CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Warga emas 77 tahun pandu kereta "king" rempuh kedai stesen minyak

8-1-2025 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10619| Komen: 3|Original author: Raline


 



Ipoh: Hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan warga emas yang memandu Perodua Myvi 'terlajak' hingga merempuh kedai stesen minyak di Bercham di sini, hari ini.

Kejadian pada 11.30 pagi itu menyebabkan dinding kaca premis dan peralatan lain musnah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, insiden itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan.

"Siasatan awal mendapati warga emas berusia 77 tahun yang juga pesara guru itu hilang kawalan selepas melanggar bonggol dan dipercayai tertekan padel minyak berlebihan.

"Kereta itu kemudian merempuh masuk ke dalam bangunan stesen minyak berkenaan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di stesen minyak itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 iaitu kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 8-1-2025 08:45 AM
mebi umo 70 dah tabuleh drive dah kut or kena pi jpj utk buat special license sekali dgn doc punya assement fit to drive ke tak
Quote Purestteam1 8-1-2025 09:16 AM
bahaya sangat...
Quote Decaffeinated 8-1-2025 03:11 PM
Dah adakan saranan untuk retest driver terlebih senior ni? Harap jadi lah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.025688 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top