CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dipenjara akibat memiliki dadah di Singapura detik hitam Tony Eusoff

3-1-2025 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27357| Komen: 17|Original author: Raline


 

 

PENGALAMAN dipenjara di Singapura akibat kesalahan memiliki dadah pada 2016 detik hitam tidak dapat dilupakan pelakon Tony Eusoff.

Imbas Tony atau Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, ia merupakan tindakan paling bodoh pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Itu merupakan satu episod hitam dalam hidup saya. Semasa itu saya rasa sangat takut dan bersalah kepada ibu saya. Saya sempat peluk dia untuk kali terakhir, ketika itu dia menitiskan air mata.

“Itu adalah perkara sangat menyakitkan bagi saya sebagai seorang anak. Saya juga mengaku yang ketika itu tiada orang aniaya saya. Itu semua salah sendiri,” katanya kepada mStar.


Untuk rekod, Tony dihukum penjara selama lima bulan bermula April 2016 sehingga Oktober 2016 di Penjara Admiralty West Singapura.

Mengulas mengenai seorang pelawak yang ditahan di Jeddah akibat ganja, Tony berharap supaya orang ramai tidak menilai dan membuat sebarang spekulasi.

“Tunggu kes selesai baru kita nilai. Tolonglah guna akal sendiri. Semua tindakan yang dibuat mesti ada sebab dan mungkin orang tersebut terdesak,” ujarnya.

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 3-1-2025 03:27 PM
Semua tindakan yang dibuat mesti ada sebab dan mungkin orang tersebut terdesak


iols plg nyampah org guna ayat ni. yih! benci yach. matlamat x menghalalkan cara.

p/s: iols suka konten heols dgn minah yg kerap buat voice over tu (iols lupa nama sheols)
Quote cantthinkofany 3-1-2025 05:26 PM
so Eusoff tu dtg dari mane?...dalam nama yg panjang tu tak de pun....
Quote sharlenetexas 3-1-2025 06:16 PM
Belia benci dadah. Gf meleis ke yg jamin?

Quote Zeelalala 3-1-2025 06:23 PM
Mcm mana memiliki dadah tapi penjara 5 bulan je. Singapore plak tu
Quote hanihan16 3-1-2025 07:01 PM
cantthinkofany replied at 3-1-2025 05:26 PM
so Eusoff tu dtg dari mane?...dalam nama yg panjang tu tak de pun....

joseph tu la kot. joseph (english) yosef (hebrew), yusuf (arab)
Quote cantthinkofany 3-1-2025 07:03 PM
hanihan16 replied at 3-1-2025 07:01 PM
joseph tu la kot. joseph (english) yosef (hebrew), yusuf (arab)

oooohhh....ekk...betol2....
Quote prince_marhaen 3-1-2025 07:49 PM
cantthinkofany replied at 3-1-2025 05:26 PM
so Eusoff tu dtg dari mane?...dalam nama yg panjang tu tak de pun....

Nama asal Anthony Joseph tu, nama komersial Tony (Anthony) Eusoff (Joseph) tu ada producer Melayu bagi nama tu nak masuk market melayu masa awal2 berlakon dulu.
Quote dua_chzy 3-1-2025 08:10 PM
Meols ghasa, lakonan he paling cemerlang dalam The Bridge.
Quote cantthinkofany 3-1-2025 08:47 PM
prince_marhaen replied at 3-1-2025 07:49 PM
Nama asal Anthony Joseph tu, nama komersial Tony (Anthony) Eusoff (Joseph) tu ada producer Melayu  ...

oooohhhhhhhkay....ni mcm kedai makan bukan muslim guna budak perempuan pakai tudung jadi cashier.....
Quote Raman 4-1-2025 07:52 AM
BoongaKertas replied at 3-1-2025 03:27 PM
Semua tindakan yang dibuat mesti ada sebab dan mungkin orang tersebut terdesak



Nani ke?
Quote Nurul8001 4-1-2025 07:58 AM
Dia ni pakej la.
Hensem, suara sedap bila bercakap.
Tapi, ada history dadih pulak.
Rugiiii
Quote hungryhenry 4-1-2025 10:16 AM
dua_chzy replied at 3-1-2025 08:10 PM
Meols ghasa, lakonan he paling cemerlang dalam The Bridge.

Ai baru lepas binge watched the bridge, nak tgk heols dgn bront and arie bayu. Hesmes hesmes semua
Quote ira_229 4-1-2025 10:57 AM
Zeelalala replied at 3-1-2025 06:23 PM
Mcm mana memiliki dadah tapi penjara 5 bulan je. Singapore plak tu

Kurang dari berat dadah yg boleh buat dia didakwa kesalahan penyalahgunaan dadah yg membawa hukuman mati, itu dikira hanya utk kegunaan sendiri. Undang2 Singapura kesalahan begitu hanya dimasukkn ke pusat pemulihan bila da pulih kena masuk penjara sbb memiliki dadah.
Quote bedahmenjuyah 4-1-2025 12:20 PM
cantthinkofany replied at 3-1-2025 05:26 PM
so Eusoff tu dtg dari mane?...dalam nama yg panjang tu tak de pun....

Joseph kot baru ka mesra telinga ummah meleis. Dulu2 pun org ingat dia muslim.
Quote dua_chzy 4-1-2025 12:22 PM
hungryhenry replied at 4-1-2025 02:16 AM
Ai baru lepas binge watched the bridge, nak tgk heols dgn bront and arie bayu. Hesmes hesmes semua

Kan. Pehtu suma talented boleh berlakon dengan baik. Takda la harap muka ja hesmes tapi berlakon hampes.

Kuciwa betul aiols bila Viu tanak sambung buat Season 3. Hapo la.
Quote Zeelalala 4-1-2025 04:32 PM
ira_229 replied at 4-1-2025 03:57 AM
Kurang dari berat dadah yg boleh buat dia didakwa kesalahan penyalahgunaan dadah yg membawa hukuma ...

oooo.....tq pencerahan. Sbb x tau bab2 mcm ni.
Quote BoongaKertas 7-1-2025 08:37 AM

haah yes yes. iols lupa nama sheols.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.201692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top