CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mark Zuckerberg dilihat pakai jam tangan RM4 juta

8-1-2025 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4192| Komen: 29

 


New York: Pengasas platform Meta, Mark Zuckerberg, baru-baru ini, dilihat memakai jam tangan buatan Switzerland bernilai kira-kira AS$900,000 (kira-kira RM4 juta).

Dalam satu video disiarkan ke Facebook pada 7 Januari lalu, Zuckerberg dilihat memakai jam itu ketika menjelaskan keputusan syarikatnya untuk menamatkan pemeriksaan fakta pihak ketiga di platform media sosial Meta, di Amerika Syarikat.

Lapor Bloomberg, Zuckerberg menerusi video berkenaan dilihat memakai Greubel Forsey Hand Made 1. Jam mahal itu sangat jarang dilihat.

Greubel Forsey menghasilkan hanya dua atau tiga model jam buatan tangan itu dalam tempoh setahun, yang dijual pada harga AS$895,500 (kira-kira RM4 juta) sebelum cukai.

Secara keseluruhan, Greubel Forsey menghasilkan hanya beberapa ratus jam tangan setahun.

Model yang dipakai Zuckerberg dalam video itu dibuat hampir keseluruhannya daripada komponen yang dibina Greubel Forsey. Setiap jam tangan mengambil masa beratus-ratus jam untuk dipasang dan disiapkan.


Baru-baru ini, Zuckerberg menunjukkan minat terhadap jam tangan mekanikal buatan Swiss apabila dilihat memakai pelbagai pilihan jam pada tahun lalu.

Tahun lalu, bilionair itu dilihat memakai jam tangan jenama terkenal termasuk Patek Philippe dan FP Journe.

Berdasarkan laporan Forbes setakat Januari 2025, Zuckerberg kini individu ketiga terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$214.7 bilion (kira-kira RM966 bilion).

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 8-1-2025 03:25 PM
Berdasarkan laporan Forbes setakat Januari 2025, Zuckerberg kini individu ketiga terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$214.7 bilion (kira-kira RM966 bilion).


no. 1 dgn 2 sape? warren buffet dgn bill gates eh
Quote amyza 8-1-2025 03:40 PM
Jam 4juta tu mcm rm4 je bagi dia
Quote redz85 8-1-2025 03:47 PM
ok aje sebab dia pakai duit sendiri, bukan hutang duit MARA
Quote Zezo 8-1-2025 03:51 PM
Mark Zukeberg kot. Selayaknya la. Bukan tokey jual inai.
Quote arareez 8-1-2025 07:12 PM
redz85 replied at 8-1-2025 03:47 PM
ok aje sebab dia pakai duit sendiri, bukan hutang duit MARA

Atau geran khazanah
Quote Zeelalala 8-1-2025 07:15 PM
No.1 pemilik jenama Tesla, No.2 Warren Buffet la kan

Apa nak heran....dia orka...duit tak habis makan sampai 1000 keturunan kot....
Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:29 PM
amyza: Jam 4juta tu mcm rm4 je bagi dia


tu pun kalau beli.banyak orang macam ni ramai nak sponsor sebab nak free adv cakap mark zukerbeg ada pakai brand bla bla

Quote pocongkiutss 8-1-2025 07:41 PM
Mak jukebox ni mmg pakai rantai ke sebelum ni? Mcm rempit pulak kt pic ataih ni
Quote pocongkiutss 8-1-2025 07:47 PM
Ok dh tgk ig dia..dia start pakai rantai genap sebulan sebelum besday dia ke 40..mid life crisis
Quote KakRumiMenari 8-1-2025 08:01 PM
Harga jam lebih daripada tu pun dia mampu beli..
Quote dani-rox 8-1-2025 08:43 PM
payung kuning serambi tupis moskova ada jam mcm ni jugak kan?
Quote _blackbird 8-1-2025 08:47 PM
And.....? Biar lah dia beli pakai duit dia. Ke pakai geran us gomen
Quote sharlenetexas 8-1-2025 09:11 PM
Dah dia mampu. Asalkan tak songlap duit.


Quote Decaffeinated 8-1-2025 10:50 PM
KakRumiMenari replied at 8-1-2025 08:01 PM
Harga jam lebih daripada tu pun dia mampu beli..

Company jam tu pun dia boleh beli.

Quote KakRumiMenari 8-1-2025 11:08 PM
Decaffeinated replied at 8-1-2025 10:50 PM
Company jam tu pun dia boleh beli.

Hahaha betul jugak.... tapi mungkin sebab dia diantara org yg selalu dilabel kedekut, tu yg jadi news bila pakai jam 4juta
Quote white_musk 8-1-2025 11:11 PM
Baju grey hari2 tu takde siapa komen ke...
Ingatkan terpaling zuhud
Quote cm_vungtau 8-1-2025 11:31 PM
Eh bior la dia. Dia owner Fesbuk kot. Lain la kalau dia level owner itik ke, inai ke, tudung ke, yang tu boleh la join memaki
Quote cm_vungtau 8-1-2025 11:32 PM
supernaturalee replied at 8-1-2025 03:25 PM
no. 1 dgn 2 sape? warren buffet dgn bill gates eh

Kan dah jadi Jensen Huang Nvidia kan nombor satu
Quote cm_vungtau 8-1-2025 11:35 PM
Mark Zuck rilek aje jam 4 juta aje. Founder2 mesia gigih menunjuk henbeg ratus ribu padahal laki memasing nan hado. Bini Mark Zuck rilek aje langsung takde rupa bini ongkaya

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044414 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top