CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Jasmine syukur kisah perceraiannya tidak heboh di media sosial - "Ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak 'share'"

9-1-2025 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10132| Komen: 12|Original author: Raline

 

 

Guru tari profesional, Linda Jasmine Hashim, 52, menyifatkan kehidupan dilaluinya kini selepas bercerai dengan pelakon, Que Haidar, 46, tiada apa-apa perbezaan.

Linda ketika ditemui berkata, hubungannya dan Que juga tetap baik demi anak-anak walaupun masing-masing sudah tiada ikatan sah dan membawa haluan sendiri.

"Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).

"Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah.

"Memang kami okay, tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada," katanya kepada Harian Metro ditemui di acara Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024, malam tadi.

Mengulas penerimaan baik wargamaya terhadap perceraian itu kerana tidak diuar-uarkan di media sosial, Linda berkata, dia dan Que memang sepakat dengan pendirian tidak perlu berkongsi hal berkaitan peribadi.

"Memang saya cuba elak 'as much as possible' daripada apa-apa khabar (di media sosial). Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak 'share' (kongsi) dengan semua orang.

"Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu, tak perlu (buat sebarang perkongsian hal rumahtangga). Saya juga tak nak macam kecoh-kecoh yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun," katanya.

Menurut Linda, dengan pendekatan itu, dia bersyukur kisah perceraiannya dan Que tidak lama menjadi topik hangat di media sosial sekali gus dapat melalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal.

Pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 9-1-2025 11:03 AM
ok............
Quote NazRysha 9-1-2025 11:10 AM
cantiknya dia
Quote chandrahusin 9-1-2025 11:16 AM
Dah 2x cerai kann
Quote jelitayu 9-1-2025 12:57 PM
ye, hal2 peribadi ni tak perlu nak share2 kat soc med, tak perlu nak sindir2 kata-mengata sesama sendiri in public. tak puas hati text direct je. the moment kau share something kat soc med dng niat nak mengata pihak satu lagi, memang tak kan ada kesudahan nya dan menjatuhkan maruah diri sendiri sebenarnya, paling sedih anak2 turut tanggung malu sama, dah lah mak bapak bercerai, mak bapak dok bercakar2 kat soc med pulak, hancur....
Quote Prickford 9-1-2025 01:13 PM
Apa2 pon, sampai skang takleh blah dgn interview Linda dgn Nona. Kesian Linda, rasa tak selesa dgn si arbok yg dok interview sheolls, siap tanya soalan yg tak patut dekat anak sheolls. Pastu ada ke time masuk bilik Linda, si arbok suruh Linda posing atas katil. Kau ingat Linda tu artis level2 rempit majalah Mangga ke?

[youtube]grMPkYFKViE?si=BC-GTXTmj-tPgLC2[/youtube]
Quote L.U.S.M 9-1-2025 02:13 PM
Gemukssss...xnk buat bs ke
Quote pocongkiutss 9-1-2025 02:23 PM
Prickford replied at 9-1-2025 01:13 PM
Apa2 pon, sampai skang takleh blah dgn interview Linda dgn Nona. Kesian Linda, rasa tak selesa dgn s ...

Iols tgk gam interview ni..entahapa2 pondan tu kan..haku pulak yg menyirap
Quote L.U.S.M 9-1-2025 02:46 PM
Prickford replied at 9-1-2025 01:13 PM
Apa2 pon, sampai skang takleh blah dgn interview Linda dgn Nona. Kesian Linda, rasa tak selesa dgn s ...

Aku mmg nyampah si kiffy pondan tuwe ni.. soalan pun ntah hape2..Nona ni mmg xreti amik real woman jd producer n pengacara ke

Blh tukar dh nama Nona pada Pisang
Quote seri_mawr 9-1-2025 05:24 PM
Prickford replied at 9-1-2025 01:13 PM
Apa2 pon, sampai skang takleh blah dgn interview Linda dgn Nona. Kesian Linda, rasa tak selesa dgn s ...

geli aku dgr suara host tu...
klu ini rancangan nona..mmmg x rugi lama dah x tgk nona....
Quote Piramida 9-1-2025 08:38 PM
Sbb tak canang yg bkn2... tak bagi peluang org luar mengata.
Syabas.
Quote heythere123 9-1-2025 10:08 PM
theyols pon pisah sebab tiada kesefahaman lettew. Aman2 je pergi file dekat court pastu settle.
Quote gekkou 10-1-2025 05:51 PM
walk-in wardrobe tu dah kira up sangat ke?
(merujuk kepada tajuk di video- siap ada walk-in wardrobe)
rumah aku pn ada ha

tajuk tak gempak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.125271 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top