CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish tak nak anak tinggal solat, "Jenuh nanti nak qada solat macam mommy"

13-1-2025 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4336| Komen: 4|Original author: Raline

 


Enggan mewariskan kesilapan silam kepada zuriat sendiri, pelakon Nora Danish berharap tidak pernah lelah mengingatkan anak-anak tentang kewajiban menunaikan solat lima waktu.

Kata Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, andai tidak berbuat demikian kemungkinan dua anak lelakinya akan mengalami nasib sama sepertinya apabila harus menggantikan solatnya yang tertinggal selama ini. 

“Budak-budak memang kena ingatkan (solat) mereka sepanjang masa terutamanya anak lelaki, setuju tak? Jangan pernah letih ibu-ibu semua.

“Kalau tak, kena ganti solat qada macam mommy sekarang. Jenuh nanti,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Pelakon drama Bencinta itu turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anaknya, Putra Rayqal Ramli yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 7 Januari lalu.


Dalam perbualan tersebut, Nora hanya minta Rayqal melaksanakan solat lima waktu supaya kehidupannya sentiasa dilindungi Allah.

“Selamat hari jadi. Apa yang mommy nak adalah Rayqal solat lima waktu sehari dah zikir, Allahuakhbar.

“Dari solat dan zikir itulah Allah akan lindungi awak,” ujarnya.


Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan bercerai pada 2008.

Rumah tangga mereka diserikan dengan seorang cahaya mata iaitu Rayqal.

Pada 2017, Nora bertemu jodoh kali kedua dengan Nedim Nazri dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 13-1-2025 03:19 PM
Alhamdulillah.
Makin bgus nora ni.
Quote abadi84 13-1-2025 03:22 PM
Nora ni mmg hati baik dari dulu lagi
Quote afie_m 13-1-2025 03:44 PM
suka tengok dia sekarang
Quote Prickford 13-1-2025 04:31 PM
Jejai punya exes masing2 bertudung dah. Apa lah yg jadi ek kalau deyols tak cerai sama ada Nora atau Fasha.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044652 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top