CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat banyak ‘tahi’ daripada bunga, ramai cuba ambil kesempatan kontroversi babit Aisyah Hijanah

3-1-2025 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28028| Komen: 20|Original author: Raline


 


PERSONALITI media sosial Aisyah Hijanah sedar ramai cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan dan kontroversi dilaluinya sejak kebelakangan ini.

Malah kata Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 27, ada pihak sanggup membuka akaun media sosial menggunakan namanya bagi meraih pengikut dan keuntungan.

"Saya maklum memang banyak sangat orang guna nama saya sekarang untuk tujuan tidak betul.

"Nama tengah busuk memang lebih banyak tahi daripada bungan orang bagi. Perkara tiada kena mengena pun buat cerita macam-macam," katanya.

Aisyah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

Tidak hanya itu, rakannya turut memaklumkan sebuah syarikat turut menjual namanya dengan tujuan menyelamatkan diri daripada dipersalahkan.

Screenshot 2025-01-02 225053.png


"Ada kawan saya beritahu ada auditor yang tak hantar pada klien siap cakap sedang selesaikan audit Aisyah Hijanah.

"Sedangkan saya tak buat dengan syarikat dia. Masa-masa macam ini memang akan banyak orang gunakan nama saya untuk benda buruk," jelasnya.

Tenang hadapi dugaan, Aisyah berdoa agar dia sentiasa sabar dan dikurniakan pahala setimpal dengan apa menimpanya.

"Semoga Allah bagi pahala sabar yang besar kepada saya di dunia serta akhirat dan masuk ke syurga tanpa hisab," ujarnya.

Aisyah dan suaminya iaitu Alif Teega sedang berdepan 12 pertuduhan salah guna dana awam berjumlah lebih RM1.6 juta.

Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan itu disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan 10 yang lain di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Antara pertuduhan salah guna dana awam tersebut adalah bertujuan infaq kurma, infaq al-Quran, infaq pek makanan bagi fakir miskin, bantuan mangsa banjir selain sedekah pakaian raya untuk anak yatim.

Jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, dia boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 2-1-2025 11:00 PM
Dei sudah mkn duit haram masih delulu nak masuk syurga asbab "kesabaran" diri. Ko yg jadi penyebab nama ko bau taik, lagi nk cerita pasal kesabaran. Kalau tak sanggup nama bergelumang tahi, jgn buat ketahian mkn duit derma org.
Quote Hoola 2-1-2025 11:12 PM
org2 terpaling agama tp salahguna
dan dan tpling claim pahala,ujian utk depa

Quote GummyBear123 3-1-2025 10:22 AM
Kalau perangai mcm awak ni layak masuk ke syurga tanpa hisab, apatah lagi kami2 ni yg buat honest jobs... mcm Sonic the Hedgehog kami masuk syurga nanti.
Quote gangerina 3-1-2025 02:13 PM
takde org belanja grab voucher ke or bagi delivery beef wellington....mana your friendss tu semua...
Quote Kitty_catz 3-1-2025 02:17 PM
ehh ada lagi cerita baboon dua eko ni?

ptuihhh!
Quote ardent91 3-1-2025 02:53 PM
biler dorg ni nak ke mahkamah lagi yer?
Quote Sendawg 3-1-2025 03:57 PM
Kata nak cerai. Tak jadi sebab niat nak publisiti je ke?
Quote syamzana 3-1-2025 04:00 PM
laaa plak dah.
org skrg buat salah still nak bg statement sana sini. dok je la dendiam sampai habis bicara.
muka tebal betul masing2
Quote kikiharris 3-1-2025 04:22 PM
Perangai celaka scammers. Play victim mcm kau pulak kena tipu..cite sedih raih simpati , word ujian dah overused.
Takda sapa letak pisau kat leher suruh guna duit org,  kan. Masa berjoli sana sini kat Dubai, ada ke pikir consequences..takda sbb ingat tak kantoi.

Spesis yg memburukkan agama. Sarung purdah, tudung labuh, quote agama sana sini..terus semua sayang. Org kita punya pemikiran..alahai sedih betul
Quote cantthinkofany 3-1-2025 05:43 PM
dedua muka masjid betolll.....
Quote laksmanabentan 3-1-2025 05:49 PM
hahahhahahaaa
ko nak apa? ko nak orang baik ko pulut kuning gitu?
nak orng bagi bunga gitu?

hahahahhahahaa... sedar diri oiiittttt
Quote makadek 3-1-2025 05:51 PM
dia ni vibes culprit kuat gila menipu sesaja ..tp yakin menjual kt tt laku plak apa nk jd nitezen
Quote Nenasketum 3-1-2025 06:00 PM
Scammer memang selalu play victim. Yucks
Quote pocongkiutss 3-1-2025 06:07 PM
Gila bethol dia punya level menunggang ni
Quote Zeatyisaac 3-1-2025 10:55 PM
Dia cenggini. Kalau kau buat tahi, dapat tahi. Kalau kau buat bunga, dapat bunga. Tepuk dada, tanya diri sendiri, what have you done?
Quote doubleA 3-1-2025 11:25 PM
Paling epik kantoi busuk perbuatan jahat tu masa dorang tengah buat haji tahun lepas. Tak muhasabah lagi ke kenapa Allah izinkan benda ni jadi? Masih nak play victim?
Quote Carcosa 3-1-2025 11:36 PM
Lahanat nye statement kau, betina. Lagi mau sembang masuk syurga tanpa hisab, berkat kesabaran.
Dia mcm kau rompak duit/harta org ramai, kau joli2 katak tanpa rasa bersalah, then kau bersabar sikit, zasssss kau dpt masuk syurga. Cantikkkkkk muka engko?! Madrasah mana ko belajar? Ke bapak ko yg terrorist tu ajar ko mcm ni? Samdol.
Quote Rogue98 3-1-2025 11:51 PM
Patut diam n muhasabah...tembelang pecah masa kau n suami pi buat Haji tau...
Quote naina 4-1-2025 12:43 AM
Dia ni salah 1 contoh balik Mekah terus kena dakwa. Aku harap itik dan lakinya cmtu jugak. Tak aci tak kena gari dan pakai baju oren.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041931 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top