Peluang itu diterima selepas sahabatnya yang juga pelawak Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah buat Mamat. Kata Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, dia sudah lama memasang niat membawa Mamat ke Tanah Suci dan bersyukur niat itu termakbul. "Sepanjang berada di Makkah sebelum ini, hati saya terdetik seronoknya kalau dapat tunai umrah dengan Mamat. "Selepas balik saya ada cakap dengan Mamat tentang perkara itu dan dia pun rasakan perkara sama. "Ini semua Allah punya kuasa. Allah makbulkan niat saya bawa Mamat tunai umrah pada bulan puasa nanti," katanya. Shuib berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram memaparkan dirinya memberikan kejutan tersebut buat Mamat. Dalam video tersebut, Mamat atau Mohd Nor Murad, 40, kelihatan seakan tidak percaya dan beranggapan Shuib sekadar berjenaka. Namun setelah membaca surat pengesahan maklumat jemaah, Mamat bagai hilang kata-kata dan tidak mampu lagi menahan rasa sebak.
|
Zeelalala replied at 8-1-2025 08:45 PM
Maybe hati aku hitam spt biasa....adakah cubaan utk bg yg sorang lagi tu sakit hati
rarageng replied at 8-1-2025 09:51 PM
epf dh settled ke...
ayukpingu replied at 9-1-2025 07:37 AM
dari ko menaja member sendiri pegi umrah, bagus duit tu pakai bayar hutang2 gaji pekerja. Hidup tak ...
ADVERTISEMENT