CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah lawan arus maki orang pula, tindakan lelaki ini dikecam netizen

7-1-2025 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5114| Komen: 12|Original author: Raline


 


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang disyaki memandu melawan arus menjadi tular di media sosial apabila dia dilihat memarahi pemandu lain.

Menurut video yang dimuat naik di media sosial, insiden tersebut dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan didakwa keluar dari kenderaannya dan mengetuk cermin kereta seorang pengguna jalan raya lain sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Tindakannya bukan sahaja menyebabkan suasana tegang, malah mencetuskan kesesakan lalu lintas yang panjang apabila kenderaan lain terpaksa berhenti untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di jalan raya perlu bersikap lebih berhemah dan meminta maaf dengan baik.

“Jika salah jalan, turun minta maaf dan minta beri laluan. Mesti pengguna lain boleh bagi laluan bila cakap baik-baik,” ujar Muhammad Azizi.

“Sudah salah dan angkat tangan minta maaf mesti selesai, tapi itulah sebaliknya,” kata Adam Runner.

“Tidak kira bangsa atau jantina. Tapi susah nak minta maaf kalau salah. Lagi nak marah dan perli,” tulis Intan Hayati.


Sumber : – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 6-1-2025 04:41 PM
Bapak sapa tu?
Patutnya dia katok laa sekali cermin kereta² lain yg bertentangan arus tu.
Quote prettyuglybabe 6-1-2025 05:01 PM
sila report polis jah..
nak main ketuk-ketuk kereta orang pulak..
Quote kemaruk 6-1-2025 05:06 PM
serupa macam dia sendiri yang janji, pastu bila orang tuntut janji, dia marah orang tu pulak
Quote Skuau 6-1-2025 06:41 PM
Jgn 'MENGATA' dulu..kot2 dia MENTAL.....ke.
Quote Skuau 6-1-2025 06:43 PM
airfilterkotor replied at 6-1-2025 04:41 PM
Bapak sapa tu?
Patutnya dia katok laa sekali cermin kereta² lain yg bertentangan arus tu.

tak baik ko ngata...'bapak sapa tu'...mana tau dia MENTAL...bukan semua mental tu kena tunjuk ANUNYA...pon().
Quote besarkecik 6-1-2025 06:44 PM
dah lama dah video ni. dah pernah maduk bos beberapa tahun lepas
Quote Buritan 6-1-2025 07:03 PM
kemaruk replied at 6-1-2025 05:06 PM
serupa macam dia sendiri yang janji, pastu bila orang tuntut janji, dia marah orang tu pulak

Ni ngata pmx ke.  Hahaha
Quote swimswim 6-1-2025 11:01 PM
Simple, bah-ngang. Sama mcm org meroyan suruh mak hadam turunkan harga satey balut sbb dia tak mampu beli
Quote BoongaKertas 7-1-2025 03:20 PM
ya Allah, moga takde keturunan kita jd mcm pakcik ni. seramnya tetiba nak emo.
Quote ipes2 8-1-2025 03:40 AM
agak tidak cerdik orang ini, disamping itu, menambah lagi kerendahan martabat diri; tentu family nya akan tengok. Mungki, lelaki ini datang dari dasar pemikiran yang sama dgn familynya dan familynya setuju dgn decision nya utk bertindak begini? kita hanya mampu speculate kerana itulah yg digambarkan
Quote shamsadis 8-1-2025 08:00 AM
berani buat sebab tau, tiada tindakan
Quote A-Are 8-1-2025 08:03 AM
orang sekarang banyak baran2...smlm nk keluar sempang kereta depan i olls ada 2buah...mmg payah nak keluar sempang situ sbb kereta laju2...belakang kereta iols myvi putih dok hon hon banyak kali sambil marah2...ko dah kenapa xboleh sabar...semua org pon nk cepat...macam2 jenis org bwk kereta lagi ko hon lg nebes org2 tu..dpt yg baran keluar tumbuk baru padan muka...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034900 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top