Tabiat parkir tidak bertanggungjawab oleh rakyat Malaysia telah melangkaui sempadan negara, dan kini menjadi bualan hangat di Thailand. Kalau sebelum ini tular kejadian sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia telah menjadi sasaran kecaman ramai selepas parkir sesuka hati di Hatyai, Thailand. Terbaharu, satu lagi insiden di Thepha, Thailand telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan apabila sebuah kenderaan dipercayai milik rakyat Malaysia dirakam parkir secara serong sehingga mengambil tiga ruang parkir sekaligus. Gambar yang dikongsi oleh seorang netizen Thailand, รอฟีอ๊ะ หมัดโส๊ะ, di Facebook turut disertai dengan kapsyen sinis, “Ini kes lain. Orang Thailand semua dialu-alukan ke lot parkir Malaysia di Thailand. Kepada jiran kita, tolong hormati dan patuhi peraturan negara kami.” Catatan di Facebook tersebut menarik perhatian pengguna media sosial, termasuk rakyat Malaysia yang rasa malu dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu negara ini. Ramai yang tampil di ruangan komen untuk memohon maaf dan menyelar tindakan pemandu terbabit. Antara komen sinis yang mencuri perhatian termasuk, “Maafkan mereka, mereka tinggalkan otak di sempadan,” dan “Malu betul, memalukan nama Malaysia.” Sama ada di dalam atau luar negara, tindakan parkir sesuka hati jelas melanggar peraturan jalan raya dan memberi kesan negatif kepada pengguna jalan raya lain. Malah, tabiat ini tidak hanya mencerminkan sikap pemandu terbabit, tetapi turut mencemarkan imej negara di mata masyarakat antarabangsa. Sumber : The Vocket
|
Triple_8 replied at 6-1-2025 11:27 PM
Geng Siti Kassim akan kata pelancung Temasek itu lebih beradab bila masuk M'sia, berbanding pelancun ...
Decaffeinated replied at 7-1-2025 09:15 AM
Dan ko pulak lantik diri jadi jurucakap geng siti kassim?
SedihPedih replied at 7-1-2025 09:30 AM
Mcm drivers from telen/spore sama juga, masuk malaysia pun otak tertinggal kt sempadan.
Skuau: Edited by Skuau at 7-1-2025 1 ...
ADVERTISEMENT