CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Doa yang baik-baik,tetapi bercakap fasal jodoh, saya tak boleh ulas’ – Fattah Amin, Amira Othman hanya kawan

13-1-2025 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14469| Komen: 38|Original author: Raline



Sering dikenenkan dengan Amira Othman, pelakon Fattah Amin mengakui hanya bersahabat dengan penyanyi itu sejak bertemu di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza tahun lalu.

Begitupun, Fattah atau nama lengkapnya Abd Fattah Mohd. Amin, 34, menyambut baik doa peminat yang mahu melihatnya bahagia.

“Kami berdua kawan, baru hari itu ada berjumpa dengan dia di konsert Siti Nurhaliza.

“Doakan sahaja yang baik-baik, saya bukan berkawan dengan dia sahaja tetapi dengan semua orang.

“Kalau peminat dan orang luar sana mendoakan yang baik, saya aminkan tetapi bercakap fasal jodoh, saya tak boleh ulas,” katanya dalam sebuah temu bual dengan media tempatan.


Ditanya mengenai penggunaan tanda pagar Hati-Hati dalam hantaran, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memaklumkan tiada maksud tersirat.

“Itu biar saya sahaja yang tahu. Lagi pula itu hantaran lama, saya buat tanda pagar tersebut sebab macam berkaitan.

“Tiada apa-apa maksud lain, kalau ada yang buat andaian sendiri ikut suka mereka. Masing-masing ada pemahaman sendiri,” jelasnya.

Menurut duda anak satu itu, dia enggan memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana sibuk memenuhi jadual kerja.

“Jodoh, ajal tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah, saya sibuk bekerja tak fikir mengenai jodoh,” ujarnya lagi.

Mutakhir ini, Fattah didakwa menjalin hubungan istimewa dengan Amira apabila kerap berbalas komen dalam media sosial.

Bagaimanapun, ada juga pihak mendakwa kemesraan mereka sekadar gimik pemasaran.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silampumeja 13-1-2025 08:44 AM
japgi kalau betul jadi dia dua orang ni, i boleh simpulkan fattah ni macam meborinkan..hahah boleh tak .

enjoy lah life, kenal lebih ramai perempuan yang kat luar banding dalam job ..huhuuu..

dari dulu sampai skrg dia banyak cinlok dan berdasarkan pndapat ramai sgt
Quote joannakimberly 13-1-2025 09:06 AM
selamat menamatkan zaman duda yach duda hot malaya. meols suggest tarikh plg afdal utk chuols berdua 25.05.25.. senang nak ingat anniversary..



Quote miss_strangers 13-1-2025 09:16 AM
Tahniah Mikang!!! Semoga berjodohan secepat mungkin n Selamat menafkahi Abutah kohkohkohkoh
Quote MistrezHermanaz 13-1-2025 09:23 AM
silampumeja replied at 13-1-2025 08:44 AM
japgi kalau betul jadi dia dua orang ni, i boleh simpulkan fattah ni macam meborinkan..hahah boleh t ...

tula, tgk amira tu mcm boring je..mmg la dia comel, sopan tapi tu la..fattah boleh kenal ramai org lagi..bkn takat sorg dua je
Quote Nozot 13-1-2025 09:29 AM
semoga berjodohan... Aamiin
#MiraTah
#RaMin
#FattAmir
#MiraMin
banyak la boleh buat #
Quote bedahmenjuyah 13-1-2025 09:29 AM
Dua2 membosankan. Sekufu la tu.
Quote Acik2kepam 13-1-2025 10:03 AM
Rahsia Tuhan..
Kalau dah mmg ditakdirkan berjodohan biar jelaa
Akak ok jer dia nak kahwin ngn sapa
Kita ni siapa nk atur2kan jodoh org, ngalahkan mak bapak dorang plak.
Quote aciksenah 13-1-2025 10:11 AM
Nozot replied at 13-1-2025 09:29 AM
semoga berjodohan... Aamiin
#MiraTah
#RaMin

Kan..baru nak ngeship, dah kena friendzone
Quote BoongaKertas 13-1-2025 12:48 PM
work hard AO and goodluck? ada abutah tibaiunta utk dihalalkan. meols doakan yg baik2.
Quote per706 13-1-2025 01:02 PM
Halahhhh halahhhhhh
Quote amyfaha 13-1-2025 01:32 PM
AO da ready ke nk jadi ketua keluarga utk seluruh keturunan TheAminsssss?
Quote oklatu85 13-1-2025 01:33 PM
Ahhh.. template jawapan biasa.. aminnn semoga bertemu jodoh #ratah... Keledek jangan kacau fazzy lagi .
Quote brainbiru 13-1-2025 02:04 PM
Yg perempuan tu, muka dia jenis muka tua... tp air muka mcm org baik2... x payah lah awak cari suami yg ada kontroversi dgn ex bini. Demi kesihatan mental cari lah bujang or duda x de anak..
Quote selipar_hijau 13-1-2025 02:37 PM
bedahmenjuyah replied at 13-1-2025 09:29 AM
Dua2 membosankan. Sekufu la tu.

benar.. sepadan sangat dah dua2 tu
Quote sharlenetexas 13-1-2025 03:14 PM
Doa yang baik baik untuk semua.


Quote dua_chzy 13-1-2025 03:53 PM
Ok la tu muka setazah kafa kan. Tercapai impian kldeks nak tengok Tamon menikoh stazah.
Quote mrsLucky 13-1-2025 04:16 PM
muka cam isteri die syed
Quote masnona 13-1-2025 04:20 PM
Ni kalau fazura buat marketing sampah mcmni jenuh dicerxa umat manusia. Tgk la masa mula cerai haritu faz nk keluar tudung baru dgn poster ala ala jari di mulut (tanda diam) terus dikatanyamenunggang isu cerai. Tp sebab fattah yg buat marketing menunggang begini terus di restui seluruh umat keledeks yach
Quote Madel 13-1-2025 04:22 PM
Berapa umur Amira ni
Tenguk iklan Jakel, bontot mcm mak orang anak 3

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056409 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top