CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kisah bayi 4 bulan meninggal di taska buatkan Uyaina Arshad takut - "Hancur hati baca luahan hati seorang ibu"

9-1-2025 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8851| Komen: 0



PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad mengakui terkesan membaca berita kes kematian bayi berusia empat bulan yang didakwa berlaku di sebuah taska pada 3 Januari lalu.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata insiden tersebut membuatkan dirinya bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan.

"Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya.

 

"Nak cari taska dan tadika. Semua buat saya jadi takut sebenarnya. Nauzubillah," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Uyaina menasihati ibu bapa supaya mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status pusat asuhan terlebih dahulu.


Jelasnya, langkah itu penting agar tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

"Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa adalah periksa dahulu sama ada berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku kita boleh ambil tindakan dan taska itu boleh disiasat dan ditutup.

"Salam takziah untuk ibu dan ayah baby Handzalah. Semoga kalian bertemu semula di syurga nanti," jelasnya.

Pada Rabu lalu, berita kematian bayi berusia empat bulan itu menjadi bualan netizen selepas tangkap layar luahan hati seorang wanita dipercayai ibu mangsa mendakwa anaknya meninggal dunia akibat kecuaian pihak taska.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071663 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top