CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 anak anaconda terburai

9-1-2025 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10791| Komen: 26|Original author: EJALTI

 

Tangkap layar menunjukkan bangkai anaconda gergasi dengan timbunan anak ular yang berlendir. - NF

BRASILIA – Pengguna jalan raya di negeri Mato Grosso, Brazil terkejut melihat seekor ular anaconda gergasi mati digilis di tengah jalan dengan perutnya terburai, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Penemuan mengerikan itu berlaku di Lebuhraya MT-338 di Porto dos Gauchos pada Isnin lalu.

Rakaman dimuat naik di platform YouTube memaparkan perut bangkai anaconda hijau sepanjang 5 meter itu terbelah dan mengeluarkan kira-kira 40 ekor anaknya.

Anak-anak ular tersebut berukuran lebih 30.48 sentimeter.

Reptilia itu mati digilis kereta menyebabkan perutnya pecah dan mengeluarkan kandungannya ke atas jalan.

Tiada anak ular yang terselamat.

Seorang penduduk tempatan, Ederson Negri Antonioli berkata: “Video itu dirakam oleh rakan saya semasa pulang dari memancing ikan.

“Dia menemukan kejadian yang jarang berlaku dan merakamnya,” tambah Antonioli. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 9-1-2025 11:06 AM
Sejak bila ular mengandung?
Quote edayildiz 9-1-2025 11:11 AM
geli..masuk komen sambil ttp mata
Quote zafira 9-1-2025 11:15 AM
ooo baru tahu anaconda ni tak bertelur... dia lahir live anak anaconda.. sekali kuar 40 ekor wei... seram mak..
Quote mejaputih 9-1-2025 11:31 AM
oh anaconda bkn mcm ular biasa ke bertelur?
good riddance gamaknya...ada ibu, mesti ada bapanya kan? ke anaconda bunuh pasangan lepas mate?
Quote plywood 9-1-2025 11:35 AM

kesian juga dgn anak-anak dia mati..

[youtube]TX0o7Jg0cFA[/youtube]
Quote Jitu 9-1-2025 06:18 PM
terlanggar ke sengaja bunuh
besar mcm tu takkan tak perasan masa memandu
btw kembang tekak ye tengok
Quote sayawifenikmie 9-1-2025 06:25 PM
baru tahu yang ananconda beranak  .. bukan bertelur .. geli tengok
Quote ninja boy 9-1-2025 06:31 PM
X sempat bersalin terkeluar bayi
Quote Freezies 9-1-2025 06:35 PM
Kesian,but at the same time geli.
Quote Leonclay 9-1-2025 08:48 PM
Ngeri….
Quote syamzana 9-1-2025 09:00 PM
kalau hidup anak2 tu jenuhhhh
ni partner makbuyung agak2 dtg mencari ke tak?
Quote sayawifenikmie 9-1-2025 09:36 PM
geliii
saya tengok sambil tutup muka
tengok celah celah jari jer
Quote hashashes 9-1-2025 10:37 PM
syamzana replied at 9-1-2025 09:00 PM
kalau hidup anak2 tu jenuhhhh
ni partner makbuyung agak2 dtg mencari ke tak?

Kalau takde, partner memang akan cari ke? Sorry meols naive

Quote ina_na 9-1-2025 11:29 PM
Kalo anak2 hidup penuh la kwsn tu gan anaconda.. seram nye kn belit gan anakonda... Geli remang weii
Quote naina 10-1-2025 12:05 AM
Euuuuwww gelinya..ngeri sungguh. Tengok banyak2 camtu berlingkar2 euwwwww pitam mata. Takda gambar penuh lagike
Quote naina 10-1-2025 12:07 AM
Terus mati ya anak2nya. Xckup matang lagi kot. Bayangkan 40 ekor tu kalau hidup jadi besar macam maknya merata tempat ada. Huhu
Quote whimsicalmusic 10-1-2025 12:19 AM
Triple_8: Sejak bila ular mengandung?
ade ular bertelur, ade yg beranak. ce tgk national geographic ular tgh beranak, geli..menjawab soklan x.
Quote TeropongThaico 10-1-2025 12:30 AM
Banyaknya...
Aiol terbayang ni kalau idop semua habis la kawasan tu dipenuhi anaconda nak jln pun susah dibuatnya jenuh elak
Quote PULANGKAN 10-1-2025 12:32 AM
Triple_8 replied at 9-1-2025 11:06 AM
Sejak bila ular mengandung?
Ular yang tidak bertelur dan melahirkan anak-anaknya secara langsung dipanggil ular ovovivipar.

Ular ovovivipar adalah jenis ular yang telurnya menetas di dalam tubuh induk, dan kemudian anak-anaknya dilahirkan secara langsung. Contoh ular ovovivipar termasuk:

  • Ular Kobra (Naja spp.)
  • Ular Krait (Bungarus spp.)
  • Ular Viper (Viperidae)
  • Ular Coral (Micrurus spp.)
  • Ular Bushmaster (Lachesis spp.)

Pada ular ovovivipar, telur menetas di dalam tubuh induk dan anak-anaknya dilahirkan dalam keadaan hidup. Ini berbeza dengan ular ovipar yang bertelur dan menetas di luar tubuh induk.


Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.115643 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top