CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya bukan individu bersedudukan dengan suami orang!’ - Nadeera

8-1-2025 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4378| Komen: 17|Original author: EJALTI

 

 

Nama dipetik pihak tidak bertanggungjawab kononnya dia bersedudukan dengan suami orang, penyanyi Nadeera menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.

Malah, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 31, menegaskan tidak pernah mengambil tahu permasalahan orang lain terutama melibatkan rumah tangga.

“Saya tak tahu cerita ini tentang siapa dan paling utama tiada kena-mengena dengan hidup saya.

“Saya juga bukan seorang yang suka memberi komen atas urusan mahu pun kerja orang lain lebih-lebih lagi melibatkan hal rumah tangga orang.

Jadi, saya memang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Individu terbabit bukan saya dan tiada kaitan dengan saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu turut memaklumkan sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap kerja seni demi membahagiakan ibu bapanya.

“Sekarang, saya hanya fokus dengan kerjaya saya sahaja.

Saya ingin merealisasikan impian dan harapan ibu bapa, sebab itu saya kena bekerja keras,” ujarnya.

Sebelum ini, tular dakwaan tentang seorang penyanyi program realiti televisyen yang dikatakan menganggu rumah tangga rakan baiknya.

Dalam ruangan komen, ada netizen memetik nama Nadeera sebagai individu yang tanpa semena-mena didakwa sebagai penyondol.


Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-1-2025 02:19 PM
Tgk gambar hampir nak who ayusss.


Quote I.K.A888990 8-1-2025 05:06 PM
jadi kalau bukan dia siapa?
Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:30 PM
siapa neh
Quote Perawankota 8-1-2025 11:41 PM
Siapalah yer
Quote akuHavocczz 9-1-2025 12:28 AM
Kalo tanya retis tu, ada ke retis yang nak mengaku. Retis kena tangkap dadah dalam handbag terang terang pun tak mengaku salah.
Quote dakewa 9-1-2025 02:05 AM
SIAPA KAU?
Quote tupai_tupai 9-1-2025 02:08 AM
Bf dia si acap tu dalam management team dia sentiasa dgn dia kot takkanla dia tinggal serumah dgn suami org.
Quote asma87 9-1-2025 08:48 AM
kesian,,,,, nadeera baru je nak naik dah ada org kaitkan dgn gosip gini,,,,
Quote pocongkiutss 9-1-2025 08:56 AM
akuHavocczz replied at 9-1-2025 12:28 AM
Kalo tanya retis tu, ada ke retis yang nak mengaku. Retis kena tangkap dadah dalam handbag terang te ...

Khenz..retis...yg da kantoi pun x ngaku

Takde org yg akan mengaku berak di tgh jalan

Satgi kalau bini org tu pi sebarkan..org pulak kecam bini org tu "laki kau pun melayan sama"

Quote gorjeous 9-1-2025 12:49 PM
kalau bukan dia siapa?
Quote adiwarna 9-1-2025 01:42 PM
Abaikan jer la gosip murah camni..anyway, bagus suara dia ni, pitching tepat kalo nyanyi live, nafas control, range besar....best of luck in the future
Quote lanse 9-1-2025 01:43 PM
Macam muka Irene cara.
Quote jihah_kudat 9-1-2025 01:48 PM
oh gosip duduk sekali dgn laki org tu nama dia ke kena petik..tapi aku tak nampak pun org petik nama dia
Quote heythere123 9-1-2025 10:14 PM
tapi kalau sheols tak sangkal pon takpe. Memang susah nak percaya rupa cenggini jadi penyondol
Quote annehuda 9-1-2025 10:39 PM
Kau sape? Sape pulak yg petik nama kau?
Quote siasia 10-1-2025 12:17 AM
heythere123 replied at 9-1-2025 09:14 PM
tapi kalau sheols tak sangkal pon takpe. Memang susah nak percaya rupa cenggini jadi penyondol

Sbb rupa org baik ke sbb rupa kurg lawa hehee
Quote heythere123 10-1-2025 12:54 PM
siasia replied at 10-1-2025 12:17 AM
Sbb rupa org baik ke sbb rupa kurg lawa hehee

obviously sebab kurang lawa chuols

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.094710 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top