Dalam diam rupa-rupanya hati pelakon Shasha Abedul berjaya ditambat oleh seorang jejaka. Lebih menggembirakan Shasha, 29, mendedahkan dia dan teman lelakinya sudah pun mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu. Kata Shasha, ikatan itu juga sebagai tanda permulaan kepada perjalanan yang indah buat mereka berdua dalam melangkah ke alam perkahwinan. "Hari ini (11 Januari), kita meraikan cinta - murni, ikhlas, tanpa syarat, dan abadi. "Detik ini menandakan permulaan perjalanan yang indah, menjanjikan untuk menghargai, menyokong, dan berkembang bersama. "Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, setiap senyuman dan setiap sentuhan," katanya.
|
fattymah replied at 13-1-2025 06:25 PM
Yg atuk nenek tu pelakon kan.. ada darah seni le ni
telracs replied at 13-1-2025 12:30 PM
Dia berlakon drama apa?
sharlenetexas replied at 13-1-2025 06:01 PM
Selalu tertukar sheols ni dgn isyariana.
pocongkiutss replied at 13-1-2025 06:57 PM
Bila iols ckp ni br iols terperasan..mmg ada iras..leh berlakon jd adik beradik..dedua chomels
pocongkiutss replied at 13-1-2025 06:34 PM
Sapa tok nenek dia uols
fattymah replied at 13-1-2025 08:32 PM
Gambar tunang yg no 3 tu.. pelakon kan dulu2
ADVERTISEMENT