CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Termakan cili" khutbah Jumaat tentang rasuah, anak ketua kampung 'tinju' imam

4-1-2025 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23074| Komen: 7|Original author: Raline

 


JAKARTA - Gara-gara tersinggung dengan isi ceramah khutbah Jumaat, seorang imam dianiya oleh anak ketua kampung.

Kajadian berlaku di Desa Hapung Torop, Kecamaan Sosa, Kabupaten Padang Lawas, Sumatera Utara pada Jumaat lalu.

Menurut peguam, Pitra Romadoni, mangsa memberitahunya bahawa insiden penganiayaan itu berlaku pada sekitar jam 8 malam Jumaat waktu tempatan.

Jelasnya, mangsa iaitu ustaz Ahmad Rizal menyampaikan khutbah yang berjudul 'pemimpin yang melakukan amalan rasuah akan diminta pertanggungjawabkan di akhirat kelak' di Masjid Al Anshor, desa Hapung Torop pada Jumaat.

"Dalam khutbahnya dia menyampaikan inti pati bahawa setiap pemimpin bermula dari ketua keluarga hinggalah kepada ketua kampung, sekiranya melakukan rasuah akan dihitung di Padang Mahsyar.

"Mangsa juga menyentuh secara khusus bahawa sekiranya dana kampung diambil melalui rasuah maka pemimpin itu harus meminta maaf kepada warga," katanya menerusi kenyataan bertulis kepada wartawan pada Isnin.

Jelasnya, pada malam hari, rumah mangsa dilempar batu dan pintu rumahnya cuba dirosakkan.

"Kemudian mangsa keluar dan meminta pelaku beredar dari rumahnya.

"Tidak lama selepas itu pelaku memukul mangsa, selain meninju di bahagian mukanya berulang kali," katanya.

Semasa insiden memukul itu, pelaku turut bertanyakan kenapa mangsa seolah-olah cuba merendah-rendahkan ayahnya kepada masyarakat.

"Apa maksudmu semasa menyampaikan khutbah Jumaat? kau merendahkan harga diri ayahku, tetapi pertanyaan itu tidak dijawab oleh mangsa," kata Pitra lagi.

Perkelahian itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh penduduk sekitar yang melihat insiden itu.

Mangsa mengalami luka dan bengkak selain trauma.

Kejadian itu telah dilaporkan ke balai polis Padang Lawas.

Dalam perkembangan terkini, mangsa telah memaafkan pelaku dan kes berakhir dengan damai. -Agensi

Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 4-1-2025 04:41 PM
Sana teks khutbah bkn ditulis pejabat agama ka? pukul la presiden Indonesia kalu tersinggung sgt
Quote hokeypokey 4-1-2025 05:29 PM
suruh la ayah ko jadi manusia baik dan jujur.. yg pegi tinju muka imam kenapa??? Bodo nk mampus..
Quote airfilterkotor 4-1-2025 05:34 PM
Jadi benerlah bapaknya itu Bapak Kepala Desa pemakan rasuah.
Quote Decaffeinated 4-1-2025 06:30 PM
Ada la tu background cerita yang kita tak tau. Ini sempat lagi juga dia tunggu malam jumpa di rumah. Aku pernah tengok pak arab yang dan2 tu dia bangkang bila tak setuju dengan khutbah.
Quote wikedsaikel 4-1-2025 06:40 PM
Tempatan? Dah sampai masanya Cari buat kategori Nusantara.
Quote Belibis 4-1-2025 06:45 PM
Anak politaik sini relek2 jer,walaupun bapaknya kena tuduh rasuah..
Quote peakerr1 4-1-2025 10:22 PM
This is a reliable source of information for visitors, emphasizing their importance. This content is valuable and will offer numerous benefits to your website visitors.

Please Visit Our Smm Panel

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.050438 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top