CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bini Aiman Tino Terbeli Tali Pinggang Diperbuat Dari Kulit Babi! - "Maaflah, saya sudah terpegang nanti saya samak"

4-1-2025 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14161| Komen: 17|Original author: vanillaessence

 


Penyanyi Aiman Tino mendakwa tali pinggang yang dibeli isterinya di sebuah kedai adalah diperbuat daripada kulit babi.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aiman atau nama lengkapnya Mohammad Aiman Yusri mendakwa ciri-ciri tekstur pada kulit tali pinggang yang dibeli kelihatan seperti kulit babi.

"Isteri saya ada beli tali pinggang untuk standby, beli tali pinggang murah sahaja."

"Tapi lepas pakai baru perasan dekat bawah ada bentuk titik tiga. Titik tiga macam ini adalah kulit babi bukan?

"Maaflah, saya sudah terpegang nanti saya samak."

Justeru, Aiman menggesa pihak kedai terbabit untuk menjelaskan tentang isu berkenaan berikutan ianya boleh memberi kesan kepada pengguna beragama Islam.

"Persoalannya, kenapa kedai tersebut boleh jual kulit babi? Sedangkan kau tahu, kau jual di Malaysia yang ramai orang Melayu.

"Saya tak boleh biarkan benda ini, mungkin dekat dunia kita tak rasa apa-apa tapi dekat akhirat nanti?"

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli barangan berasaskan kulit.

"Hati-hati selepas ini ketika membeli apa sahaja barangan kulit."

"Mungkin sebab tu harganya murah."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Aiman untuk membuat laporan terhadap pihak bertanggungjawab bagi menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa tali pinggang tersebut berkemungkinan bukan kulit yang asli berikutan harganya yang sangat murah.

"Textured je tu, kulit asli takkan nak jual RM5.90. Kulit babi mahal ya."

"Harga macam tak kena, cuba periksa lagi takut kulit sentetik."

"Pattern je tu, terlalu seragam cantik susunan dia. Murah sangat kalau kulit asli."


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 4-1-2025 05:07 PM
Edited by sfrnna at 4-1-2025 05:10 PM

Meols pernah Tanya sorang supplier dari China ni. Dia ckp murah lagi imitate pu leather yg macam ni dari jual leather kulit babi tu sendiri. Normally kalau dia murah mesti pig grain synthetic leather. Entahlaaa.. beli daiso je kot. Macam mustahil real leather walaupun sekadar babi. Huhu kalau was2 jgn beli
Quote fefeeling 4-1-2025 05:45 PM
If babi dia dot tiga mcm triangle bukan sebaris gitu. Surprisingly kasut lining kulit babi mmg comfy bila dipakai
Quote linb 4-1-2025 06:17 PM
My experience tengok kat kedai kalau items ada kulit babi memang ada letak sticker/sign tulis pig skin/ pig skin lining. Ada some shops siap balut takut ada muslim terpegang.

Wife heols beli kat kedai mana, takde sign tulis apa apa ke kat kedai tu?
Quote LadyCarefree 4-1-2025 08:27 PM
Sentetik. LOLLLLL
Quote nolya 4-1-2025 10:48 PM
Kalau dah terbeli belt berkulit babi tu, buang aje le.  Tangan yg dah tersentuh, silalah sertu dgn air tanah dn air bersih.  Tali piggang tu, kalau ori kulit babi, tak boleh disamak sama sekali. Sila buang atau hadiahkan kpd rakan2 non-muslim.
Quote L.U.S.M 5-1-2025 01:57 PM
LadyCarefree: Sentetik. LOLLLLL


5.90 ja pun nk jadi cerita.alahaiii
Quote shernazz 5-1-2025 02:04 PM
fefeeling replied at 4-1-2025 05:45 PM
If babi dia dot tiga mcm triangle bukan sebaris gitu. Surprisingly kasut lining kulit babi mmg comfy ...

Iols pernah terbeli..
Mmg sedap pakai .. haha..
Bila dah tau...buang je la
Quote naina 5-1-2025 09:16 PM
Dulu opismate pun terbeli dan terus pakai kasut kulit babi..dekat opis dia kalut ajak aku p cari tanah nak samak. Masalahnya KL tu hutan batu mana nak cari tanah. Sudahnya pg level bawah korek2 tanah kat pasu bunga..hahahaha
Quote Zeelalala 5-1-2025 09:22 PM
Motif?????

Sendu...sendu sesendu sendunyaaaaaa aaaaaaaaaaa
Quote pinkpunk 6-1-2025 11:30 AM
bukan samak, sertu diknon..
Quote mrseller 6-1-2025 10:44 PM
stupid wife, stupid life
Quote PinkyPie 6-1-2025 11:52 PM
Babi tersenyum sinis
Quote sharlenetexas 7-1-2025 12:11 AM
Camper boleh kata hampir semua kulit babi. Rockport dulu asyik2 guna kulit babi. Last2 keluar design tak guna kulit babi. Cekak rambut evita ada yg dibuat dari kulit babi. Multivitamin centrum a to z pernah ada kandungan porcine. Sekarang dah halal.


Quote sharlenetexas 7-1-2025 12:13 AM
Dalam gambar tu mcm tiga titik print je.
Dulu pernah tgk tiga titik mcm ni kat kasut aldo. Salesgirl tu kata ni bukan kulit babilah kak.


Quote DeLuna85 7-1-2025 09:39 AM
Beli online ke apa. Kalau beli dkt kedai mesti ada tulis tu kulit babi
Quote adelea 7-1-2025 12:55 PM
Bende macam ni pon nak citer ?
Seriuslaaa .. simpan je laa weii
Quote vanillaessence 7-1-2025 05:56 PM
[tiktok]7455332662606073104[/tiktok]

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062814 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top