CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peruntukan Pembangunan Bola Sepak Malaysia Ditingkatkan Kepada RM30 Juta - PMX

13-1-2025 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7788| Komen: 10

 


KUALA LUMPUR - Peruntukan RM15 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak digandakan kepada RM30 juta dengan RM15 juta akan dibiayai pihak swasta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata peruntukan itu akan digunakan bagi meningkatkan program pembangunan bola sepak di setiap peringkat khususnya Harimau Malaya selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.

Perdana Menteri berkata dana itu juga akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang memerlukan perubahan menyeluruh dari setiap sudut bagi memastikan pemain kebangsaan mendapat sokongan berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.

"Usaha juga akan ditumpukan kepada mewujudkan lebih ramai pemain pelapis pasukan Harimau Malaya, dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah 23 negara dan ini secara tidak langsung membolehkan pasukan utama sentiasa dilengkapi dengan para pemain yang berpengalaman," katanya.

Selain ikhtiar yang dilakukan Kerajaan MADANI dan FAM, beliau juga berharap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas baginda dalam industri bola sepak.

"Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya," katanya.

Anwar berkata umum mengetahui bahawa sukan bola sepak amat dekat di hati rakyat Malaysia termasuk dirinya sendiri yang sentiasa menerima perkembangan langsung berkaitan situasi melibatkan Harimau Malaya.

"Pelbagai usaha berterusan dilakukan Kerajaan MADANI bersama beberapa pihak lain dalam memastikan skuad Harimau Malaya diperkukuh sekali gus muncul sebagai gergasi bola sepak Asia," katanya.

Anwar berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada skuad kebangsaan itu termasuk pasukan pengurusan dalam mengangkat nama Malaysia ke peringat tertinggi dan setanding nama besar bola sepak antarabangsa.

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 13-1-2025 12:22 PM
Tolonglah duit2 tu bkn utk bayar player2 warisan utk mewakili negara...... Guna utk pembamgunan pelapis ok lah...
Quote orkid_amani 13-1-2025 01:55 PM
Bola sepak negara sejak J tu mendunia aii dah xminat nak tengok..asik2 dia ja yg menang..bosan..xdak fight mcm zaman Akmal Rizal, IndraPutra, AmriYahya dulu..dulu kelab pun boleh bg good fight kn mcm mppj tuu.. aii dah move to badminton.
Quote lostnfaun 13-1-2025 07:08 PM
Company swasta mana yg bagi 15 juta tue? GLC ke?
Quote tumpanglalu74 13-1-2025 07:53 PM
Realitinye kaki omputih tu panjang.  Kaki nusantara ni katek2.  Okay aku kasi chan.  Pasni ambek players yang 6 footer pastu kita tengok macamane..  Labur la RM1 beliyun pon.
Quote highcastle 13-1-2025 08:28 PM
orkid_amani replied at 13-1-2025 01:55 PM
Bola sepak negara sejak J tu mendunia aii dah xminat nak tengok..asik2 dia ja yg menang..bosan..xdak ...

Ya bro.. Aku yg warga J lebih terkenangkan masa zaman Ervin Boban dari JDT skg. Saingan cukup sengit masa tu dan kalau menang pun rasa berbaloi...
Quote Decaffeinated 13-1-2025 11:47 PM
Sikitnya. Cukup ka nak beli player?

Yang ada ni pun dah tak terbayar gaji kan.


Quote begg 13-1-2025 11:51 PM
Sebab anak raja mintak segedebuk dapat RM30 juta ke??
Quote ctaz 14-1-2025 12:33 AM
byk mulut sedang menganga.......
ujung2 bola sepak malaysia nan-hado....
Quote orkid_amani 14-1-2025 09:13 AM
highcastle replied at 13-1-2025 08:28 PM
Ya bro.. Aku yg warga J lebih terkenangkan masa zaman Ervin Boban dari JDT skg. Saingan cukup seng ...

Zaman kegemilangan bola sepak bg aii masa tu red giant mendunia..w/pun dia beli banyak players dari negeri lain tp gameplay negeri2 lain tetap ada fight..mmg best tgk Bola time tuu.sejak2 J tu mendunia sendurina dah bola..bosan sbb beria beli star players dari negeri lain tp yg main awang import..dulu xdak nya panggil players naturalisasi pun
Quote nusaraya 14-1-2025 09:36 AM
tumpanglalu74 replied at 13-1-2025 07:53 PM
Realitinye kaki omputih tu panjang.  Kaki nusantara ni katek2.  Okay aku kasi chan.  Pasni ambek pla ...

Buat apa ambil bule atau pemain dari luar negeri jika ada bangsa melayu yang selalu diikhiraf dan diklaim  sebagai bangsa yang paling hebat dan istimewa dalam segala  hal Maka lebih baik gunakanlah mereka ketimbang  membuang-buang  wang yang hasilnya X akan lebih baik ...   

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050443 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top