Baru-baru ini perkongsian pelakon popular, Erra Fazira menjadi perhatian apabila menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya. Susulan gosip tersebut, seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr E’ mengesahkan dia adalah individu yang mendapat ucapan istimewa dariada Erra. Tidak kurang juga, netizen sudah mula berteka-teki siapakah lelaki bertuah yang berjaya menambat hati aktres tersebut. Memetik Kosmo, sumber berkata lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Erra dikenali sebagai Ezwan Zain merupakan seorang usahawan yang memiliki kafe kuih yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Ezwan juga dilihat memuat naik foto Erra di InstaStory ketika mereka keluar makan malam bersama sempena tahun baharu sekaligus menguatkan spekulasi. Sebelum ini, Erra enggan mengulas lanjut mengenai sejauh mana hubungannya dengan lelaki dalam ucapan yang dimuat naiknya di media sosial. “Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi saya juga yang malu nanti,” katanya. Sumber : Kosmo. Rotikaya
|
selipar_hijau replied at 7-1-2025 12:26 PM
Orang yg sama ke?
BoongaKertas replied at 7-1-2025 01:02 PM
moga berbahagia this time kakratu. iols rooting for u with this guy. lps kes cerai artis2 femes late ...
ADVERTISEMENT