CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta bayar RM50,000 cukai LHDN - "Settled p dah balance taun lepaih punya"

9-1-2025 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12638| Komen: 31|Original author: Raline


 

 

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan berkongsi sudah selesai membayar cukai RM50,000 dipercayai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagram Story (IGs), hari ini.

"Selesai pergi sudah tahun lepas punya. Bayar cukai ini memang sampai mati. #LHDN," tulisnya.

Sebelum ini, Rozita dipercayai sudah menjelaskan hutang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM550,000 daripada hampir RM1 juta yang tertunggak.

Ia berdasarkan tangkap layar perbualan pelakon berusia 51 tahun itu bersama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 10, menerusi aplikasi WhatsApp.


Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Rozita dilapor masih belum tampil bertemu MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.


Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.

Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan milik Rozita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 sepatutnya diadakan, namun ditangguh atas permohonan pelakon Kiah Pekasam itu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote burberry99 9-1-2025 11:29 AM
ada pun duit cikta
Quote cm_vungtau 9-1-2025 11:58 AM
Kena buat bayar bulan2 baru la tak terasa duit kena bayar selepuk
Quote jihyomelly 9-1-2025 12:01 PM
ada duit rupanya tapi liat membayar..nanti update lagi baki hutang bila pulak nak bayar..kalau x viral x bayar
Quote merahrose 9-1-2025 12:32 PM
Sbb smpai notis sita klau x haram nk p bayar...tnya siap2 thun ni bju raya brpa pasang
Quote pauliza 9-1-2025 12:35 PM
Agak2 lepas kejadian kena sita ,Che Ta akan show off baju rasa 30 pasang lagi tak Raya tahun ni
Quote Samerosie 9-1-2025 01:17 PM
Gebang je dia ni tak mo kalah.
Quote LadyCarefree 9-1-2025 01:23 PM
Betul ke?
Quote mamapea 9-1-2025 01:31 PM
"Selesai pergi sudah tahun lepas punya. Bayar cukai ini memang sampai mati. #LHDN," tulisnya.

takmau bayar cukai pg je la keja makan gaji kt mana2 ofis ke jd admin...gaji 3k sbln tak pyh byr cukai...nanti blh apply zakat...
Quote cmf_jeangrey 9-1-2025 05:13 PM
Haih org lain pun bayar cukai takde pulak viral satu malaya...

Tak boleh la kau nak bersenang hidup benefiting from all the facilities tanpa contribute pd pembangunan negara..

Quote shernazz 9-1-2025 05:21 PM
Mmg la..hang mati pung kalau tak bayaq..lhdn.cari.waris.plak
Quote opie5662 9-1-2025 06:10 PM
Ye la. Kalau tak bayar tax, mcm mana nak buat loan mara. Hang igt duit tu jatuh dr langit ka. Kena plak yg baloqqq nak bayar. Lg jahanam
Quote sayawifenikmie 9-1-2025 06:19 PM
semalam saya beli 2 lai kaftan cikta
cantikkkk
Quote Kitty_catz 9-1-2025 06:54 PM
Edited by Kitty_catz at 9-1-2025 10:59 AM

rm50K untuk taksiran 2024 keww?? kalau kata buat via epcb kena bayo bulan2 le cheta ke bukan bayo lump sum by 15 jan 2025
  
kalau kata taksiran 2023 pulak,  rm50K muhong sangat aihhh.. tok sah buat drama la cheta ui


status sekatan lepas tak? suh dia beli tiket pi bali ke hatyai dulu , kita bagi tpt morah2 je dulu kat che ta.. kang suh pi london takut tak mampoo




Quote ninja boy 9-1-2025 06:58 PM
Zaman skrg jadi kaya susah jadi miskin pun susah
Quote aemon 9-1-2025 07:43 PM
Kitty_catz replied at 9-1-2025 06:54 PM
rm50K untuk taksiran 2024 keww?? kalau kata buat via epcb kena bayo bulan2 le cheta ke bukan bayo lu ...

Nekta propa.hanya jauhari mengenal manikam
Quote Piramida 9-1-2025 08:27 PM
Kitty_catz replied at 9-1-2025 06:54 PM
rm50K untuk taksiran 2024 keww?? kalau kata buat via epcb kena bayo bulan2 le cheta ke bukan bayo lu ...

Nak pi Legoland rasanya.. Dgn ayu raudhah anak beranak hihihi
Quote siasia 9-1-2025 09:17 PM
Kalau x kecoh tu mmg ko tak bayar pun smp mati kan? Termasuk la utang mara tu..kalau pengerusi mara duk bagi muka je.. mmg sampai mati pun ko x mau bayar kan?
Quote Kitty_catz 10-1-2025 08:31 AM
aemon replied at 9-1-2025 11:43 AM
Nekta propa.hanya jauhari mengenal manikam

kan kan kannnnnnnnnnnnnnnnn

sepppp!
Quote Kitty_catz 10-1-2025 08:33 AM
Piramida replied at 9-1-2025 12:27 PM
Nak pi Legoland rasanya.. Dgn ayu raudhah anak beranak hihihi

legoland iskandar puteri lepaih jaaaa
tpt hat takdak cop passport




Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.074005 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top