CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kos perkahwinan dijangka meningkat 20 peratus tahun ini

7-1-2025 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6966| Komen: 56


Johor Bahru: Kos majlis perkahwinan dijangka meningkat 20 peratus pada tahun ini berikutan peningkatan kos logistik.

Perancang perkahwinan, Jeslina Ngatman, 50, berkata pihaknya yang mengendalikan majlis perkahwinan di bandar raya ini sejak hampir 20 tahun mendapati peningkatan kos perkahwinan berlaku hampir setiap tahun namun ia bukan mendadak.

Beliau berkata, peningkatan kos perkahwinan ini merupakan suatu perkara tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos logistik mahupun barangan.

Menurutnya, bagaimanapun pasangan mempelai boleh membuat pilihan untuk menganjurkan majlis perkahwinan secara sederhana supaya ia lebih teratur dan jimat.

Katanya, misalnya sebelum ini kebanyakan majlis perkahwinan memberi undangan kepada 1,000 tetamu namun kini pasangan mempelai mengehadkan kepada 200 tetamu sehingga 500 tetamu.

Apa yang penting pasangan mempelai seharusnya memilih perancang perkahwinan yang berpengalaman supaya majlis perkahwinan berjalan lancar."


"Ia berikutan semata-mata mahu berjimat, ada pasangan yang terpedaya dengan scammer dan sebagainya."

"Mereka boleh memilih pakej perkahwinan bajet supaya tidak terbeban dengan kos perkahwinan," katanya.

Pengasas Mega Legacies Enterprise itu berkata, pihaknya menawarkan pakej perkahwinan serendah RM12,000 termasuk makanan bagi 200 tetamu, dekorasi dan lokasi.

Menurutnya, pakej perkahwinan bajet ini menjadi pilihan ramai buat masa ini atas faktor kewangan serta ekonomi.

"Sehingga kini kami pernah mengendalikan majlis perkahwinan bajet termasuk di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan Sabah."

Malah ia juga menjadi pilihan pasangan mempelai dari Singapura," katanya yang menawarkan empat dewan mahupun lokasi perkahwinan di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Karnival Pengantin Dunia Raja Sehari ke-27 bertema The Celebrity Wedding mulai 3 hingga 12 Januari depan di Angsana Mall di sini.

Sementara itu, penganjur karnival pengantin, Noor Diana Hashim, berkata lebih 50 ruang pameran dibuka termasuk perancang perkahwinan, butik andaman, katering, jurugambar, kanopi dan hantaran.

Menurutnya, penaja utama karnival berkenaan termasuk Madu Power dan Mega Legacies.

"Selain pameran pengantin, kami turut menganjurkan pertunjukan fesyen pasangan 'mempelai cilik', program amal bersama anak yatim dan perkongsian berkaitan penyakit saraf oleh tukang urut professional, Mazli Hamzah," katanya.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 7-1-2025 01:40 PM
Oleh kerana peningkatan kos membesarkan anak perlu ditangani dengan cara mengurangkan anak atau tidak beranak terus, maka seperti itu juga kita wajar menangani kenaikan kos perkahwinan ini dengan mengurangkan berkahwin atau tak payah kahwin je, selaras dengan saranan para enabler satay 20 Ringgek yakni, jika tidak mampu jangan beli.
Quote white_musk 7-1-2025 02:18 PM
Triple_8 replied at 7-1-2025 01:40 PM
Oleh kerana peningkatan kos membesarkan anak perlu ditangani dengan cara mengurangkan anak atau tida ...

Duta satay 20 peso eh 20 ringgek tu ado anak tak?
Quote cm_vungtau 7-1-2025 02:49 PM
Semua orang buat kenduri kecik2 aje la Kasi padan muka pengusaha2 catering and kawin. Bazir aje
Quote Triple_8 7-1-2025 03:33 PM
white_musk replied at 7-1-2025 02:18 PM
Duta satay 20 peso eh 20 ringgek tu ado anak tak?

Entahlah. Malas aku nak tambah publisiti dia.
Quote ifanonline 7-1-2025 03:39 PM
kos meningkat, andartu pun bertambah
Quote aechae 7-1-2025 03:50 PM
ifanonline replied at 7-1-2025 03:39 PM
kos meningkat, andartu pun bertambah

Sbb org laki pn x berapa berduit sgt jugak
Quote midori888 7-1-2025 04:29 PM
cm_vungtau replied at 7-1-2025 02:49 PM
Semua orang buat kenduri kecik2 aje la Kasi padan muka pengusaha2 catering and kawin. Bazir aje

kan...buat kenduri doa selamat sudah...
Quote ifanonline 7-1-2025 04:59 PM
aechae replied at 7-1-2025 03:50 PM
Sbb org laki pn x berapa berduit sgt jugak

betul jugak tu...tetapi kalau dah ada duit, takkan nak kawin andartu? pasti nak kawin yg muda

so the vicious cycle continues...
Quote orkid_amani 7-1-2025 05:51 PM
12000 utk 200 org  tu termasuk sewa dewan deco pelamin & makan bg aii be kan harga mampu milik..biasa 200 org tu harga promo 9999..huhu..kalau up 300 org harga 12k tu sesuai la tuu pun dewan kena aircond laa
Quote orkid_amani 7-1-2025 05:51 PM
12000 utk 200 org  tu termasuk sewa dewan deco pelamin & makan bg aii be kan harga mampu milik..biasa 200 org tu harga promo 9999..huhu..kalau up 300 org harga 12k tu sesuai la tuu pun dewan kena aircond laa
Quote orkid_amani 7-1-2025 05:51 PM
12000 utk 200 org  tu termasuk sewa dewan deco pelamin & makan bg aii be kan harga mampu milik..biasa 200 org tu harga promo 9999..huhu..kalau up 300 org harga 12k tu sesuai la tuu pun dewan kena aircond laa
Quote sapeka 7-1-2025 06:30 PM
Sederhana sudah
Quote insulin 7-1-2025 07:05 PM
aechae replied at 7-1-2025 03:50 PM
Sbb org laki pn x berapa berduit sgt jugak

Ungtunglah sis dapat laki berduit.  
Quote cm_vungtau 7-1-2025 07:26 PM
Macam adik aku kawin, siap sewa resort bagai. Adik aku lelaki. Last2 masa hari kawin, family perempuan semua dok tido dalam bilik kengkonon berholiday. Sian nengok pengantin pompuan macam takde keluarga. Padahal adik aku yang bayar. Tahapa2
Quote Jitu 7-1-2025 07:42 PM
bab kenduri kendara yg buat termenung ni
Quote Jitu 7-1-2025 07:44 PM
aechae replied at 7-1-2025 03:50 PM
Sbb org laki pn x berapa berduit sgt jugak

org laki byk tanggungjawab
Quote Radzor 7-1-2025 08:05 PM
[attach]2786949[/attach]
Klu share beberapa pasangan combine buat 1 majlis murah sikit kot.
Iols 1st nikah dulu kat oejabat agama, bagi upah sorang rm20 settle dah.
Mas kawen pun bagi minimum... dulu2 asal boleh je



Quote aechae 7-1-2025 08:30 PM
insulin replied at 7-1-2025 07:05 PM
Ungtunglah sis dapat laki berduit.

A’ah kawin lh dikala nk masuk 40an… lps tu kna hadap org mengata x boleh beranak pulak…
See, ada lbih ada kurangnya ok…
Quote Butterfly41 7-1-2025 09:13 PM
12k tu pun dah dikira majlis perkahwinan bajet ke.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.049596 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top