rengsa bila kita tanya sakit dia tak jawab.. lenkali takyah le posting mengundang ngokk
Quote amyfaha 14-1-2025 01:53 PM
Dia ni fefffeling dia sorang je umat nabi kat muka bumi ni. Meluat. Mesti 2x5 dgn fikiran suhaimiii. Jenis kepala otak kolot.
Quote zuriey 14-1-2025 02:00 PM
Ko bkn oku yg perlu di jaga 24 jam di hosptl tu
Private hosptl kan nak apa2 panggil je nurse
Lain la ko duduk wad kelas ke 3 hosptl gomen
Quote selipar_hijau 14-1-2025 02:06 PM
elok2 jadi org normal dah gi pilih jalan hidup camni
Quote sue_liah 14-1-2025 02:19 PM
bukan ko sorang je sakit bini jaga, normal la tu
Quote obses_budak 14-1-2025 04:52 PM
zuriey replied at 14-1-2025 02:00 PM
Ko bkn oku yg perlu di jaga 24 jam di hosptl tu
Private hosptl kan nak apa2 panggil je nurse
Lain l ...

Hospital gomen eh .sbb bj hosptl gomen..
Ke hospital university?
Quote rosewhite 14-1-2025 04:57 PM
bini letihlah tu, dahlah sibuk dengan hal kerja, ada butikkan katanya dulu,masih on lagi ke?laki pulak tak taulah kerja apa, ke spesies biawak jugak.
Quote tapirbiru 14-1-2025 05:56 PM
kenapa ye kalau artis malaysia berhijrah skit, rakyot malaysia terkagum kagum..berhijab skit, berjanggut berkopiah..semua la memuja2..plg baru nora danish
Quote miemiecha 14-1-2025 05:56 PM
xyah sedih sgt bang,.,. klu mek p jaga hang sat g, mau bini ang meratib kne sondol kang,...

flip tudung kangrooo bidang 45
Quote Zezo 14-1-2025 06:00 PM
Umur cmni, tgk gaya. Hernia kot? Hahaha. Iols teka je ok.
Quote budakpink 14-1-2025 06:04 PM
Suka buat karangan caption tu.. Tah ap2
Quote amyfaha 14-1-2025 06:49 PM
Nampak gaya sejenis bewak yg menghamba abdikan binik tuk jaga anak. Dia kan satu2nya umat islam kat bumi ni.  Overrr betul ko yeeerrr. Jijiqqqq. Otak confirm kolot.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060374 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top