CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neera Azizi tolak diminta tanggal tudung, rezeki dapat tawaran lebih besar - "Itu adalah ujian buat saya untuk kekal istiqamah"

8-1-2025 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15761| Komen: 18

 


PELAKON dan penyampai radio Neera Azizi mendedahkan pernah diminta membuka tudung semata-mata bagi menjayakan watak dalam sebuah drama bersiri.

Menurut Neera atau Nurazneera Azizi, 27, pihak produksi hanya meminta dia untuk menanggalkan tudung semasa penggambaran sahaja.

Dia bagaimanapun menolak tawaran berkenaan kerana merasakan perkara itu seperti menipu netizen yang mengetahui status dirinya kini sudah berhijab.

"Banyak dapat tawaran berlakon siap ada drama projek 50 episod tapi watak yang dibuat untuk saya itu tidak bertudung dan mereka tak tahu saya dah bertudung waktu tu.

"Saya kata tak boleh tapi mereka minta saya buka bila sesi penggambaran sahaja dan selepas selesai pakai balik.

"Tak bolehlah macam itu, macam diminta untuk tipu netizen," katanya kepada mStar.

Neera mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran filem Hukum Kifarah di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor pada malam Selasa.


Mengakui tawaran diberikan lumayan, namun Neera tetap dengan prinsip percaya ada rezeki lebih baik menanti.

Malah, dia menganggap ini semua adalah ujian yang perlu ditempuhi untuk kekal istiqamah dalam proses menjadi wanita solehah.

"Tawaran diberikan tu besar tapi selepas itu saya dapat rezeki lebih besar seperti jadi penyampai radio dan terbaharu berlakon filem.

"Itu adalah ujian buat saya untuk kekal istiqamah, jadi saya tolak tawaran itu dan bersangka ada tawaran lebih baik," ujarnya.

Saya percaya rezeki selepas kahwin lagi luas. - NEERA AZIZ,PELAKON

 

Bakal mendirikan rumah tangga pada Julai depan, Neera meletakkan keyakinan perkahwinan itu sama sekali tidak akan menjejaskan rezekinya dalam dunia seni.

"Kalau kita fikir nama sedang naik tapi tiba-tiba kahwin, bagi saya perkahwinan itu salah satu rezeki.

"Tak boleh nak anggap kalau kahwin nama saya akan jatuh, tidak begitu. Saya percaya rezeki selepas kahwin lagi luas," jelasnya.

Untuk rekod, Neera selamat menjadi tunang kepada seorang mutawif yang dikenali sebagai Hafizi pada 26 Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Neera akan terlibat sebagai heroin bagi filem Hukum Kifarah yang akan memulakan penggambaran pada Februari depan.

Selain Neera, pelakon lain yang turut membarisi filem ini ialah Farid Kamil, Datuk Jalaluddin Hassan, Syaiful Zero, Imuda dan beberapa pempengaruh media sosial.

Filem yang diarahkan pengarah Roy dan penulis skrip Epy Kodiang itu dijangka akan ditayangkan pada suku pertama tahun 2026.


Sumber- mStar
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:24 PM
siapa plak ni
Quote Piramida 8-1-2025 07:25 PM
Inigo-Montoya replied at 8-1-2025 07:24 PM
siapa plak ni

Tak tahu..
Quote sukacactus 8-1-2025 08:07 PM
Dia ni la kan yg pernah nyanyi dgn suara xsedapnya kat MHI dl ni
Quote Akalditipumata 8-1-2025 08:11 PM
Whoooarreyyuuu???
Quote Carcosa 8-1-2025 10:53 PM
Cashier Watson mall mana ni?
Quote Perawankota 8-1-2025 11:33 PM
Semoga dia dah tak menyanyi lg
Quote imransulaiman 9-1-2025 05:57 AM
Dalam banyak-banyak kisah, ini juga yang ngko pilih untuk kongsi dengan masyarakat kan?
Quote downiey 9-1-2025 06:09 AM
sape ni.... nextt!!
Quote NickBaru1 9-1-2025 06:16 AM
Nama macam familiar tp orgnya ku tak kenal
Quote asma87 9-1-2025 08:35 AM
she lagi lawa bila free hair,,,,,
Quote prince_marhaen 9-1-2025 10:08 AM
nok....full face makeup pun begini nok...ko jangan nak delulu sangat... silap2 orang ingat Sajjad dah balik Malaysia...


Quote doubleA 9-1-2025 10:21 AM
sukacactus replied at 8-1-2025 08:07 PM
Dia ni la kan yg pernah nyanyi dgn suara xsedapnya kat MHI dl ni

Aah iols pun ingat hahaha hancur live.

Dan dia ni selalu dpt supporting actress jah, as kawan heroin or watak antagonis yg jeles dgn heroin. Iols tak suka style berlakon dia ni suka jerit2 bingit
Quote cm_vungtau 9-1-2025 11:59 AM
Pakai tudung pun macam nak tercekik akak tengok dik non
Quote sukacactus 9-1-2025 04:57 PM
doubleA replied at 9-1-2025 10:21 AM
Aah iols pun ingat hahaha hancur live.

Dan dia ni selalu dpt supporting actress jah, as kawan he ...

Kita doakan setelah nikah dgn mutawif nnt, dia pencen terus berlakon
Quote doubleA 9-1-2025 05:24 PM
sukacactus replied at 9-1-2025 04:57 PM
Kita doakan setelah nikah dgn mutawif nnt, dia pencen terus berlakon

Amin amin… tula doa iols utk kayukayan sebelum2 ni contoh miakayuahmad, rayshakayurizros. Dulu dia ni pramugari, tapi memang susah dpt role heroin
Quote heythere123 9-1-2025 10:12 PM
oh sheols the sister yang kurang lawa tu kan. Her sister lagi lawa
Quote sukacactus 10-1-2025 11:40 AM
doubleA replied at 9-1-2025 05:24 PM
Amin amin… tula doa iols utk kayukayan sebelum2 ni contoh miakayuahmad, rayshakayurizros. Dulu di ...

Ooo dia pun stewardess ye
Igt akak dia je
Akak dia berlakon gak dl, lawa la dr dia
Tak byk tgk citer melayu, tp ada tgk akak dia dlm siri setelah terlafaznya aqad dl ni
Pun berlakon gitu2 je, jd la watak2 tempelan
Quote seri_mawr 10-1-2025 12:02 PM
Carcosa replied at 8-1-2025 10:53 PM
Cashier Watson mall mana ni?

hahhahaa....

iouls pun x kenal jua neera azizi ni...
dah tgk muka pun still x kenal.....


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.346417 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top