CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas berhabis 600k bina banglo tepi laut tapi mengalami hakisan teruk dan kemungkinan roboh.

13-1-2025 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39377| Komen: 119|Original author: YgBenar

 

Kuala Nerus: Penghijrahan seorang warga emas ke negeri ini dengan membina sebuah rumah hadiah khas buat isteri tercinta tujuh tahun lalu bakal lebur ditelan ombak

Mohd Yazit Idris, 66, dari Kampung Tanjung, Batu Rakit, dekat sini berkata, wang hasil titik peluhnya bekerja di sebuah syarikat swasta digunakan sepenuhnya untuk membeli sebidang tanah dan membina sebuah banglo di atasnya.

Menurutnya, dia menghabiskan kira-kira RM600,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik untuk berhijrah ke sini dan membina rumah.

Katanya, cita-citanya sejak kecil untuk membina sebuah rumah berhampiran laut dan hajat itu tercapai tujuh tahun lalu.

Saya bersama arwah isteri Siti Rashiddah Mohd Yunus, yang meninggal dunia pada 2019 dan tiga anak berpindah ke kampung ini dari Puchong, Selangor.

"Namun, hadiah terakhir sebuah rumah buat isteri selepas bersara kini menunggu masa ditelan ombak berikutan mengalami hakisan teruk sejak Sabtu lalu.

"Walaupun bahagian belakang rumah sudah kelihatan konkrit akibat hakisan namun saya masih bertahan untuk menghuni rumah ini," katanya.

Menurutnya, bagi menyelamatkan struktur rumah walaupun agak mustahil dia tetap gagahkan diri mengisi pasir ke dalam guni berkapasiti satu metrik tan setiap satunya untuk dijadikan pengadang ombak.

Katanya, lebih empat jam diambil bagi mengisi pasir ke dalam guni berkenaan namun dengan kudrat yang ada ditambah kekuatan ombak yang membadai ketika air pasang menyukarkan misinya itu.

Yazit berkata, sebelum ini dia sudah membina 200 guni pasir berkapasiti 50 kilogram (kg) sebagai penghadang namun usahanya itu gagal apabila semua guni pasir berkenaan tertimbus dan hanyut.

"Walaupun bahaya namun hanya rumah ini harta yang ada dan saya sebolehnya akan berusaha menyelamatkan hadiah teristimewa buat arwah isteri.

"Harapan untuk mencari kedamaian dengan berhijrah ke sini, kini semakin kabur akibat asakan ombak bertali arus yang mana kedudukan pantai tujuh tahun lalu kira-kira 100 meter dari rumah," katanya.

Menurutnya, anaknya Nur Shahira, 32, dan menantu Qusairi Noor Rashid, 32, sudah lima hari pulang dari Selangor, menjenguknya sambil membantu mengisi pasir ke dalam guni untuk dijadikan benteng.

.

Katanya, selepas kematian isteri dia kini tinggal bersendirian berikutan tiga anaknya tinggal berasingan di luar Terengganu.

Yazit berkata, dia berharap pihak berwajib dapat membantunya kerana yakin rumah yang sarat dengan kenangan buat dirinya itu masih boleh diselamatkan.

"Hajat untuk mendapatkan sebuah rumah bersuasana laut sudah termakbul namun pengakhirannya dilihat kabur dan bakal berkecai.

"Sekiranya roboh rumah ini, saya terpaksa pulang ke Selangor dan menumpang hidup bersama anak-anak," katanya.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka hakisan yang pada mulanya berlaku di kawasan Tok Jembal, akan berlarutan hingga ke kampung ini kerana jaraknya yang jauh.

Screenshot_2025-01-10-23-02-22-24.jpg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 10-1-2025 11:09 PM
Kat kuala nerus plak tu... haiyohhhhh
Quote joy_ah 10-1-2025 11:15 PM
datok aku ada tanah berekar2 tepi sungai. masa dia meninggal tanah2 tu wujud lagi. kemudian abang aku balik kampung bawak sekali juruukur nak tgk tanah dua2 terkulat2 mana pi tanah tu entah

Quote nuralisa 10-1-2025 11:24 PM
Mmg kalau runtuh ni .. maknanya abihla nama dia dekat tanah tu .. nama dah masuk ke laut. X boleh buat apa ..

Ada 1 rumah tgh buat dekat kawasan hakisan ni jugak .. dlm 80m je situ .. harap2 dptla bertahan 5-6 tahun lagi … jadilah ..
Quote lotusteratai 11-1-2025 12:13 AM
kesiannya tapi dah tak selamat tu nak stay situ. Dibuatnya ombak besar kesan dr gempa bumi dlm laut, habis rumah tu. Ombak laut belah sana lebih ganas dr selat melaka. Selat melaka tu pun bernasib baik sbb ada penghadang, sumatra klu tidak makin lama makin kecik semenanjung ni. Ada tgk kat tt content pasal tanah zaman dulu dgn skrg, ada kawasan tanah dah jadi laut
Quote doubleA 11-1-2025 12:59 AM
Kesian sgt hakisan teruk, dah la pakcik ni duduk sorang2. Faham kenapa dia taknak tinggal rumah, tapi gov ganu tak tolong apa2 ke sampai dia yg kena usaha sendiri. Kalau 7 tahun dulu pantai 100m, memang cepat betul terhakis tak mustahil boleh lenyap rumah ni dalam tempoh kurang 2 tahun
Quote ninja boy 11-1-2025 01:22 AM
konkrit kalis ombak, terpakai pun boleh,
Quote plywood 11-1-2025 02:04 AM
ninja boy replied at 11-1-2025 01:22 AM
konkrit kalis ombak, terpakai pun boleh,

betul buatlah tembok konkrit.  Sempat lagi tu

Quote penmerah 11-1-2025 03:27 AM
Kesiannya
Tersentuh hati tengok pakcik tua2 pegang cangkul
Ombak Tu nampak dekat benar dgn rumah... Boleh diselamatkan lagi ke?
Berapa tahun boleh bertahan?

Moga ada pihak yg membantu

Yang Esa sahaja Maha Berkuasa
Quote cmf_jeangrey 11-1-2025 04:00 AM
Kesian...mmg mustahil boleh diselamatkan sbb ombak kuat..kalau tambak dgn konkrit mcm x membantu sgt sbb tanah kiri kanan akan terus terhakis...tidur malam x tenang
Quote cmf_jeangrey 11-1-2025 04:02 AM
I pernah konon survey rumah utk dibeli area terengganu konon nk buat holiday home..ada rumah double storey harga 400k, 50m dr pantai...terus terfikir mesti maintenance tinggi sbb salty breeze, then kita pun tahu risiko tsunami, banjir, hakisan etc mesti susah bila nak jual balik



Quote vespa_oren 11-1-2025 05:07 AM
Ada aku tengok video rumah ini dari atas, memg kawasan tu teruk terhakis, ada beberapa biji rumah gak kat situ rasa tunggu masa, tgk ombak dia tinggi
Semalam jumpa owner nk jual rumah banglo kt kelantan, 50meter dari sungai kot rumahnya, rumah baru lagi
Quote vespa_oren 11-1-2025 05:13 AM
Dulu msa awal kawen aku ada beli rumah buat transit, rumah teres kecil jer, tapi nyaman dan selesa
Pas usia meningkat, org rumah aku kata nanti pas pencen duduk rumah kecil tu jelah, semua dekat bilik air, dapur, tandas, ruang tamu senang nk kemas
Quote bottombikini 11-1-2025 05:31 AM
Edited by bottombikini at 11-1-2025 05:36 AM

bina rumah tepi laut ni mmg best tapi at own risk pakcik
abih duit epf mung gitu saje2
nak pihak berwajib buat guane
buat tembok pun takdan dah

dulu pernah survey tanah area belakang rmh kat kg
tapi bila pikir2 air laut ni makin lama makin naik menghakis pantai
tak pasai tenggelam rmh
Quote sukacactus 11-1-2025 06:21 AM
Pernah ikut laki buat courses kat instep batu rakit ni dl
Ada la mkn mee sup kat tepi pantai, xigt nama apa pantai tu
Masa tu pun dah teruk dah hakisan
Ni citer belasan tahun dl
Quote otai_g 11-1-2025 06:46 AM
X mustahil 1 Ari nant semenanjung ni akan jd laut, x ada tanah dah. Masalah hakisan ni masalah global berlaku di mana2
Quote mejaputih 11-1-2025 07:08 AM
joy_ah replied at 10-1-2025 11:15 PM
datok aku ada tanah berekar2 tepi sungai. masa dia meninggal tanah2 tu wujud lagi. kemudian abang ak ...

Serious dah hilang dimakan air sungai?
Quote mejaputih 11-1-2025 07:13 AM
Sbb tu mcm takut nk beli tanah lg kat terengganu..tanah pusaka mng tiap2 tahun banjir..tanah satu lg yg beli dulu sib baik tengah2 dan area bukit jd xde banjir...tengok map forecast 2030 byk area dah tenggelam kat trg even tepi sungai.
Quote noor2 11-1-2025 07:20 AM
Kenapa nk isi pasir..binala tembok besar...minta kerajaan bantu bina tembok besar..tp kos tinggi la kut...
Quote emera 11-1-2025 07:22 AM
otai_g replied at 11-1-2025 06:46 AM
X mustahil 1 Ari nant semenanjung ni akan jd laut, x ada tanah dah. Masalah hakisan ni masalah globa ...

Global warming.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.138149 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top