CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak lelaki 8 tahun ditembak didahi nya kerana enggan belikan rokok

8-1-2025 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5032| Komen: 3

 

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditembak di dahi gara-gara enggan membeli rokok di kedai.

Kejadian berlaku di sebuah kampung di Govindpur, Dharhara, India pada Ahad lalu.

Memetik laporan Indiatoday, polis berkata, dalam kejadian pada petang Ahad, mangsa yang sedang bermain bersendirian berdekatan rumahnya dihampiri suspek yang merupakan penduduk tempatan.

Suspek meminta mangsa membeli rokok dari sebuah kedai, namun permintaan tersebut ditolak.

Suspek didakwa mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa di dahi dekat hidung, sebelum melarikan diri.

Mendengar bunyi tembakan, ahli keluarga mangsa dan jiran bergegas ke tempat kejadian dan menemukan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti Dharhara dengan bantuan penduduk kampung.

Bagaimanapun mangsa dirujuk ke sebuah hospital memandangkan kecederaannya yang serius.


Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan yang kritikal.

Kes tersebut dalam siasatan dan suspek yang mempunyai rekod jenayah kini diburu polis.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 8-1-2025 05:56 PM
Skill pengecut ni..
tunjuk samseng kat budak2..
Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:27 PM
mesti mabuk todi
Quote PULANGKAN 9-1-2025 05:31 AM
- bermain bersendirian
- ditembak di dahi, dekat hidung, headshot
- dalam keadaan kritikal

so.. macam mana tau serangan sebab tanak beli rokok?? sapa nampak suspek?? sapa dengar perbualan diorang?? kata main sorang?? macam mana headshot still boleh selamat??

what the fuak is happening here

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.118763 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top