CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil tolak offer jadi pensyarah, nak sambung master di UM

13-1-2025 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44988| Komen: 17|Original author: Raline

 


Farid Kamil bakal kembali bergelar pelajar apabila memilih menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 44, bagaimanapun enggan mendedahkan kursus yang bakal diambil memandangkan masih dalam proses kemasukan.

“Insya-Allah saya akan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

“Bagaimanapun saya rahsiakan terlebih dahulu kursus yang saya ambil memandangkan masih dalam proses.

“Jika ada rezeki saya mahu menyambung ke peringkat PhD pula selepas ini,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Farid memberitahu dia tergerak hati untuk menyambung pengajian selepas menghadiri pertemuaan bersama 100 alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini.

Kata Farid dia berasa rendah diri apabila rata-rata alumni yang hadir memiliki tahap pendidikan sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan ada pula pemegang doktor falsafah (PhD).

“Balik daripada majlis itu saya rasa seperti sudah ketinggalan memandangkan alumni yang hadir rata-rata ada master, PhD.

“Manakala saya sahaja yang hanya ada ijazah sarjana muda sahaja,” ujarnya.


Untuk rekod, Farid pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) UiTM pada 2010.

Aktor itu juga menamatkan pengajian Seni Lakon Teater peringkat diploma di universiti sama.

Sementara itu, Farid mendedahkan dia ada menerima tawaran sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta namun menolaknya.


Jelas pelakon filem Bisikan Dosa itu, dia merasakan ilmunya sebagai pelakon dan pengarah belum cukup baik untuk membolehkan dia bergelar seorang pensyarah.

“Bagi saya selagi belum ada PhD, saya tak rasa apa saya ajarkan nanti menjadi satu pelajaran yang efektif kepada pelajar,” jelasnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 12-1-2025 11:01 AM
Okay lettew..
Quote cik_ingeniare 12-1-2025 01:41 PM
Selamat menjadi pelajar semula! Benda yang baik, meols support aje.. boleh jadi contoh untuk anak muda kt luar sana
Quote LadyCarefree 12-1-2025 01:42 PM
Abang hang pun ada masters kan? Tapi kerja asyik troll org je.
Quote black_handbag 12-1-2025 01:45 PM
kacip boleh jadi pensyarah ke? senangnya ye
Quote annadonna 12-1-2025 02:13 PM
black_handbag replied at 12-1-2025 01:45 PM
kacip boleh jadi pensyarah ke? senangnya ye

Jadi menteri pun boleh. Apa yg herannya.
Quote merahrose 12-1-2025 02:14 PM
X kisah la hoax ke apa...u yg offer ni bodoh nk pelingkup anak muda..
Quote sayawifenikmie 12-1-2025 02:17 PM
senangnya dapat tawaran jadi pensyarah
mungkin sebab pengalaman
tapi itu lahhhhh ..... boleh lah pulak yer ...
Quote dua_chzy 13-1-2025 10:23 AM
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 06:17 AM
senangnya dapat tawaran jadi pensyarah
mungkin sebab pengalaman
tapi itu lahhhhh ..... boleh lah pul ...

Dia dah hampir 20 tahun jadi anak seni. Hado la juga kredibiliti.
Quote anilanil 13-1-2025 10:27 AM
Good luck. Utk bidang akademik takleh la nak kondem beria sgt si FK ni sbb degree dia legit. Bukan degree kolej shop lot punya. Bini dia tu, bilanya nak abis degree? Kalo buat mcm Vee pon dah lama dpt master.
Quote gorjeous 13-1-2025 10:39 AM
Boleh je sambung master then phd sambil jadi pensyarah. Atleast ada income bulan-bulan. Boleh pujuk D tu.
Quote lilacomot 13-1-2025 10:50 AM
jadi lecturer kt aswara kot
Quote lilacomot 13-1-2025 10:52 AM
walaupun mendadih bagus laa ade gk rsa nk mencari ilmu
Quote Sazreena 13-1-2025 12:59 PM
Kalau ada MA / PHD opkoz la better since Farid Kamil ni pun dikira org industri yg masih active. Jgn jadi cam tipikal lecturer yg terer teori je coz xde pengalaman keje selain mengajar.
Quote tipah89 13-1-2025 01:02 PM
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 02:17 PM
senangnya dapat tawaran jadi pensyarah
mungkin sebab pengalaman
tapi itu lahhhhh ..... boleh lah pul ...

sembang oink2 pun buleh terbang. ada master pun susah nak jadi pensyarah, inikan pulak takat degree, walauponnnn swastaaa
Quote sayawifenikmie 13-1-2025 07:14 PM
Edited by sayawifenikmie at 13-1-2025 07:16 PM

OK jer
degree + pengalaman tu lagi mahal dari PhD
tapi .. make sure diri tu clean ..
cerah jer masa depan
Quote anggeriklatifah 13-1-2025 07:37 PM
Kolej banggang mana nak lantik penagih jafo pensyarah ni
Quote alesandra 13-1-2025 07:48 PM
semoga dipermudahkan lah sambung ambik master tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052548 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top