CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami anytime sedia ceraikan Zahnita Wilson, tapi bersyarat

8-1-2025 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14409| Komen: 76|Original author: Raline

 


Suami Zahnita Wilson sedia menceraikan isterinya selepas pelakon dan model itu memfailkan cerai terhadapnya pada 3 Disember tahun lalu.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, bagaimanapun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi aktres berkenaan sebelum melafazkan talak.

Ini termasuk berkaitan hak penjagaan dan kebajikan empat anak mereka.

"Saya bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.

"Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh bercerai secara baik.

"Saya sudah tidak mahu bergaduh dengannya tapi saya minta kami dapat sama-sama menjaga anak-anak, itu sahaja," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai proses penceraian mereka, mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.


Ditanya sama ada JKP dapat menyelamatkan rumah tangganya, Abdul Zackery tidak menolak kemungkinan itu demi anak-anak mereka.

"Selepas apa saya lalui beberapa bulan ini, agak berat untuk saya melupakan atau memaafkan dia.

"Tetapi tidak tahu juga, kita hanya manusia biasa. Mungkin saya akan maafkan dia demi anak-anak kami," jelasnya.

z 1.PNG

Sementara itu, Abdul Zackery menyangkal kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangganya seperti didakwa Zahnita sebelum ini.

Namun dakwanya, Zahnita yang pernah menduakan dirinya sekitar 10 tahun lalu malah pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan.



"Kalau nak bercakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya yang mempunyai orang ketiga.

"Kami pernah melalui proses penceraian dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.

"Anak perempuan saya sendiri yang memberitahu ibunya keluar dengan lelaki... Apabila saya cuba berbincang, isteri bawa lari anak-anak kami," katanya.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Pada Selasa Abdul Zackery mendedahkan dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon berkenaan.

Malah dakwanya Zahnita setiap tahun meminta cerai daripada sepanjang 20 tahun mereka berkahwin.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 8-1-2025 09:31 AM
smoga di permudahkan urusan zahnita
Quote TTun_Teja 8-1-2025 10:42 AM
Bercerai dengan bersyarat...??
Dah mcm ugutan plk...
Quote cik_ingeniare 8-1-2025 10:45 AM
Bersyarat? Nak buat mak mak terseksa la tu selalunya semoga dipermudahkan urusan Zahnita
Quote IzzahF 8-1-2025 11:50 AM
bini curang, abai anak, tiap tahun mintak serai...tp still jantan ni mencrett smpai keluar 4 anaknya ya

bini tu dah mintak serai dlu di larikan anak tu smpai ke telen buat passport lain. aishhhh syusayah aiols nk caya org mcm ni
Quote penmerah 8-1-2025 12:02 PM
Bini curang, semedang mintak cerai, shame ko, tambah pernah nak hambat ko.... Masih ko nak simpan?
Ada hati nak buat syarat cerai

Nak tunjuk lelaki mithali ke apa?
Sorry tak masuk akal
Piiiiirahhhhh zantan ni
Kalau Kaya Raya hensem bak Jackson Wang boleh juga mengula2kan orang.... Iniiiiiii
Quote akies 8-1-2025 12:09 PM
Cuba tanya anak2 dia yg lain.
Quote Prickford 8-1-2025 12:29 PM
"Saya lebih sesuai duduk dgn ayah saya"

Kau jgn main2 dik. Kazen hakak dulu ginilah. Pakcik iolls tu mcm setan perangai. Ceraikan makcik iolls depan ahli keluarga yg lain. Simpan perempuan lain konon nak buat bini. Kazen iolls siap cakap nak ikut ayah. Padahal selama ni mak yg jaga sampai tak keje jadi suri rumah. Ujung2 ayah ceraikan mak, kau nak ikut ayah. Sudahnya hanyut, takde masa depan langsung. Now kazen iolls dok dlm penjara dah.


Quote newyork 8-1-2025 12:30 PM
Jantan ni mmg spesis ular.. dah tau bini curang awat tak let go ja. Sampai 6 bln belah plak dia get together balik. Nampak saja nak bg zahni ni merana. Harey punya jantan karipuley. Last2 dia plak victim.
Quote mat_arof 8-1-2025 12:59 PM
amber heard versi malaysia
Quote gorjeous 8-1-2025 01:08 PM
mana yang betul.. entah laa.
Quote zehra2 8-1-2025 01:11 PM
tinggalkn je anak² dgn bpk dia org.
tgk tahan tak
Quote TomyamPuteh 8-1-2025 01:16 PM
Sekalii kaboom.Plot twist cam ankle joni dgn anti amber
Quote syamzana 8-1-2025 01:17 PM
apa syarat2 nya tu cuba listkan yg lain2 selain hak penjagaan anak2. alang2 korang bertekak kat media kan bgtau la semua.
Quote dewi_rina 8-1-2025 02:03 PM
Nak cerai, cerai jelah.. Syarat apa lagi
Quote dewi_rina 8-1-2025 02:04 PM
Prickford replied at 8-1-2025 04:29 AM
"Saya lebih sesuai duduk dgn ayah saya"

Kau jgn main2 dik. Kazen hakak dulu ginilah. Pakcik iolls t ...

Biar je dia rasa mcm mana duduk dgn bapak dia, ko ingat seronok agaknya
Quote dewi_rina 8-1-2025 02:11 PM
Iols tak percaya cakap dia ni, jenis putar alam ni
Quote Kancilkering 8-1-2025 02:15 PM
laki dia ni darah  K ke? org tu dh x nak….lps je lah…narc tu ye mamak ni….
Quote NurAlia14 8-1-2025 02:17 PM
Jgn setuju apa2 pun syarat dia sbb apa pun yg dia buat sbnrnya nk menjerat kau dimasa akan dtg. Kau tak setuju dgn syarat dia pun tak pe kerna diakhirnya kau dpt juga cerai tu..cuma lambat jela..ingat kau berlawan dgn narcisist kau kena selangkah dihadapan
Quote KakRumiMenari 8-1-2025 02:21 PM
Takde satu yg keluar dr mulut mamat ni logik.. anak sulung tu mgkin kena ugut hidup susah, takde duit kalau dgn maknya atau dia pernah saksi zahnita "meroyan", boleh jd point apak dia utk buatkan yg sulung tu side dia..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040742 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top