SEPANG – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa anaknya tidak akan terlepas daripada apa-apa tindakan undang-undang. Saifuddin berkata, jika ada laporan polis terhadapnya maka, ia akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis. “Anak saya tidak mengatasi undang-undang dan kalau ada laporan ke atasnya, itu tanggungjawab polis untuk menyiasat setelusnya dan seadilnya. “Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ni, kertas siasatan sudah disempurnakan dan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya selepas meninjau operasi kod Respons Pantas (QR) MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan anaknya itu. Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial sejak Rabu lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
edayildiz replied at 12-1-2025 10:56 AM
nape ngn ank dia
edayildiz replied at 12-1-2025 10:49 AM
alamak omg
yg dlm gambar tu sebijik pulak ngn muka sorg pakcik ni..i jmpa kt klia aritu..masa tgh bo ...
miss_white replied at 12-1-2025 05:21 PM
Dia ni leluhur indon gak ke
miss_white replied at 12-1-2025 05:21 PM
Dia ni leluhur indon gak ke
TeropongThaico replied at 12-1-2025 06:27 PM
Ada sesapa tau details cerita. Baca link td blur sikit... Otak aiol belum berhubung lg petang ni sbb ...
Belibis replied at 12-1-2025 07:14 PM
Crettt anak dara orang..ngandung..paksa tarik balik report pulis..tawarkan saguhati 1 j.
Versi edi ...
TeropongThaico replied at 12-1-2025 08:10 PM
Owhhhh gitu. Yg kata ada surat nikah tu bukan la ye
Thanks ya
ADVERTISEMENT