CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PMX

13-1-2025 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45485| Komen: 29|Original author: Abahmung


 

 
Anwar berkata beliau hairan mengapa dipersalahkan, sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan. - Gambar fail

Bukit Mertajam: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang seolah-olah menyalahkan beliau berhubung isu Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, rakyat tak akan lupa bahawa penangkapan bekas Perdana Menteri itu dilakukan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara, kemudian pendakwaan era Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Anwar berkata beliau hairan mengapa dipersalahkan, sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mengapa harus pertimbang? Kerana dia pernah jadi Perdana Menteri, Menteri Besar, pernah ada jasa pada negara... kedudukan dia di penjara... laporan penjara baik, tak ada timbul masalah. Kesihatan dia umumnya baik tapi sesekali pergi hospital ulang alik. Itu pandangan saya bagi sepenuhnya.

“Jadi terpulang kepada YDP Agong (ketika itu). YDP Agong tangguh keputusan dua kali sehingga Januari tahun lalu. Dan Januari, dikurangkan hukuman dari RM210 juta jadi RM50 juta dan penjara enam tahun dari 12 tahun.

“Saya bukan ahli (Lembaga Pengampunan), saya ahli sebelum 2023 kerana masa itu saya jalankan tugas Menteri Wilayah Persekutuan. Selepas itu baru saya lantik (Datuk) Dr Zaliha (Mustafa), dia hadir saya tak hadir.
"Jadi keputusan (Lembaga Pengampunan) itu dihantar kepada Ketua Pengarah Penjara, dan itu hukuman dia,” katanya lagi.
Anwar berkata, sikap sesetengah pihak tertentu yang menuduh Kerajaan sengaja menyembunyikan Titah Adendum YDP Agong bagi membolehkan Najib menjalani tahanan rumah adalah tidak wajar sama sekali.

"Surat tu dihantar kepada Peguam Negara, bukan kepada saya, bukan kepada ahli Lembaga Pengampunan.
"Dan Peguam Negara kemudian... bila Agong ganti, diserah kepada Istana Negara, kerana Agong yang pengerusikan (Lembaga Pengampunan). Itu keadaan dia, bukan kita sorok,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Program Muhibbah MADANI Anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia, di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi berkata, kerajaan mengambil masa untuk mengiktiraf kewujudan Titah Adendum berkenaan kerana perlu berpandukan proses yang berlaku dalam mahkamah.
"Kita tertakluk pada prinsip subjudis, maka kita akur dan patuh. Proses di mahkamah itu diteruskan," katanya lagi.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikatakan membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sementara itu dalam ucapannya, Anwar berkata, beliau hairan dengan sikap sesetengah pemimpin parti yang mempolitikkan isu tersebut, khususnya Pas yang satu ketika ‘menghentam Najib dari hujung rambut sampai hujung kaki’.

Katanya lagi, beliau mengharapkan agar pihak berkenaan turut bersuara dalam memperjuangkan nasib orang lain yang turut didapati bersalah atas kesalahan mencuri.

“Ini dunia, ada orang kata Anwar harus ditangkap dan harus dihukum gantung. Ini politik sekarang ni, saya tak ada masalah, tetapi apa dia yang Pas ni (dahulu) punya hentam Najib dari hujung rambut sampai hujung kaki, la ni (sekarang) junjung kerana politik.

“Tapi kerana banyak fitnah, semua nak jadi pakar, nak jadi hero. Kalau nak jadi hero, jadi hero rakyat, bela orang susah ramai, berapa ramai orang susah masuk jel kerana curi motor…mana dia suara hangpa?

“Mana dia suara ketika orang susah ditangkap, mana pejuang ni kalau nak jadi pembela. Jadi ini yang saya nak tekankan. Kita sekarang ini masalah ekonomi ada, kos sara hidup ada, harga barang masalah, kita cuba tumpu sebab tu kita sentiasa bekerja kuat,” katanya lagi.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 12-1-2025 12:23 PM
Sian anwat

Dia tak pernah salah

Tolong jangan guris perasaan beliau
Quote axl_bach 12-1-2025 12:44 PM
kemaruk replied at 12-1-2025 12:23 PM
Sian anwat

Dia tak pernah salah

Bkn masalah dia x pernah salah, tp cara berpolitik PN ni teruk sgt, mcmlah dorg tu BN dulu yg teruk kena dgn Bangnon.....

Padahal dorg pun sama celaka mcm Bangnon dok fitnah BN, tiba2 skang ni dorg acah2 nk padankan muka Bangnon sbb kuat sgt hentam BN....
Quote pengecatbintang 12-1-2025 03:07 PM
pennyelewengan Imdb pon salah DSAI

Quote pengecatbintang 12-1-2025 03:08 PM
Pee Een adalah Bee End 2.0

bekas Bee End masuk Pee Een
Quote Decaffeinated 12-1-2025 04:03 PM
Salah DAP.
Quote terma2nkondisi2 12-1-2025 04:34 PM
tangkap zaman mahathir, dakwa zaman muhyiddin, penjara zaman ismail sabri.. najib dan skandal src ditumbangkan pada zaman tiga pm ni.. tapi walanon2 bagi kredit pada anwar pulak
Quote naina 12-1-2025 04:47 PM
Edited by naina at 13-1-2025 10:25 AM

Walaun2 ni semua benda salahkan Anwar. Benda takda kaitan pun salahkan kerajaan. Banjir pun salahkan Anwar. Padahal masa zaman Anwar kena penjara lagi isu banjir xdiselesaikan dari dulu.
Quote MissYouSayang 12-1-2025 05:48 PM
Memang begitu la ciri-ciri bapok ..dia mana salah, org lain yg salah..dia toron jubo laki lain pon, jubo laki tu yg salah...konek dia x salah pun..
Quote Apoo 12-1-2025 07:33 PM
terma2nkondisi2 replied at 12-1-2025 04:34 PM
tangkap zaman mahathir, dakwa zaman muhyiddin, penjara zaman ismail sabri.. najib dan skandal src di ...

pendakwaan & penjara zaman PN. Tiba2 pas jadi champion bersolidariti dgn najib kah kah kah
Quote terma2nkondisi2 12-1-2025 10:29 PM
Apoo replied at 12-1-2025 07:33 PM
pendakwaan & penjara zaman PN. Tiba2 pas jadi champion bersolidariti dgn najib kah kah kah

aku tak tau apa yg ko nak buktikan dgn menyindir "Tiba2 pas jadi champion bersolidariti dgn najib kah kah kah" reply pada aku

bukan aku yg bersolidariti dgn najib, pas yg bersolidariti dgn najib, so ko post la pada politikus2 pas sindiran ko ni

ko ni pun bodoh sama mcm pas
Quote highcastle 12-1-2025 10:45 PM
naina replied at 12-1-2025 04:47 PM
Walanon2 ni semua benda salahkan Anwar. Benda takda kaitan pun salahkan kerajaan. Banjir pun salahka ...

Kau salah kan walanon ke walaun.. Konpius aku...
Quote ntahapapantah 12-1-2025 10:54 PM
Zaman Mahathir kecam UMNO
Zaman Muyiddin ratib LCS
Zaman Ismail Sabri nyanyi lagu HoiyaHoi

Skg semua dah jadi member, tiada kecaman, tiada ratiban dan tiada nyanyian.

SENYAP dan SUNYI........
Quote terma2nkondisi2 12-1-2025 10:54 PM
walanon asyik2 nak salahkan najib.. tapi anwar ibrahim sendiri ok je terima baik permohonan maaf najib

1MDB: PM Anwar terima baik permohonan maaf Najib - awani
Quote nolya 12-1-2025 11:58 PM
terma2nkondisi2 replied at 12-1-2025 10:29 PM
aku tak tau apa yg ko nak buktikan dgn menyindir "Tiba2 pas jadi champion bersolidariti dgn najib  ...

Awak tah faham ke kalau Apoo tu sebenarnya marahkan anak tapi sindirnya ke menantu.
Quote terma2nkondisi2 13-1-2025 12:45 AM
nolya replied at 12-1-2025 11:58 PM
Awak tah faham ke kalau Apoo tu sebenarnya marahkan anak tapi sindirnya ke menantu.

acik sam walanon dulu kecoh nak mampos pasal pcs.. pastu sekarang senyap je

apoo pulak walanon yg bersungguh2 mempertahankan pelantikan zahid sbg tpm.. kompromi katanya.. bangang sungguh

ko pulak reply benda bodoh ape pulak ni
Quote kemaruk 13-1-2025 12:56 AM
Zaman bangnon wak dan rosmah dnaa
Quote naina 13-1-2025 10:26 AM
highcastle replied at 12-1-2025 10:45 PM
Kau salah kan walanon ke walaun.. Konpius aku...

Haha aku dh editt
Quote matseh 13-1-2025 10:44 AM
bukan soal mana PM yg mana satu.
Yg di tanya last year?
Ada tak adendum?
Bukan soal sapa PM yg dakwa. bukan nya sah ke tak sah, boleh ke tak boleh.
Soalan Ada tak adendum?
Quote Apoo 13-1-2025 10:44 AM
terma2nkondisi2 replied at 13-1-2025 12:45 AM
acik sam walanon dulu kecoh nak mampos pasal pcs.. pastu sekarang senyap je

apoo pulak walanon yg ...

Just nak bgtau, sama saja PN atau PH. Utk pegang kuasa, mmg kena compromise segala janji & manifesto. Org yg dulu hg lawan, tiba2 boleh jadi kawan.

Dulu UMNO kutuk PAS team dgn DAP. La ni terbalik pula role, PAS kutuk UMNO team dgn DAP.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.308606 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top