CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Dah Kenalpasti Pemain, Mengharapkan Kerajaan Membantu Dalam Proses Mendapatkan Pasport Malaysia!

13-1-2025 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10260| Komen: 29|Original author: vanillaessence

 

 


Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail  Ibni Sultan Ibrahim yang memulakan pelan revolusi pasukan bola sepak kebangsaan mendedahkan sudah menemui kira-kira tujuh pemain warisan buat skuad Harimau Malaya.

Perkembangan terkini itu disahkan sendiri Tunku Ismail menerusi satu ciapan di laman Twitter rasmi baginda, sebentar tadi.

Dalam ciapan tersebut, Tunku Ismail telah memuatnaik foto baginda bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, Dr Craig Duncan (Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya) dan Tim Cahill.

“Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya,” ujar Tunku Ismail dalam ciapan tersebut.

“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.”

“Mustahak [buat] Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif.”

Perkembangan terkini itu jelas membuatkan para peminat bola sepak tanah air teruja untuk mengetahui senarai lengkap pemain-pemain tersebut.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut mendedahkan bahawa ramai pemain yang dicanang-canangkan mempunyai darah Malaysia langsung tidak mengetahui tentang negara kita.

Malah turut ada yang mengakui keluarga mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan negara Malaysia.

Ia dibuktikan dengan penjelasan daripada Isaac Hayden dan Josh Brownhill dalam menafikan spekulasi yang mengatakan mereka mempunyai darah Malaysia.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Peter Cklamovski telah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 13-1-2025 08:14 AM
Apa maksud dia …Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia.

Bukankah hanya Warga Malaysia sahaja yang layak memikiki passport Malaysia?
Quote mrseller 13-1-2025 08:21 AM
Midin and the baruas in FAM buat apa skrg?
Quote BungaKencana 13-1-2025 09:53 AM
dulu team HM & liga penuh dgn pemain tempatan skrg mcm tgk EPL versi kampung
Quote Weller 13-1-2025 10:05 AM
import player luar, bagi passport malaysia utk serap dalam team kebangsaan ke?


huhuhu



bubar la team bola sekolah ke klinik bola ke apa ke.... bagi passport je gitu..



huhuhu
Quote axl_bach 13-1-2025 10:07 AM
FOTHER-MUCKER replied at 13-1-2025 08:14 AM
Apa maksud dia …Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malays ...

X tahu lah camner kerajaan nk kawtim projek ni, jenuh nk tepis.......
Quote pakupayung21 13-1-2025 10:52 AM
kenapa kena bagi passport Malaysia??
Quote kelapaparut 13-1-2025 10:52 AM
Ok, dia xbrp tinggi mane.. Katik katik ayam katik
Quote Manjahati 13-1-2025 11:00 AM
Kenapa perlu kasi passport malaysia.?
Quote 3480 13-1-2025 11:50 AM
Weller replied at 13-1-2025 10:05 AM
import player luar, bagi passport malaysia utk serap dalam team kebangsaan ke?



Tu la.. budak2 pulun lawan bola merata masa sek.. hujung2..
Quote rbmy 13-1-2025 01:11 PM
tak best la kalau ramai pemain luar wpun darah mereka secoet ada darah malaysia..
sebab tang lagu negaraku mererka takkan ada feeel
Quote cm_vungtau 13-1-2025 01:11 PM
Edited by cm_vungtau at 13-1-2025 01:15 PM

Eh team Mesia pehal lak nak kasi paspot? Kosser. Biar jelah orang Mesia main.
Quote axl_bach 13-1-2025 01:24 PM
Perkembangan terkini itu jelas membuatkan para peminat bola sepak tanah air teruja untuk mengetahui senarai lengkap pemain-pemain tersebut.



Ramai teruja nk tgk usaha ni melingkup... Biarlah bakat2 lokal saja yg main.... Nk sumbat pemain asing takat sorg 2 oklah, mcm team Vietnam tu.....

Ni sampai 7-8 org ditambah 4-5 org yg sedia ada, mcm team bacul lah plak.....

Balik2 ada yg hujah pasal team France 98, team tu bkn FFA yg batak pergi cari pemain warisan, mmg dorg baka imigran yg lahir dan membesar, atau kelahiran tanah jajahan France....
Quote airfilterkotor 13-1-2025 01:25 PM
Bayangkan majoriti pemain Timor Leste muka tak berapa nak asian Khatulistiwa tropika.

Begitulah tekejut beruknya warga SEA bila tengok pemain Msia.

Players 'warisan' ni... netijen nak tau jugak, darah asiannya dah cair berapa persen utk layak dapat paspot ekspress main utk negara.
Quote bpbbppbp 13-1-2025 04:08 PM
Bkn ke dulu ada news Malaysia x leh ada dua kerakyatan ke. Mana2 yg nak kerakyatan Malaysia kena lepas salah satu klau xsilap news dlu. So xleh ada dwi passport lah kan
Quote Sazreena 13-1-2025 04:16 PM
Gitulah kalau namanya pemain naturalisasi...
Quote nw111 14-1-2025 09:00 AM
FOTHER-MUCKER replied at 13-1-2025 08:14 AM
Apa maksud dia …Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malays ...

Nak buat mcm yendon...players semua dutch..tapi semua dh naturalized jadi warga yendon
Quote nw111 14-1-2025 09:01 AM
bpbbppbp replied at 13-1-2025 04:08 PM
Bkn ke dulu ada news Malaysia x leh ada dua kerakyatan ke. Mana2 yg nak kerakyatan Malaysia kena lep ...

Benda bolehhh dekkk...
Main pulak dgn payung...semua bisa diatur dekkk..
Quote vanillaessence 14-1-2025 09:48 AM
[twitter]https://twitter.com/HRHJohorII/status/1877988732848280049[/twitter]
Quote nusaraya 14-1-2025 10:45 AM
Edited by nusaraya at 14-1-2025 10:49 AM

Heran aku .. Mengapa MalayDesh sulit sekali mencari atau mendapatkan peman "Warisan" .. bukankah menurut Ismail Sabri bahwa "Diaspora MalayDesh" ada merata di seluruh dunia ...

[youtube]EPevPD_50rM[/youtube]

[youtube]zpJFDwnf0YM[/youtube]






Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049818 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top