CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beruang matahari dipilih ikon, maskot Visit Malaysia 2026

6-1-2025 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4290| Komen: 17

 


SEPANG – Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Lebih menarik, watak Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 6-1-2025 06:47 PM
Visit Msia...JGN tak kuar2...naaa.............
Quote SalenaGomez 6-1-2025 08:19 PM
Ok tahun ni dah bertukar dari penyu jadi sunbear la ya. Maskot penyu tu lama kan, xpernah bertukar.
Quote vespa_oren 6-1-2025 09:24 PM
Sunbear tu first time aku tengok kt sandakan rasanya, bear tu duduk kt habitat diaorg tpi rsa plg berbaloi tengok org hutan sebelahnya
Quote dua_chzy 6-1-2025 09:29 PM
Yeay sun bear mendonia~
Quote piyek92 6-1-2025 11:46 PM
baru masuk 2025 dah bincang maskot 2026
Quote piyek92 6-1-2025 11:47 PM
baru masuk 2025 dah bincang maskot 2026
Quote nisako 7-1-2025 08:08 AM
wow maskot baru
Quote mijot 7-1-2025 09:26 AM
comel.....
Quote toynme 7-1-2025 09:47 AM
weiii comelnya..nak plushie please
Quote cm_vungtau 7-1-2025 10:06 AM
Teringat sunbear kat China yang sebenarnya orang
Quote cikdot 7-1-2025 10:32 AM
terus google sun bear. oohh memang ada brown collar kat leher dia tu so cute haha
Quote IzzahF 7-1-2025 11:19 AM
comell, pasni bole dah malaysia buat satu hutan simpan utk jaga beruang ni..mcm kat china sana
Quote vespa_oren 7-1-2025 11:35 AM
piyek92 replied at 6-1-2025 11:46 PM
baru masuk 2025 dah bincang maskot 2026

Dah masuk 2025 org tetap ingat maskot tahun 2020
Quote BeskotCekelat 7-1-2025 11:40 AM
vespa_oren replied at 7-1-2025 11:35 AM
Dah masuk 2025 org tetap ingat maskot tahun 2020

Aku masih ingat Wira, makskot 1990
Quote Suchi 7-1-2025 12:16 PM
Comel, logo visit malaysia pun ok
Harap yg kat seberang jgn nk bising2 plak bila nampak corak batik tu

Serabut tau tak
Quote cm_vungtau 7-1-2025 12:34 PM
Sunbear kat Sunway Lagoon comel gila
Quote tripleid 7-1-2025 01:02 PM
Edited by tripleid at 7-1-2025 01:11 PM

logo visit Msia 2020 yg serba haukk trsenyum sinis..


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035340 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top