Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, mempersoalkan dan meminta penjelasan daripada individu tersebut kerana tuduhan itu bukan sahaja fitnah tetapi menyebarkan kebencian terhadapnya. "Move on fasal apa ya? Awak ada masalah bahagian mana, boleh terangkan tak? "Awak jer yang rasa macam itu dan nak tulis supaya orang membenci dan ia adalah fitnah. "Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tak ada bukti jangan suka hati nak komen macam tu. Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?," katanya. Sherry membalas komen itu di akaun TikTok miliknya selepas memuat naik hantaran video menasihati netizen agar tidak lagi menulis komen negatif.
"Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dekat TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on. "Sudah masuk tahun baru tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis awak tunggu surat daripada peguam saya. "Jaga diri dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci," ujarnya.
|
ADVERTISEMENT