CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tidak ada tempat untuk mereka terbabit rasuah bersembunyi dalam PUSPAKOM' - Mahmood Razak

10-1-2025 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12189| Komen: 10

 

KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan terus mendedahkan sebarang perlakuan tidak beretika yang berlaku di agensi itu bagi memastikan kredibiliti perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di fasilitinya terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman, menegaskan langkah itu perlu dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatannya, malah tindakan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan mereka yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan membantu menjadikan operasi syarikat lebih bersih dan berintegriti.

"Tidak ada tempat untuk mereka yang terbabit rasuah bersembunyi dalam organisasi kami. Sebab itu, sejak menerajui PUSPAKOM pada Oktober 2023, saya mempergiatkan usaha membanteras rasuah dalam organisasi ini dan tanpa pembabitan SPRM, sudah tentu usaha ini menjadi lebih sukar," katanya dalam kenyataan semalam.


Pada masa sama, Mahmood Razak menyarankan mana-mana pihak, sama ada dari luar atau dalam PUSPAKOM yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran isu integriti berkait syarikatnya, untuk tampil berkongsi maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa.

Beliau menyifatkan kerjasama dalam kalangan pemberi maklumat penting dalam usaha syarikat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

"PUSPAKOM turut memberikan penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki atas kepimpinan dan dedikasi beliau memperkukuh integriti sistem pemeriksaan kenderaan negara," katanya.

Selain itu, beliau berkata, keselamatan jalan raya adalah usaha bersama yang memerlukan komitmen semua pihak dan bukannya tanggungjawab PUSPAKOM semata-mata.

Justeru, beliau berharap semua pihak perlu mengutamakan integriti dan keselamatan demi kesejahteraan pengguna jalan raya.

"PUSPAKOM hanya satu daripada pecahan dalam formula keselamatan jalan raya. Pemilik kenderaan termasuk syarikat, penguat kuasa, agensi kerajaan dan rakyat juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing secara beretika dalam usaha membanteras kemalangan jalan raya," katanya


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pejol 10-1-2025 03:28 PM
ahhh sembang
Quote Binodino 10-1-2025 04:55 PM
Dah bertahun2 isu runner puspakom ni. CEO baru bangkit dari kuburan ke?
Quote PULANGKAN 10-1-2025 05:04 PM
Binodino replied at 10-1-2025 04:55 PM
Dah bertahun2 isu runner puspakom ni. CEO baru bangkit dari kuburan ke?

kan. open secret kut
kang cakap, kena dakwa fitnah, cuba menjatuhkan, memburukkan blablabla

lantak diorang. biar company lain naik, hujung2 ke laut dalam ler geng-geng takde integriti ni
Quote tompie 10-1-2025 11:44 PM
kan dia dah cakap, kalau ada info, bagi lah kat MACC.. Setakat hearsay macamana diorang nak buat kerja..
Quote tompie 10-1-2025 11:44 PM
kan dia dah cakap, kalau ada info, bagi lah kat MACC.. Setakat hearsay macamana diorang nak buat kerja..
Quote capiloton 11-1-2025 12:50 AM
memang la tak lalu puspakom,
lori2 pun tak masuk check.

towkey2 kartel komunis dah bayar siap2,
org puspakom lulus kan jer dari opis berekon.

lori tayar pecah, tayar tercabut, brake rosak, etc.
negara banyak komunis, banyak duit pulak tu,
mesti ler banyak bagi rasuah, banyak bagi "sedekah"
Quote shernazz 12-1-2025 10:57 AM
Ada buat servis sewa tayar kan untuk puspakom inspection ..
Mcm2 lah..
Apasalahnya tukar je lah elok2..
Mende lah...
Quote ctaz 12-1-2025 08:15 PM
miahahahahahahahaha..............
dah kantoi...mula la bersuara...kalau tak....
BURPPPP...hari2
Quote MarryPottet 12-1-2025 08:39 PM
Lorhhhh dah rupa acik2 kertu 60an dah dia ni
Ex news anchor cum producer ni & ex asben 3R host, kak Azah Yazmin
Tak cam dah. Baca nama baru teringat pernah keje sebumbung masa ai baru grad dulu
Quote TeropongThaico 12-1-2025 10:24 PM
Baru dilantik ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.038172 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top