KUALA LUMPUR: Bahasa Melayu harus diangkat sebagai 'pemain utama' dalam pelbagai sektor bagi meningkatkan nilai ekonomi dan komersial bahasa kebangsaan di negara ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Fadhlina berkata, bagi meningkatkan taraf dan peranan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, setiap penjawat awam perlu menggunakan bahasa kebangsaan yang berkualiti dalam penyediaan dokumen rasmi, sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan, negeri atau pihak berkuasa awam. "Pemain industri, khususnya sektor swasta seperti dalam media penyiaran, pengiklanan dan kewangan juga memainkan peranan penting dalam memperluas penggunaan bahasa Melayu yang baik untuk penyampaian maklumat yang berkesan," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Anwar Ridhwan pada Seminar Perancangan Bahasa Kebangsaan 2024 di Menara DBP, di sini, hari ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada DBP atas kejayaan manuskrip Melayu dari koleksi simpanan agensi itu iaitu 'Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah' yang menerima Anugerah Pengiktirafan UNESCO Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MoWCAP) 2024. "Tahniah juga diucapkan kepada DBP kerana telah menerima Anugerah Gangsa Terulung dalam Pertandingan i-Mind peringkat akhir sempena Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik 2024. "Anugerah ini membuktikan kemampuan DBP dalam aspek berkaitan dengan pendigitalan buku teks, serta menerbitkan bahan pembelajaran bahasa Melayu secara digital yang mampu merentas sempadan geografi secara fizikal," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari berkata, seminar hari ini bukan hanya sebagai platform untuk berkongsi ilmu tetapi juga sebagai wadah menyatukan idea serta merumuskan hala tuju pengukuhan perancangan bahasa kebangsaan. "Sepanjang dua hari, sebanyak 16 kertas kerja akan dibentangkan termasuk kertas ucap utama, kertas kerja dasar, tiga kertas kerja khas dan 11 kertas kerja yang merangkumi tiga skop utama iaitu Bahasa Melayu Bahasa Negara, Bahasa Melayu Bahasa Ilmu dan Bahasa Melayu Bahasa Ekonomi," katanya. Seminar Perancangan Bahasa Kebangsaan 2024 bertujuan mempertemukan sarjana, penyelidik dan ahli profesional dari pelbagai disiplin ilmu untuk berbincang mengenai perkembangan semasa serta mengenal pasti aspek baharu dalam penggunaan bahasa. Program dua hari mulai hari ini itu dirasmikan oleh Anwar Ridhwan dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Md Johari Hasan, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Fauzilahyatun Mustafa dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad.
|
Farnor replied at 11-1-2025 12:37 AM
Jawi lagi jangan lupa..
nusaraya replied at 11-1-2025 09:16 AM
Yup.. Tampaknya utuk menunjukkan betapa istimewanya bahasa melayu MalayDesh maka penerapan aksara j ...
Farnor replied at 11-1-2025 11:56 AM
Hei nusabego kmu iri dengan Malaysia yg kian berkembang dari indoggidesh aka India. Itu maka nya w ...
nusaraya replied at 11-1-2025 12:08 PM
Baguslah jika kau dan pihak kerajaan berpikir "WARAS" seprti kau ini ... Semua hal yang ada di Mala ...
Farnor replied at 12-1-2025 01:01 AM
Engko pikir Indogdesh tu wujud kah sebelum adanya merdeka. Lho ngak usah campurin tentang Malaysia ...
nusaraya replied at 12-1-2025 08:35 AM
Inilah jawabannya... Silakan ambil kesimpuian sendiri ...Itupun jika anda "Gak Bego dan Bahlul"..{:1 ...
nusaraya replied at 13-1-2025 08:30 AM
Komentar anda "ngalor ngidul" gak jelas dan fokus dengan yang kita bahas dan diskusikan dan itu adal ...
ADVERTISEMENT