CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita penat tanggung suami gaji kecil, nak beli rokok pun minta dengan bini - Saya atau suami ketua keluarga?

9-1-2025 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23683| Komen: 28

 

ISTERI yang turut mencari rezeki demi meringankan beban suami bagi memenuhi keperluan keluarga seharusnya diberikan pujian.

Namun, jika ada suami yang mengambil kesempatan terhadap pengorbanan isteri dan hanya bergantung pada isteri sepenuhnya ibarat menanggung 'biawak hidup'.

Seorang wanita berusia 28 tahun, tidak lagi tahan dengan sikap suaminya yang pemalas sehingga membuatkan dirinya mahu memfailkan perceraian.

"Suami saya malas cari kerja. Pendapatannya hanya antara RM700 dan RM800 sebulan, yang selebihnya saya yang tanggung. Pakaian anak-anak, saya yang beli.

"Kalau tak beli tak bertukar baju. Baju raya hanya beli masa pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dahulu, yang lain termasuk baju Melayu dia saya juga yang beli," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Sepanjang hampir enam tahun usia perkahwinan mereka, katanya, dia cukup bersabar tetapi kesabaran itu menyebabkannya dirinya tertekan kerana suami yang pemalas enggan berubah.


"Dia asyik tengok telefon saja. Saya kena keluar lebih, semua benda kongsi termasuk susu, lampin anak. Sampai saya rasa dia ambil kesempatan sebab saya bekerja.

"Kalau anak sakit, saya la yang ajak pergi klinik. Kadang suami buat muka, selalu cakap duit dia habis dekat kami. Mana cukup gaji RM700, RM800 untuk satu keluarga. Anak dua, masih kecil. Rumah pun menumpang," luahnya.

Saya atau suami ketua keluarga? - ISTERI

Perkongsian wanita itu mengundang kecaman segelintir netizen yang beranggapan wanita itu mata duitan dan hanya mencari salah suami.

Tuduhan itu mengundang rasa marah wanita terbabit dengan menganggap warga maya memahami kerana tidak berada dalam situasinya.

"Senangnya awak labelkan saya. Awak ingat saya buat keputusan sebab suami saya susah ke? Awak jangan menilai orang sampai macam ni.

"Duit saya yang bagi anak-anak makan. Bawa anak berjalan-jalan guna duit saya. Suami beli rokok pun minta duit saya. Sekolah anak pun duit saya. Kereta, motosikal, bayar bil elektrik semua duit saya. Tanpa kongsi," tegasnya.

Turut membangkitkan kemarahan wanita itu apabila mendakwa suaminya tergamak mencuri wang miliknya.

"Curi-curi buka dompet saya ambil duit tanpa beritahu. Habis awak nak labelkan apa kalau lelaki macam ni? Adakah seorang perempuan kena terima seadanya sampai suami lupa tanggungjawab?

"Saya atau suami ketua keluarga? Kalau saya tahu suami jadi tak bertanggungjawab, buat apa saya nak kahwin. Saya Tuhan ke, boleh ramal masa depan? Sama ke perwatakan orang sebelum dan selepas kahwin?" soalnya.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 9-1-2025 10:35 PM
Mase ko nak vatang dia semua ko tadah kan?  Kecik lobang idong lobang lain ko tadah kan??  Hah, hadap je la..  Bapak larang ko kawen ko degil.  Nak jugak zantan sengkek tu..
Quote jejaka_hensem 9-1-2025 10:36 PM
Ceraikan je la suami culas nafkah ni sis
Quote akies 10-1-2025 12:55 AM
Ada pilihan nak blah..angkat je la kaki tu
Quote Zeelalala 10-1-2025 01:25 AM
Blah je lah dari rumahtangga mcm tu. Tanpa laki pun boleh hidup woi. Jgn mengeluh dan byk komplen
Quote nono86 10-1-2025 04:08 AM
Alang2 semua belanja pakai duit ko kak, takdak beza kalau ko jadi J, semua pun ko tanggung jugak tapi hati tak sakit la..
Ko buat luahan kat fb ke, kat situ kaum terpaling sorga mula la keluar ayat kaum wanita ramai kat neraka, berdosa buka aib laki, dajal turun kena ikat, bla bla bla.. ahli syuga  hadap kitab, tapi geng sorga dunia ni duk hadap FB sambil jatuh hukum kat orang.
Quote ipes2 10-1-2025 04:56 AM
Husband sudah jadi lemau ke, atau dia memang buat bnyk tugasan lain eg jaga anak, bawak anak ambil anak2 sekolah etc? Banyak juga tugasan sebegini yang biasanya wanita buat tetapi suami bergaji kecil kadang2 take over
Quote Triple_8 10-1-2025 07:32 AM
Sebab inilah wanita bergaji besar mudah jadi andartu.
Quote prince_marhaen 10-1-2025 07:33 AM
konsep asal berlaki, asal apat ciknek.....hadap je lah..kalau dah semua kau boleh tanggung, blah je lah... tapi tak nak kan? alasan anak kan? walhal sebab sama2 nak ciknek.. simple je..
Quote che-cikL 10-1-2025 07:58 AM
Yg duk gaduh dgn Netizen buat apa? Pergilah kemas kain baju minta cerai.
Quote midori888 10-1-2025 08:20 AM
sapa suh kawen laki sengkek....
Quote aTiKah_aYuNi 10-1-2025 09:21 AM
tak payah lah nak up kat sosmed pasal kehidupan perit kau...kalau kau nak sokongan sekali pon, ahli keluarga dan kawan2 rapat aje...


Quote redz85 10-1-2025 09:47 AM
kumpul semua bukti yang kau tanggung segala nya.. senyap senyap cari tempat tinggal baru..

dah settle rumah baru, angkat anak anak.. tinggal 3 beranak dengan aman

jangan kasi tahu sesapa mana kau tinggal..

tuntut cerai sebab kau boleh tanggung semua nya..

jangan cerita pada kawan & famili sebab mereka selalu nya bodoh sebab suruh bersabar.. pandang anak anak, anak anak takde bapak..

dah tahun 2025 boikot konsep janji berlaki

you deserve to be happy



Quote najib888 10-1-2025 10:50 AM
Cerita pompuan teraniaya kat media sosial ni aku perati je... banyak cerita separuh masak.. highlight pasal diri dia la berkorban semuanya.. dia lah terpaling teraniaya.. dia lah terpaling keluarkan belanja.. dialah terpaling caring anak2..

Padan la.. dulu bukan main sanggup sehidup semati.. i jump u jump..
La ni? u jump, i said how high..
Quote sranua 10-1-2025 11:23 AM
Nak syarah pasal sekufu pun ramai je yg bahagia wp wife gaji 5 angka, suami gaji biasa2 je...biasa2 pun ada kebun durian..musim durian kaya..ha3.
Ye lah masa bercinta semua ok.
Kalau 28 tahun..bodi bergetah lagi tu..ada harapan dpt laki lain....blah je lah dik..bolayankan laki lama yg tak nak berubah tu.
Quote syamzana 10-1-2025 11:29 AM
midori888 replied at 10-1-2025 08:20 AM
sapa suh kawen laki sengkek....

keji.

anak dah dua tu jgn tmbh lg...minta cerai.
Quote Skuau 10-1-2025 12:11 PM
Edited by Skuau at 10-1-2025 03:34 PM
midori888 replied at 10-1-2025 08:20 AM
sapa suh kawen laki sengkek....


Kita gomok,pendek,tak cantik...lelaki hensem tinggi,terpelajar,kaya..TAK NAK KAT KITA.
Quote cmf_almondpecan 10-1-2025 12:15 PM
Kalau dah tak mampu, tak perlu la beli barangan yang tak perlu macam rokok. Bukan setakat tak perlu malah berbahaya kepada diri dan juga keluarga.
Quote midori888 10-1-2025 01:28 PM
Skuau replied at 10-1-2025 12:11 PM
Saya gomok,pendek,tak cantik...lelaki hensem tinggi,terpelajar,kaya..TAK NAK KAT SAYA.

jgn risau, awak bole dpt laki expat....diorg suka yg konon2 exotic beauty....
Quote Skuau 10-1-2025 03:36 PM
midori888 replied at 10-1-2025 01:28 PM
jgn risau, awak bole dpt laki expat....diorg suka yg konon2 exotic beauty....

itu hanya...bisa ku laksanakan...
bila mimpi mengundang kala malam...
                        
         

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038463 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top