CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Biar orang kata jahat, tak mungkin kembali bersahabat dengan Watie’ - Hana Elite

8-1-2025 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6414| Komen: 48|Original author: EJALTI

 

 

 

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Hana Adnan tidak mungkin kembali bersahabat dengan Watie selepas dirinya terpalit isu diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Adnan, 47, kejadian tersebut benar-benar memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

Hampir 10 tahun saya diisytihar muflis. Kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan. Saya penat naik turun mahkamah. Saya hilang keluarga, hilang kerjaya, hilang keyakinan diri dan hilang segalanya.

“Apa yang berlaku pada saya, kalau orang tak kuat mungkin boleh terus jatuh tersungkur. Tetapi saya bersyukur kerana masih dikurniakan ahli keluarga dan sahabat yang banyak menyokong saya.

Tetapi untuk kembali bersahabat dengan dia (Watie) perkara itu tidak mungkin terjadi sama sekali. Maaf cakap. Biarlah orang nak kata saya jahat, tetapi saya tidak perlukan kawan seperti itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Lama menyepi dari industri hiburan, Hana dia kini lebih selesa bekerja di belakang tabir dan belum terfikir untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Kalau saya nak buat ‘comeback’ pun mungkin dalam bidang peragaan. Tetapi tunggulah beberapa tahun lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, nama Hana pernah diisytihar muflis pada 1 April 2013 selepas Watie yang menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta Toyota Wish pada tahun 2005, namun gagal menjelaskan pinjaman bank sejak September 2010. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 8-1-2025 01:25 PM
cian sangat dia ni. namun dia kuat.
Quote lilacomot 8-1-2025 01:46 PM
kalu aku pun xhingin nk kwn dgn member mcni..dh aniaya hidup org pastu play victim lak
Quote talia 8-1-2025 02:03 PM
Cantiknya hana
Quote Zezo 8-1-2025 03:37 PM
Lerrrr.. buat apa nk rapat bebaik dgn org yg anaiya kita. Kalau aku, enough is enough la...
Quote prizadane 8-1-2025 03:41 PM
Cantik betul Hana ni. Muka pun nampak baik.
Quote sharlenetexas 8-1-2025 03:42 PM
Takyah kawan dgn wati tu.


Quote Shayang 8-1-2025 03:43 PM
Adik beradik pun ada yg terus putuskan hub gara2 hutang ni
Jgn buat main tauu, takleh nk kata apa la
Kita tak duduk tempat dorang yg perlu menanggung sengsara dek perbuatan org lain yg liat bebebor nk membayor utang
Quote Zeelalala 8-1-2025 03:45 PM
Watie ni dulu kan yg anak dia meninggal jatuh balkoni? Iols ingat2 lupa.

Mmg wajarlah Hana xnak berkawan dah dgn manusia menyusahkan org lain mcm Watie ni. Pasal dia member kene muflis. 10 tahun tu. Rekod selamanya ada
Quote cik_ingeniare 8-1-2025 03:52 PM
Zeelalala replied at 8-1-2025 03:45 PM
Watie ni dulu kan yg anak dia meninggal jatuh balkoni? Iols ingat2 lupa.

Mmg wajarlah Hana xnak ber ...

Ye betul.. anak dia jatuh dari balkoni..
Quote Zeelalala 8-1-2025 03:55 PM
cik_ingeniare replied at 8-1-2025 08:52 AM
Ye betul.. anak dia jatuh dari balkoni..

I see. Org mcm dia ni nak pakai kereta bagus but x mampu byr lepas tu. Loan pula membabitkan org lain
Quote azimodin 8-1-2025 04:00 PM
Cantik hana ni. I rasa dia paling lawa dalam elite walaupon x lama.
Memang patut disula je geng2 berhutang xnak bayar ni. Muka x tahu malu ehhh..tebal kerak bumi agaknya si watie ni.
Quote irvene 8-1-2025 05:11 PM
kalau aku pun taknak kawan dgn dia. bagus statement hana. firm!
Quote ezacbee 8-1-2025 05:34 PM
Trauma yang melanda menikam-nikam jiwa...

Quote virgocircus 8-1-2025 05:41 PM
Wahh cantik lg sis Hana .dia ada ig x?
Quote Noraniza_Iblis 8-1-2025 05:45 PM
so name chuolss dh clear ke belum?
ke still bankrap lg
Quote TeropongThaico 8-1-2025 06:59 PM
Takpe la... Semua org faham
Quote innocent_me 8-1-2025 07:13 PM
Dok eh, so selama ni si watie ni tak bayar balik ke duit si hana ni? Palau macam tu je ke?
Quote Piramida 8-1-2025 07:17 PM
Kagum betul manusia yg dah hutang org tp buat bodooo x nak bayar as if xde apa2.
Tinggi now level buat bodooo tu.
Boleh ek hidup cam biasa.
Quote phalanx 8-1-2025 07:19 PM
Edited by phalanx at 8-1-2025 07:21 PM
innocent_me replied at 8-1-2025 07:13 PM
Dok eh, so selama ni si watie ni tak bayar balik ke duit si hana ni? Palau macam tu je ke?

kes dah selesai lepas belas tahun turun naik mahkamah. watie kalah.

sebelum ni pun pernah hana keluar statement, sejak mahkamah keluar keputusan, memang watie tak bayar apa.

cerita ni memang ulang tayang setiap beberapa tahun.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.084647 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top