CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai meluat dengar anak Aliff Syukri cakap orang putih!

10-1-2025 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16035| Komen: 73|Original author: Raline



Kepetahan anak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra bertutur dalam bahasa Inggeris nampaknya mengundang perasaan kurang senang segelintir masyarakat.

Ada menuduh remaja berusia 15 tahun itu sebagai berlagak bertutur dengan slanga seperti ‘mat salih’ sehingga timbul perasaan meluat.

Susulan itu ramai meminta Qadejah mengutamakan bahasa kebangsaan kerana bimbang remaja itu hilang jati diri sebagai seorang Melayu.

Ibunya iaitu Datin Seri Nur Shahida, 40, bagaimanapun meminta netizen tidak memaksa Qadejah bercakap dalam bahasa Melayu.

"Tak perlulah anda suruh dia cakap bahasa Melayu, lain bunyinya nanti.

"Biarlah dia hidup tenang dengan bahasa dia," katanya.


Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi video tersebut memaparkan Qadejah cuba bertutur dalam bahasa Melayu ketika mempromosikan tempat penginapan milik keluarganya.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Qadejah berbahasa Melayu dan meminta dia terus mengasah penguasaan bahasa tersebut.

Pun begitu, ramai turut mempertahankan Qadejah yang fasih berbahasa Inggeris dan tidak melihat ia sebagai satu keburukan sebaliknya kebaikan.

"Percubaan yang sangat bagus, harus diteruskan dan cuba lagi. Berlatih untuk jadi lebih sempurna. Sayang kalau tidak fasih berbahasa ibunda.


"Biarlah dia (Qadejah) nak cakap macam mana pun, asalkan dia selesa. Kalau kita cakap bahasa Inggeris pun tidak membuatkan kita hilang jati diri sebagai anak Malaysia," komen netizen.

Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pada Ogos 2007.

Selain Qadejah, pasangan itu turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 10-1-2025 03:32 PM
Aku x meluatpun. Biasalah tu. After all dia ada dyslexia (tak tau betul tak ejaan ni) mcm bapak dia. Netizen pun...semua bende nak dimeluatkan. haha
Quote chandrahusin 10-1-2025 03:32 PM
Bukan anak2 netizen pun sibuk ckp org putih ke?
Apa ada hal
Sibuk mak apak atuk nenek flex
Anak cucu pandai ckp org putih
Tiba2 meluat plk anak org lain ckp org putih
Apooo
Quote sarah_ary2 10-1-2025 03:39 PM
aiols suka je tgk Qadejah, bubbly , hardworking and humble jugak, x malu nak berniaga dgn ayah dia, sgt independent for a 15 years old girl. Lagipun dia bukan acah acah cakap english, dia cakap je melayu
Quote kucingitam 10-1-2025 03:43 PM
netizen pon 2x5 gak...'danish ryan , don't run2' ktnya.. kurang2nya anak alip ni nama pun kemelayuan..
Quote zuriey 10-1-2025 03:43 PM
Cantik ces ni..
Harap ces tak sewel mcm makpak dan nenek nya
Quote naina 10-1-2025 03:48 PM
Cess ni ada disleksia kan. Tak leh cakap melayu dgn baik. Tapi English dia fasih. Sebab budak2 brmslh ni biasa English dia boleh hadam dgn baik. Sebb English simple
Quote jihyomelly 10-1-2025 04:24 PM
ok je tu xde la teruk mcm laki vivik yg konon sepatah haram x tahu tak paham
Quote rayna_raynes 10-1-2025 04:46 PM
Inilah org kita, ada yg pandai speaking sikit dikutuk2 sebab nak cover kelemahan sendiri yg tak pandai.
Quote Samerosie 10-1-2025 04:50 PM
Nak meluat naper dia pun sekolah international.  Yg iols meluat tu ha megan fox gred B, sekolah pun idok pergi oberseas pun x pernah tiba2 netizen puji melantun ckp english dgn british accent.
Quote hanihan16 10-1-2025 05:22 PM
Samerosie replied at 10-1-2025 04:50 PM
Nak meluat naper dia pun sekolah international.  Yg iols meluat tu ha megan fox gred B, sekolah pun  ...

i pun terfikir yg sama ni ha, budak ni dah sah2 sekolah international & under spectrum, normal lah dia ckp inggeris, yang sek tak habis tu dipuji pulak british accent celupnya
Quote gorjeous 10-1-2025 05:26 PM
Biar la..
Quote makita 10-1-2025 05:27 PM
jihyomelly replied at 10-1-2025 04:24 PM
ok je tu xde la teruk mcm laki vivik yg konon sepatah haram x tahu tak paham

Ha kan..dah telan belacan 1kg acah2 kenot spik Malay.
Quote cha-cha 10-1-2025 05:34 PM
Aku lagi menyampah dengan orang yg tak pandai cakap english.
Quote gekkou 10-1-2025 05:35 PM
aku lagi meluat dengar dia cakap bahasa
kalau seorang dengan satu pun tak tahu macam mn nk guna
lantak deme lah anak deme
esok2 jangan jualan dan menyanyi peilk2 macam bapak kau sudah
Quote amyfaha 10-1-2025 05:37 PM
Sampai susah da nk dgr dia ckp melayu skrg. Lupa daratan betul
Quote seri_mawr 10-1-2025 05:45 PM
tipu lah tajuk berita ni...

aku tgk dekat video dia ramai jek yang suka....
aku suka je dgr budak ni speaking ... dia aurat pun jaga hilang jati diri apa nya...

ni klu ckp melayu pakai baju pun nmpk pusat..nampak ketiak....itu aku rasa lagi hilang jadi diri melayu....
Quote TomyamPuteh 10-1-2025 09:24 PM
Danish, Dania, come come. Don't run run. Hold my hand. See, see. I tell you. Already dirty your hand.
Quote LadyCarefree 10-1-2025 09:30 PM
Macam tu ke rupa mak dan bapak dia sebelum alter? Dia ni dah macam tua sebelum waktunya. Ikut sangat maknya pokpetpokpet.
Quote Hoola 10-1-2025 09:44 PM
walaupun xbkenan dgn makpaknya terutama pak yg sellu berimej sewel di mata msyarkat
tp anak2 nmpk berjenis

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top